Debora Silva, Model Muda Fenomena Asal Brazil

on 10 Mac 2014

Supermodel cantik yang beredar diatas catwalk pergelaran busana ternama di dunia biasanya berada dalam rentang usia 18-33 tahun. Namun supermodel belia asal Brazil ini merupakan sebuah fenomena.

Debora Silva debut

Debora Silva debut
Contoh foto debut Debora Silva yang mengantarnya menjadi fenomena

Ya, Debora Silva merupakan sebuah fenomena baru dalam dunia modelling. Di usianya yang baru 17 tahun, gadis kelahiran 1 Maret 1997 ini sudah mendunia sejak masih berusia 14 tahun!

Bentuk wajahnya yang cantik dan unik membuatnya terlihat amat menarik

Foto Terbaru Debora Silva
Salah satu pose terbaru Debora Silva

Wajahnya yang menawan dan tubuhnya yang bongsor banyak menarik minat agensi modelling. Kini dia bergabung dengan Look Models.

Kecantikan Alami debora Silva
Kecantikannya benar-benar sungguh alami


(dari berbagai sumber)

Perempuan ini Bangun Pagar Sampah Untuk Cegah Pencuri

Seorang wanita di China membangun pagar terbuat dari sampah, tujuan ia membangun pagar sampah untuk mencegah pencuri memasuki rumahnya. 




Hebat..Doktor Cantik Ini Buat Pesakit Kanser Miliki Payudara Lagi

Implan payudara sering menjadi pilihan bagi perempuan yang pulih dari kanker payudara dan ingin dadanya tampak seperti sedia kala bahkan mungkin lebih besar. Seorang Ahli Bedah di Bay Area, San Francisco, Amerika Syarikat menawarkan cara agar wanita kembali punya payudara tanpa harus menjalani operasi bedah implan.

Lisa setiap siang harus mengenakan seragam. Tapi, di malam hari ia suka berdandan. Namun, ia begitu terkejut ketika didiagnosa kanser payudara. Lisa akhirnya menjalani lumpectomy tahun lalu.


Saat itu ia mendatangi Dokter Bedah Plastik Kamakshi Zeidler, MD, untuk mengembalikan bentuk payudaranya. Setelah mempertimbangkan beberapa pilihan, Lal memutuskan mengangkat payudara dan melakukan prosedur auto-augmentation breast lift. Payudaranya akan kembali  tanpa menggunakan implan payudara.

Daripada memperbesar payudara, Zeidler mengatakan ia menggunakan jaringan pesakitnya. Yang diambil dari daerah bawah payudara untuk membentuknya kembali. Selain itu efek samping prosedur ini sangat minim.

"Apa yang kita lakukan adalah mengambil irisan jaringan di bawah payudara dan ini itu terselip di bawah kelenjar dan membesarkan dinding dada sehingga menciptakan kepadatan di bagian atas payudara," kata Zeidler.


Teknik tersebut memungkinkan ahli bedah mempertahankan suplai darah ke bahagian jaringan yang terangkat. Zeidler mengatakan, cara tersebut menghasilkan efek yang lebih tahan lama.

Dalam kes Lal, dokter juga menggunakan transfer lemak yang diambil dari tubuhnya sendiri untuk mengisi daerah payudara yang sudah diangkat tumornya.






abc7news

Fashion Jilbab Yang Dilarang Oleh Agama


Setiap muslimah diwajibkan memakai jilbab untuk menutup auratnya. Tetapi dalam berjilbab ini ternyata masih banyak ada yang salah, juga kadang melenciong dari syariat Islam dan bila tidak mengerti cenderung menjerumus ke hal yang dilarang. 

Fashion jilbab menyerupai biarawati kristian


Ini adalah bentuk jilbab yang menyerupai para biarawati. Para biarawati menggunakan penutup seperti jilbab dengan menampakkan bentuk lehernya. Mungkin masih sering kita jumpai para muslimah yang mengenakan jilbab dengan menampakkan bentuk lehernya.


 Fashion jilbab bersanggul

Larangan jilbab yang bersanggul ini datang sendiri dari nabi Muhammad SAW seperti yang terlihat pada gambar di atas.


Jilbab tidak syar'i ( tidak menutup dada dan tujuan untuk dihias saja )

Ini contoh jilbab yang tidak menutup dada. Cara pakai hijab seperti ini salah. Harusnya seperti dibawah ini.







Maut ‘ditembak’ pistol dalam stokin terpakai

Chicago: Seorang wanita tempatan maut apabila dia ‘ditembak’ di dada dari pistol yang tersorok dalam timbunan baju yang didermakan di sebuah kedai pakaian terpakai.
Maria Carmen Dominguez, 54, sedang mengasingkan pakaian yang didermakan bersama pekerja lain apabila pistol itu tiba-tiba meletup.
Rakan sekerja yang tidak didedahkan identitinya memberitahu polis, kejadian berlaku selepas dia menemui stokin yang mempunyai sesuatu di dalamnya.
“Ketika cuba mengosongkan stokin berkenaan, pistol itu jatuh ke tangannya dan secara tiba-tiba meletup,” katanya.
Pasukan kecemasan mengejarkan Maria ke hospital dan dia disahkan mati kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Suami Maria, Victor Campos berkata, kejadian itu amat tragik.
“Saya tak tahu apa yang perlu dilakukan tanpa Maria.
“Kehilangan ini sangat mengejut,” katanya.
Campos berkata, isterinya sudah bekerja di kedai itu sejak 25 tahun lalu.
“Saya bagaikan tidak percaya ini berlaku.

Kami mempunyai anak perempuan berusia 17 tahun yang kini berada di sekolahnya dan masih tidak tahu mengenai kejadian ini,” katanya.
Pelanggan tetap kedai berkenaan juga meluahkan rasa sedih dan terkejut atas kejadian yang berlaku.

- Agensi
sumber : mymetro

‘Batman’ curi pakai G-String

Sydney: Seorang lelaki yang taasub dengan watak Batman ditahan selepas mencuri kostum watak fantasi berkenaan di sebuah kedai di Australia.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, lelaki itu dilihat masuk ke kedai barangan terpakai di New South Wales dengan hanya memakai seluar dalam wanita.
Dia kemudian mengambil kostum Batman dan memakainya sebelum meninggalkan kedai berkenaan.

Selepas memakai kostum itu, dia tidak pergi “membanteras jenayah” seperti kebiasaan watak Batman, sebaliknya mundar-mandir di sekitar kedai dan tindakannya itu dirakam kamera pengawasan kedai itu.
Foto
RAKAMAN kamera CCTV menunjukkan ‘Batman’ sedang mengelilingi kedai itu.

Pemilik kedai itu, Michelle Rowe berkata, kejadian berkenaan memang unik.

“Selalunya seseorang yang ingin merompak sekurang-kurangnya berpakaian lengkap, tetapi ini agak pelik.

“Dia masuk ke kedai dengan memakai ‘G-String’ semata-mata,” katanya.

Lelaki itu juga turut mengambil patung mainan adiwira berkenaan dan akan dibicarakan di mahkamah dalam minggu ini.- Agensi
sumber : mymetro

Isteri celupar mati di tangan suami

Kaherah: Seorang lelaki dihukum penjara 15 tahun selepas mahkamah mendapati diabersalah membunuh isterinya, lapor media semalam.
Dalam keterangannya, lelaki terbabit berkata, dia terlalu berang dan terlanjur membunuh wanita terbabit kerana sering dituduh mandul.
“Tuduhan itu keterlaluan,” katanya.
Bagaimanapun, media tidak menjelaskan bagaimana lelaki terbabit membunuh isterinya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pengantin lelaki secara tidak sengaja membunuh bapanya ketika mereka meraikan detik gembira bersama.

Media melaporkan, pengantin lelaki melepaskan tembakan ke udara selepas disahkan menjadi suami.
Dia juga memanggil bapanya untuk menari bersama sambil tembakan dilepaskan.
Saksi berkata, mangsa tiba-tiba jatuh berlumuran darah.

Amalan melepaskan tembakan ke udara dalam upacara keraian adalah budaya di kebanyakan negaraArab.

- Agensi
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved