Gila..awek ini up load proses pengguguran anaknya ke You Tube

on 14 Mei 2014

Seorang perempuan AS membuat kontroversi setelah merakam proses aborsi atau pengguguran yang dilakukannya dan kemudian mengup load ke  YouTube.
Dalam video berdurasi sekitar tiga minit itu, Emily Letts (25) terlihat menjelaskan mengapa dia ingin menggugurkan kandungannya kerana dia belum siap untuk memiliki seorang anak.


Perempuan yang bekerja sebagai seorang konselor aborsi itu kemudian merakam seluruh jalannya proses aborsi itu.
Video itu, yang sudah ditonton 73.000 orang, memicu pro dan kontra antara para aktivis anti-aborsi dan mereka yang mendukung keputusan Emily Letts itu.
"Saya merasa sangat nyaman dengan keputusan ini dan mendapat dukungan dari banyak orang. Saya hanya ingin membagi kisah saya," kata Emily dalam video itu sebelum proses aborsi berlangsung.
Selanjutnya, adegan berganti dan menampilkan Emily sedang menjalani seluruh prosedur aborsi. Wajahnya boleh dilihat dengan jelas dalam video itu dan beberapa kali perempuan itu terlihat menarik nafas dalam-dalam.
Selama proses aborsi itu, Emily dalam keadaan sadar dan hanya mendapatkan pembiusan lokal. Lalu video itu menampilkan Emily, yang bekerjaCherry Hill Women's Center di New Jersey, enam minggu setelah aborsi itu.
"Saya tidak merasa menjadi orang jahat (kerana melakukan aborsi). Saya juga tak merasa sedih," kata Emily.
"Saya merasa senang sebab terbukti bisa mengandung. Saya bisa memberikan kehidupan. Saya yakin apa yang saya lakukan benar karena hal ini benar untuk saya dan bukan untuk orang lain," Emily menegaskan.




berbagai sumber

‘Hobi’ liar polis wanita

Atlanta: Seorang wanita terpaksa melepaskan jawatannya sebagai anggota polis Georgiaselepas dibuktikan gemar mengadakan hubungan seks ketika bertugas.
Bertugas di daerah Rockdale, Loretta Hernandez, 39, meletak jawatan Sabtu lalu selepas mengaku “perangai peliknya” semakin menjadi-jadi ketika bertugas. 
Loretta berkata, dia berasmara dalam sekurang-kurang tiga kejadian, malah pernah terlambat menjawab panggilan dari ibu pejabat semata-mata membolehkan dia menghabiskan ‘aksinya.’ 

Memetik keterangan Sheriff Rockdale, Michael Camp, media tempatan melaporkan, pada ketika tertentu Loretta mengadakan hubungan seks di dalam kereta peronda, di tempat awam dan masih mengenakan seragam polis.
Foto
LORETTA

“Dalam kejadian ketiga, Loretta memuaskan nafsunya di luar kereta peronda yang diparkir di luar kawasan perniagaan yang ditutup,” katanya.

Sementara itu, siasatan menunjukkan Loretta berasmara dengan lelaki sama dalam ketiga-tiga kejadian. 

Loretta terpaksa memilih untuk meletak jawatan kerana mengelak dipecat. - Agensi
sumber : mymetro

Beijing: Seorang lelaki, Xie Shuiping, menggunakan cara pelik untuk meraih pendapatan bagi menyara keluarganya apabila menerima bayaran supaya dipukul sesiapa yang tertekan dan mahu “melepaskan geram.”
Xie, 48, tidak pernah kekurangan pelanggan untuk tujuan itu.
Baru-baru ini kehadirannya di Wuhan di wilayah Hubei menarik perhatian ramai apabila dia menawarkan perutnya menjadi tempat melepaskan amarah penduduk tempatan.

Xie mendakwa mampu meraih sekurang-kurangnya 20,000 yuan (RM10,400) sebulan hasil pukulan pelanggannya dari seluruh China.
Foto
XIE (kanan) bersedia untuk menerima pukulan penduduk tempatan.

“Saya tidak takut dipukul.

“Apa yang saya bimbangkan ialah jika tidak menerima bayaran,” katanya.

Menurut Xie, rahsia “kegagahannya” itu disebabkan amalan qigong - seni mempertahankan diri tradisional - yang memfokuskan terhadap kawalan pernafasan yang dipelajari sejak berusia 10 tahun.

Dia mengakui isterinya tidak bersetuju keputusannya mencari pendapatan dengan cara itu, namun Xie tidak menghiraukannya.

“Pada saya tidak salah kalau saya dipukul demi mencari rezeki untuk keluarga saya.

“Itulah yang paling penting bagi saya - menyara keluarga saya,” katanya. - Agensi
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved