Belasah majikan kerana dipecat

on 19 Februari 2014

Kuala Terengganu: Bagaikan aksi gusti apabila seorang penyambut tetamu wanita ‘naik angin’ membelasah serta mengheret majikannya, juga seorang wanita, gara-gara berang diberhentikan kerja di sebuah resort di Jalan Haji Busu, Batu Burok, di sini, Rabu lalu.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku jam 3.30 petang apabila wanita berusia 29 tahun itu memanggil wanita berusia 20-an, datang ke pejabatnya untuk memberi notis berhenti kerja kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan kualiti kerja wanita itu. 
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di kepala, muka, leher dan badan mengambil keputusan membuat laporan polis.
sumber : mymetro

Bogel wanita tolak cinta

Ampang: Seorang wanita bukan saja dimaki hamun dan dibelasah, malah seorang kenalan lelakinya turut merakam gambar separuh bogelnya sebelum memuat naik di dalam Facebook (FB) hanya kerana mangsa enggan menjadi kekasihnya.
Itu azab terpaksa ditanggung seorang wanita berusia 35 tahun selepas bertindak menolak cinta lelaki itu yang tidak berpuas hati selepas usahanya memikat mangsa gagal. 
Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri kemudian membuat laporan di Balai Polis Ampang, di sini, Sabtu lalu. 

Sumber berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 30-an itu beberapa kali memujuk mangsa supaya menerimanya sebagai teman lelaki, namun mangsa enggan dan menolak secara baik kerana lebih selesa sebagai kawan.

“Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang rasa tidak puas hati lelaki terbabit.

“Pada hari kejadian, lelaki itu sekali lagi datang ke rumah mangsa di Bandar Baru Ampang dan memujuk mangsa menjadi kekasihnya,” katanya. 

“Usahanya itu tetap tidak berhasil menyebabkan lelaki itu naik angin dan terus menghamburkan kata-kata kesat kepada mangsa,” katanya.
sumber : mymetro

Mati kerana kaki ayam

Florida: Seorang lelaki berasal dari Tampa berdepan tuduhan membunuh rakannya selepas mereka bergaduh kerana berebut kaki ayam.
James Jugo, 52, didakwa menyerang Benjamin Calderon, 56, selepas rakannya itu mengambil kaki ayam yang dimasaknya di kuali.

Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Benjamin menunjukkan ada tanda pendarahan dalamanselepas dia dipukul berkali-kali di muka, leher dan beberapa tempat lain.
Seorang saksi memberitahu polis dia melihat James memukul Benjamin dengan papan.

Adik Calderon, Bolivar memberitahu media tempatan abangnya menetap di rumah James selepas keluar dari rumah perlindungan.

Bolivar berkata, abangnya berusaha mengumpul duit untuk mengambil lesen supaya dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Tiada siapa yang patut mati semata-mata kerana berebut kaki ayam,” katanya.

Pihak berkuasa Tampa berkata James ditahan atas tuduhan membunuh selepas memukul rakannya sehingga mati baru-baru ini.
Jugo ditahan di penjara selepas gagal membayar ikat jamin. Rekod menunjukkan dia masih belum mengambil peguam untuk membelanya di mahkamah.

Dia pernah ditahan sebanyak 19 kali sebelum ini. - AFP
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved