Dengan twitter, boleh tiduri 200 awek setahun

on 08 April 2014

 

Seorang Lelaki dari London, bernama Ben James (25 tahun) mengaku telah meniduri 200 perempuan dalam setahun. Semua itu dia lakukan melalui kekuatan media sosial.




Ben mempunyai 74 ribu pengikut (follower) di akaun Twitternya. Dia menulis  di Twitter 20 kali saban hari, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the
Daily Mail, Jumaat (4/4).

Dia mengaku hanya dengan mengajak berbual kaum hawa di Twitter maka dia boleh mengajak mereka naik ke atas katil. Dia kerap menghantar kata-kata seks kepada para perempuan dan mendapat balasan, termasuk foto telanjang.




"Para perempuan itu mengirimi saya beratus-ratus mesej dalam sehari. Sebahagian berupa foto bogel, sebahagian meminta nombor telefon saya, dan sebahagian lagi terus menawarkan bercinta," kata Ben. "Saya biasanya boleh mendapatkan empat atau lima lelaki yang bersedia berkaitan pada bila-bila saja. Setelah itu biasanya saya bosan dan mencari perempuan lain."

Lelaki bekerja sebagai produser televisyen itu kini tinggal bersama ibunya, seorang jururawat.

"Ibu saya tidak keberatan. Saya sangat menghormatinya. Ayah saya dulunya seorang playboy sewaktu muda. Saya rasa buah tidak jatuh jauh darinya."

Habuan budak ‘nakal’

Beijing: Polis China memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Kecederaan Xiao Bing, 6, dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan.
Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis.

Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka.
Foto
KECEDERAAN Xiao dikesan seorang guru di sekolahnya.

Sumber berkata, polis juga sudah menasihati wanita terbabit supaya tidak lagi memukul anaknya terlalu teruk.

Katanya, Xiao mendakwa dia dipukul dengan dawai penyangkut baju kerana gagal menyiapkan kerja rumah.

“Namun polis mendapati kecederaan itu tidak terlalu serius seperti apa yang dilihat.

“Polis beranggapan memadai jika ibu kanak-kanak terbabit diberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu,”katanya.

Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya.

Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru.

Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.- Agensi
SUMBER : MYMETRO

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved