Bila Ahli Bina Badan Wanita Berkahwin Dan Memakai Baju Pengantin.

on 17 April 2014

Ahli Bina Badan Wanita Gabrielle Hames telah berkahwin baru-baru ini tetapi itu bukan yang mengejutkan ramai orang. Apa yang pelik dan membuat orang terkejut adalah apabila dirinya dalam baju pengantin. 







Nyawa bro ini masih panjang...

Seorang pemandu lori di Henan terselamat dalam kemalangan walaupun badannya ditusuk dahan pokok yang menyebabkan dirinya ‘melekat’ pada tempat duduknya. Doktor di Hospital Universiti Huaihe mengambil masa empat jam setengah untuk mengeluarkan dahan sepanjang enam meter itu daripada badan mangsa bernama Li, 40.



Li kini masih mendapat rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami kecederaan serius pada organ dalaman dan tisu. Li dipercayai memandu di belakang sebuah lagi lori yang membawa bahan landskap dan pokok sebelum merempuh kenderaan terbabit.

Kesilapan Membina Pangsapuri Di Tengah Lebuh Raya Di China




Kesilapan para pegawai di China telah memaksa sebuah lebuh raya baru dipotong menjadi separuh selepas mereka secara tidak sengaja meluluskan pembinaan sebuah bangunan pangsapuri di jalan yang telah dicadangkan pembinaannya sebelum menyedari ia menelan kos terlalu tinggi untuk memindahkan penyewa.

Pekerja pembinaan terpaksa 'memotong' lebuh raya lapan lorong menjadi kepada empat lorong dan seterusnya meninggalkan penduduk yang marah terperangkap di tengah-tengah jalan raya yang sibuk.

Penyewa yang menetap di bangunan itu baru sahaja berpindah dari rumah mereka sebelum ini untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah taman dan enggan berpindah lagi kecuali mereka diberi pampasan.

Oleh itu, pihak majlis bandaraya tempatan memutuskan untuk menjimatkan kos dengan meninggalkan bangunan pangsapuri itu di tempatnya.

Penduduk, Shing Su yang tinggal di blok di Xi'an, wilayah Shaanxi di barat China, berkata: "Kami semua pernah tinggal di kawasan lain di mana mereka telah merancang untuk membina Taman Warisan Negara Daming dan mereka berjanji untuk memberi penempatan kami yang baru, blok pangsapuri moden, jadi kami berakhir di sini."

"Tetapi, kami telah berada di sini selama beberapa bulan apabila mereka mendapati bahawa mereka telah terlebih membina sebuah blok bangunan, dan ia sepatutnya menjadi tapak bagi lebuh raya yang baru."

Pihak majlis kemudiannya memulakan rundingan dengan pihak penyewa, namun dengan keadaan rumah yang baru dan moden, mereka mahukan lebih bayaran pampasan. Selepas beberapa bulan rundingan gagal, pihak majlis berputus asa dan akhirnya membina lebuh raya di sekitar bangunan itu. 

Walaubagaimana pun, jalan raya yang dibina hanya membuang masa dan wang kerana ia masih gagal untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Encik Shing menambah: "Kami tidak selesa tinggal dalam keadaan seperti terperangkap di tengah-tengah lebuh raya yang selebar 60 meter itu, tetapi lama-kelamaan, saya semakin biasa dengannya."

"Jika mereka membuat tawaran yang lebih baik, kebanyakkan penduduk akan berpindah keluar, tetapi ia sukar kerana kami baru sahaja berpindah ke sini dan kemudian di suruh berpindah keluar pula."





Sumber 

Keldai dadah bodoh

Manchester: Seorang ‘keldai dadah’ ditahan kerana menyeludup candu bernilai hampir £200,000 (RM1.1juta) ke Britain selepas mengadu beg mengandungi dadah itu hilang.
Amir Rahnama, 43, menyorokkan dadah di dalam tiub krim rambut yang disimpan di dalam beg pakaiannya sebelum berlepas dari Iran.

Bagaimanapun, beg pakaiannya tertinggal ketika dia singgah di Dubai. Dia kecewa apabila ia gagal tiba di Lapangan Terbang Manchester.
Dia melaporkan perkara itu di tempat aduan kehilangan beg dan mengisi beberapa borang meminta beg itu dihantar ke Britain.

Beg itu dijejaki di Dubai dan diterbangkan ke Manchester apabila polis sempadan dan anjing pengesan mengesan candu itu.

Mereka menjumpai 15 tiub krim rambut mengandungi 10 kilogram candu yang dianggarkan bernilai £197,000 (RM1.07 juta).
Tidak sedar dirinya disyaki, Amir menuntut beg yang mempunyai namanya dan menggunakan pasport membuktikan beg itu miliknya.

Apabila polis mengelilingi dan menahannya, dia berkata, dia membeli candu itu di Teheran dengan harga £1,000 (RM5,425) dan merancang menjualnya dengan harga £9,000 (RM 48,830).
Amir menangis di kandang tertuduh semalam apabila seorang jurubahasa memberitahunya hakim menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atasnya.

Mahkamah itu diberitahu Amir mulanya memaklumkan kepada polis bahawa dia menyeludup dadah itu untuk membayar pembiayaan rawatan kanser isterinya.

Bagaimanapun dia mengubah ceritanya dan mengaku menjadi ‘keldai dadah’ untuk bos dadah.

Pendakwa raya Duncan Wilcock berkata: ‘Dia tahu ia salah, tetapi dia menjualnya untuk membayar kos perubatan isterinya di Iran. - Agensi
sumber : mymetro

Dibunuh akibat seks

Kuala Lumpur: Misteri kehilangan seorang bekas penuntut universiti warga Sri Lanka terjawab apabila mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan separuh bogel dipercayai dibunuh di sebuah unit kondominium di Taman Desa, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 pagi disedari seorang rakan mangsa yang datang ke rumah itu selepas mangsa yang berusia 34 tahun tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.
Sebaik tiba di rumah, rakan mangsa terhidu bau busuk sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan kondominium memecahkan pintu rumah. Rakan mangsa terkejut apabila menemui mayat mangsa terbaring di atas katil dengan keadaan sudah mereput dan berbau busuk.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu mempunyai unsur jenayah berikutan ada kesan geledah dan pergelutan.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut menemui alat sokongan hubungan kelamin iaitu sejenis minyak pelincir untuk melakukan hubungan seks di bawah katil bilik lokasi mayat ditemui.
sumber : mymetro

Derita isteri gaji besar

Kuala Lumpur: Pengorbanan mereka mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga bukan saja tidak dihargai, malah suami yang mereka tanggung bertindak kejam dengan memukul, mengugut serta mendera secara seksual.
Itu nasib tiga wanita berjawatan tinggi yang menjadi mangsa penganiayaan suami masing-masing, menyebabkan hidup mereka menderita biarpun selepas seorang daripada mereka bercerai.
Mangsa pertama mahu dikenali sebagai Ayu, 30 yang bekerja sebagai pengurus syarikat swasta, 30, berkata, dia berkahwin dengan suaminya yang bekerja sebagai juruteknik pada 2008 atas dasar suka sama suka.

Bagaimanapun, katanya, selepas hampir empat tahun hidup bersama pelbagai masalah timbul kerana suami yang gajinya lebih rendah, hanya tahu menghabiskan wang dan langsung tidak menyumbang dalam nafkah zahir.
Foto
AYU menceritakan kisah ditumbuk suami kepada wartawan.

“Saya sedar gaji dia tak banyak dan saya juga tak kisah jika banyak urusan tanggungan keluar menjadi tanggungjawab saya, tapi siapa yang boleh tahan jika hampir semua duit gaji saya dia ambil.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved