Dua pengasuh kejam

on 02 Mac 2014

Ipoh: Seorang bayi berusia dua bulan koma sejak seminggu lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya.
Bayi lelaki malang itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, jam 11 malam 25 Februari lalu, selepas dibawa oleh ibu bapanya kerana tidak sedarkan diri. 
Menurut sumber, sebaik dihantar ke hospital oleh ibu bapanya yang menetap di Persiaran Meteor, di sini, pakar perubatan melakukan CT Scan terhadap bayi terbabit dan mengesan pendarahan dalam otak. Mangsa turut mengalami sawan yang teruk. 

“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Foto
BAYI berusia dua bulan yang koma disyaki digoncang kuat.

“Berdasarkan maklumat doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.
sumber : mymetro

Doktor beri racun

Alor Setar: “Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.
Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu. 
Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas. 

Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.
Foto
KHAIRUL mendukung Nasrullah yang melecur 100 peratus akibat tersalah ubat yang diberikan doktor ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.
sumber : mymetro

Kedai kopi gesek

Banting: Minum sambil bergesek, itulah menu tambahan ditawarkan pengusaha sebuah restoran di sini yang menyediakan sekurang-kurangnya 10 wanita warga China untuk menjadi peneman pengunjung sepanjang menjamu selera di premis dalam ladang kelapa sawit itu.
Terletak jauh di pinggir kota, gadis muda berkulit putih gebu yang rata-rata­nya berusia 20-an ini boleh dibawa keluar dan diajak ke ranjang dengan bayaran kira-kira RM500 oleh pengunjung mata keranjang, terutama pelanggan tetap, 
Itulah gambaran boleh diberikan kepada restoran berkenaan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘China Doll’ kepada pengunjung­nya dipercayai sejak beberapa bulan lalu. 

Beroperasi kira-kira 500 meter dari jalan utama, tidak siapa menyangka ada lebih 10 GRO asyik melayan pelanggan secara terbuka di restoran berkenaan.
Foto
SALAH seorang GRO sedang melayan pelanggan.

Selain kopi dan teh, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman keras selain menjalani sesi urutan dan belaian manja si genit yang hanya mengenakan skirt pendek dan baju nipis bagi menarik pelanggan.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved