‘Kerja gila’ buat tatu guna pijat

on 18 Mei 2014

New York: Seorang pakar serangga membuat ‘tatu’ sendiri yang berbentuk arnab kecil dengan menggunakan 1,000 pijat.
Johnny Fedora - yang membuat eksperimen itu semata-mata kerana mahu melihat kesan gigitan serangga berkenaan terhadap kulitnya - menutup botol kecil diisi pijat dengan kertas yang diukir stensil berbentuk arnab sebelum membalikkan serta menekap permukaan botol ke lengannya.
Akibatnya, pijat berkenaan menggigitnya dan meninggalkan ‘tatu’ berbentuk arnab yang kekal di lengannya sehingga dua minggu.
Bagaimanapun, eksperimen itu turut mengakibatkan kulitnya melepuh dan bernanah kesan gigitan berkenaan sepanjang tempoh berkenaan.
Fedora berkata, gigitan itu tidak menyakitkannya, namun dia dapat rasa lengannya ‘dimamah’ serangga berkenaan untuk dua jam.
“Selepas 24 jam kawasan di lengan saya itu melepuh, malah arnab sudah tidak kelihatan lagi dan kulit saya terasa gatal serta bengkak.
“Lengan saya mula melepuh dan bernanah, namun 72 jam kemudian sudah tidak bengkak lagi dan arnab itu dapat dilihat jelas,” katanya.
- Agensi
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved