Mati kerana nombor

on 03 Jun 2014

Shandong (China): Seorang wanita dipukul hingga mati oleh enam orang dalam kejadian ngeri di sebuah restoran Mcdonald’s.
Menurut laporan stesen televisyen ABC News, polis Zhaoyuan berkata, penyerang terdiri daripada pengikut ajaran sesat yang mengumpulkan nombor telefon dalam usaha merekrut ahli baru.

Wanita yang dikenali sebagai Wu, 20-an tahun itu sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dia didatangi seorang pembunuhnya, Zhang yang meminta nombor telefonnya ketika menikmati makan malam.
Wu bagaimanapun enggan menyerahkan apa yang diminta Zhang, menyebabkan mereka bergaduh.

Lima lagi ahli kumpulan termasuk keluarga Zhang menendang kepala Wu selepas wanita itu jatuh sebelum mencapai batang besi dan menghentak kepala mangsa.

Hentakan itu begitu kuat sehingga besi berkenaan bengkok. - Agensi
SUMBER : MYMETRO

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved