KERANA DUIT MANUSIA SANGGUP BUAT PERANGAI GILA

on 14 Ogos 2017

KERANA DUIT MANUSIA SANGGUP BUAT PERANGAI GILA SEPERTI KISAH WANITA INI....

Mexico City – Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya

Maria Rodriguez, 29, dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yang dikandungnya selepas menipu keluarganya bahawa dia hamil.

Menurut polis, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya.

Ketika menceritakan tindakannya itu, Maria berkata, dia mulanya memukul mangsa hingga pengsan selepas mempelawa Nadia ke rumahnya dengan alasan untuk memberikan baju bayi.

“Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.

“Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan.

MARIA mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa.

“Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya.

“Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana tidak mahu dia mati.

“Tetapi saya gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan berjaya tetapi dia mati,” kata Maria.

Maria memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu keluarganya yang dia tidak hamil.

“Sebelum ini haid saya lewat dan memeriksa darah, tetapi keputusannya negatif. Saya begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.

“Tetapi, apabila melihat Nadia yang sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya. Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. “Saya memutuskan untuk mencuri kandungannya,” kata Maria.

Dia ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yang dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak membenarkan mereka memasuki rumahnya,” kata jurucakap polis. Maria melarikan diri apabila pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya.

Bagaimanapun, dia berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat laporan mengenai kehilangan isterinya.–Agens

WAJAH MENYERUPAI BINATANG

TERKEJUT KALAU WAJAH KITA  MENYERUPAI BINATANG DAN LEBIH TERKEJUT KALAU PERANGAI MACAM BINATANG 


Seorang peladang dari Texas dikejutkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang didakwa menyerupai wajah seorang penyanyi rock lagenda terkenal iaitu Gene Simmons dari kumpulan KISS.

Peladang tersebut, Heather Leonard Taccetta yang bekerja di sebuah restoran bernama Cowboy Steak House di Kerville, Texas, dikejutkan dengan raut wajah, lidah panjang anak lembu yang dilahirkan pada 28 Julai itu serupa dengan solekan yang dikenakan oleh penyanyi utama kumpulan KISS, Gene Simmons.

Taccetta yang terkejut dengan kejadian itu lantas menghantar gambar anak lembu itu ke Lembaga Pelancongan Tempatan, Pelancongan Hill Country lalu diperagakan gambar tersebut di laman perkongsian Facebook Pelancongan Hill Country.

Corak hitam putih wajah anak lembu itu sangat menyamai solekan Simmons serta jeliran lidah panjang berwarna merah jambu menyerupai aksi Simmons yang sering dillihat oleh peminat setia kumpulan KISS.

Anak lembu itu diberi gelaran “Wonder of Nature” yang bermaksud keajaiban alam semula jadi dan kini dijadikan maskot oleh restoran Steakhouse.

Penyanyi rock lagenda itu terkenal bukan sahaja kerana suaranya yang unik tetapi terkenal dengan jeliran lidah panjangnya dan symbol tangan berbentuk “tanduk syaitan”. -astroawani

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved