Mayat wanita terbelah dua

on 14 Mac 2014

Melbourne: Mayat seorang wanita yang terbelah dua ditemui di dua tingkat tempat letak kereta sebuah hotel di Australia semalam.
Polis dipanggil ke Bayview On The Park Hotel di Melbourne selepas pekerja pembersihan menemui bahagian bawah badan mayat wanita berkenaan di tingkat bawah tempat letak kenderaan pada jam 5 pagi semalam. 
Bahagian atas badan mayat wanita berkenaan kemudiannya ditemui di tingkat satu tempat letak kereta itu. 

“Saya terkedu ketika menemui mayat itu. Saya dan kebanyakan kakitangan menggigil. Kami tidak pernah melihat kejadian seperti itu,” kata pengurus hotel itu, Mathew D'Rozario

Mathew berkata mayat wanita itu kelihatan seperti berumur antara 25 hingga 30 tahun dan mempunyai “penampilan Asia”.

Polis yang tiba kira-kira jam 6.30 pagi menutup kawasan itu bagi menjalankan siasatan. 

Jurucakap polis Victoria berkata, tiada keadaan yang mencurigakan mengenai kematian wanita itu. - Agensi
sumber : mymetro

Kaki mabuk cekik isteri

Shah Alam: Akibat sering berleter kerana tidak tahan dengan tabiat suaminya yang kaki mabuk selain sering bertengkar, seorang wanita ditemui mati selepas dia dipercayai dicekik suaminya dalam satu kejadian di Seksyen 7, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.30 pagi apabila mangsa yang juga wanita warga Indonesia berusia 43 tahun pada mulanya dikatakan ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas rumah oleh lelaki berkenaan.

Sumber berkata, bimbang melihat isterinya tidak bernyawa, suami mangsa berusia 46 tahun itu menghubungi ambulans untuk membawa isterinya ke hospital.
“Hasil siasatan lanjut dan berdasarkan keterangan yang diberikan suspek, polis mendapati ia hanya satu rekaan kerana anak pasangan itu mendengar ibu bapanya mereka bertengkar beberapa jam sebelum kejadian.

“Bedah siasat yang dijalankan pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang mendapati mangsa mati akibat kegagalan bernafas dipercayai dicekik suspek memandangkan keadaan wajah wanita itu yang kebiruan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan kejadian dan penahanan suspek.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved