Ini betul-betul kerja gila

on 26 Mei 2014




Inilah blogger yang tak tahu malu

Seorang blogger bernama Ben Schlappig ingin orang  menyumbangkan wang mereka untuk membantunya membayar tiket  US$ 20,000 agar dia boleh naik maskapai penerbangan Etihad dengan fasiliti termewah yang bernama "The Residence" VIP suite.

Itu merupakan sebuah suite dengan luas 125 kaki persegi di pesawat Airbus A380 dalam penerbangan dari London ke Abu Dhabi, dan menawarkan kemewahan yang tak tertandingi bagi pelancung yang punya poket tebal.

Ruang VIP Maskapai Etihad
Salah satu sudut ruang termewah di pesawat airbus A380  Etihad

Ruang santainya

Ruang mewah ini menawarkan tiga kamar, iaitu ruang santai, kamar mandi dan kamar tidur, juga ditambah pelayanan eksklusif dari pramugari cantik yang telah dilatih khusus untuk melayani tamu VIP selama penerbangan. Ruang tamu dilengkapi dengan TV flat screen 32  inch, ruang tidur dengan ranjang double bed, dan sajian menu special dari chef gourmet.


Ruang tidur dengan fasiliti mewah, tinggal pilih yang mana

Schlappig sejauh ini telah berhasil mengumpulkan wang sebanyak US$ 11.641 dalam 20 hari. Dia berharap 16.000 pengikut Twitternya akan membantu dia untuk mencapai tujuannya itu. Dia mengatakan kempen ini akan berjalan sampai dengan 31 Mei 2014.

Ben Schappig
Ben Schappig, blogger tak tahu malu


(Daily Mail, Kick Starter)

Inilah foto awek yang baru melahirkan menjadi sensasi di internet

Tamara Ecclesstone, putri dari bos F1 Bernie Ecclestone, menyambut kelahiran putri pertamanya. Tamara menyebarkan foto seksinya sesaat setelah melahirkan bayinya di Instagram. Wanita cantik ini berkicau, "Selamat datang, Sophia, putri kecil kami yang cantik. Lahir kelmarin 6 paun 9 ons. Inilah hari paling membanggakan bagi kami, rasanya tak pernah merasakan cinta sedalam ini. X"

Tamara ecclestone melahirkan
Tamara dan bayinya berpose sesaat setelah melahirkan

Yang menjadi heboh adalah foto-foto yang disebarkannya tersebut. Dalam foto tersebut Tamara tampil tanpa riasan dan hanya ditutupi selimut. Foto-foto seksinya ini tentu saja membuat heboh kerana belum lama ini Instagram telah mencekal Rihanna kerana foto-fotonya yang dianggap seronok.

Foto melahirkan Tamara Ecckestone
Foto Tamara dan bayinya yang menghebohkan (foto dicrop demi kesantunan)

Bukan Tamara Ecclestone namanya kalau tidak membuat sensasi.
(Instagram, Mirror)

Wayar fon telinga tersekat dalam kemaluan

Doctors remove headphone wire jammed into Shenzhen man's penis Shenzhen (China): Tidaaaak. Seorang lelaki berusia 32 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas memasukkan wayar fon telinga ke dalam uretranya dan tersekat di dalam saluran air kencingnya itu.
Menurut laporan akhbar di di Guangzhou, dia bertindak demikian bukan kerana seks.
Pesakit yang dikenali dengan nama Luo saja itu tiba di Hospital Shuguang Shenzhen bagi merawat jangkitan pada saluran kencing.
Dia pada awalnya gagal memberitahu perkara sebenar kepada doktor mengenai wayar yang dimasukkan sendiri sebagai rawatan untuk memulihkan penyakit yang dihidapinya.
Pengarah hospital, Xu Chang berkata, Luo mengidap beberapa penyakit dan melakukan prosedur sendiri beberapa kali sebelum ini setelah rakannya menyarankan idea berkenaan.
Idea itu akhirnya mendatangkan bencana kepadanya.
Namun, Luo bernasib baik setelah wayar berukuran 45 sentimeter berjaya dikeluarkan.
- Agensi
sumber : mymetro

Nenek ‘tambat’ cucu OKU di perhentian bas

Mumbai: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun memakai baju biru diikat dengan tali di kaki pada tiang sebuah perhentian bas tidak diendahkan orang ramai yang lalu-lalang.
Lakhan Kale dikatakan mengidap penyakit cerebral palsy dan epilepsi, menyebabkan dia tidak mampu mendengar dan bercakap.
Bagi memastikan Lakhan selamat ketika neneknya bekerja, dia diikat sebelum wanita itu pergi menjual alat permainan dan kalungan bunga di tepi jalan di bandar itu.
Sakhubai Kale, 66, yang membesarkan Lakhan di jalan berhampiran perhentian bas tidak mempunyai rumah berkata: “Apa lagi yang mampu dilakukan saya? Dia tidak boleh bercakap, bagaimana dia boleh memberitahu orang lain jika dia tersesat?”.
Sakhubai memberitahu media dia menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa Lakhan setelah budak itu kematian bapanya beberapa tahun lalu dan emaknya lari meninggalkan keluarga.
Gambar Lakhan diikat yang disiarkan dalam akhbar minggu ini mencetuskan kebimbangan antara pertubuhan kebajikan dan polis yang menyelamatkannya dan membawanya ke pusat jagaan kendalian kerajaan.
Namun, kumpulan aktivis berkata nasib Lakhan yang hidup di jalanan tidak mengejutkan kerana negara itu kekurangan kemudahan untuk membantu golongan kurang upaya yang ditindas.
Ketika Sakhubai dan cucu perempuannya Rekha, 12, mencari rezeki, Lakhan sering merayau di jalan raya dan tidak ada siapa yang mempedulikannya.
Pada sebelah malam malam, Sakhubai akan mengikat kaki Lakhan pada kakinya ketika mereka tidur bagi memastikan cucunya itu tidak melarikan diri.

- AFP
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved