Tabur paku kerana bosan

on 17 Februari 2014

Shenzhen: Seorang lelaki dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah menabur paku di jalan raya yang menyebabkan sejumlah kenderaan pancit dan menyebabkan kemalangan.
Akhbar di Guangdong melaporkan, lelaki itu, Wu bertindak demikian kerana bosan dengan kesibukan lalu lintas di sekitar kediamannya.

Wu memberitahu mahkamah, dia tidak tahan lagi dengan bunyi bising kenderaan yang melalui depan rumahnya hingga menyebabkan dia tidak boleh tidur.
Dia bertindak menaburkan paku di tengah dan tepi jalan sejak 2012 dan meneruskan kegiatannya sehingga ditangkap baru-baru ini.

Perbuatannya menyebabkan beberapa kenderaan berat, termasuk trak, bas dan kereta pancit. - Agensi
sumber : mymetro

Gadis 17 tahun derma RM44 juta

Riyadh: Seorang gadis berusia 17 tahun mendermakan SR50 juta (RM44 juta) kepada kegiatan kebajikan di Arab Saudi.
Gadis yang tidak dinamakan itu memberitahu akhbar tempatan, jumlah itu suku daripada kekayaan yang diwarisi daripada bapanya.

Menurut laporan, gadis berkenaan pergi ke mahkamah di Riyadh dan mendermakan wang itu kepada kumpulan kebajikan yang terbabit dalam pembinaan masjid, membantu membebaskan tahanan yang terlibat dengan hutan, pembinaan sekolah, hospital dan aktiiviti lain.
“Saya digalakkan oleh ibu dan abang saya untuk menderma. Saya mengambil keputusan untuk berbuat demikian kerana takutkan Allah dan kerana sayangkan bapa saya,” katanya.
sumber : mymetro

Kosmetik online beracun

Kuala Lumpur: Kegilaan mendapatkan kosmetik secara online yang menjadi fenomena baru di kalangan remaja tidak kira perempuan atau lelaki untuk muka tampil cerah menawan ternyata membawa azab kepada segelintir mereka apabila muka seolah-olah terbakar kerana penggunaan kosmetik beracun.
Ini berikutan mereka terlalu mudah diperdaya dengan ‘jaminan kualiti produk’ serta pelbagai ‘testimoni pengguna’, di blog serta laman sosial Facebook, kononnya kosmetik yang ditawar berkesan dalam tempoh sesingkat tiga hari. 

Mengakui sesal kerana terjebak dalam pembelian kosmetik di laman Facebook, Sharina (bukan nama sebenar), 19, berkata, dia terpaksa mengasingkan diri daripada rakan sekerja apabila wajahnya ditumbuhi bintik halus merah seakan ruam panas. 

“Ketika membeli (set kosmetik), saya langsung tidak memikirkan soal keselamatan diri dan kesan produk terhadap wajah. Apa yang terlintas hanyalah perasaan tidak sabar untuk kelihatan cerah dan cantik sebagaimana pengguna lain di ruang testimoni produk.
Foto

“Sehari selepas pembayaran dibuat, produk yang diidam sampai di depan rumah. Menurut label pada kotak, saya boleh melihat kesannya selepas tiga hari dan jaminan diberi ternyata menjadi,” katanya ketika ketika ditemui di rumahnya di Sungai Besi.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved