Si buta kemaruk tatu

on 06 Februari 2014

Cardiff: Seorang wanita ‘kemaruk’ menghabiskan masa 416 jam hidupnya untuk memenuhkan badannya dengan tatu.
Malangnya, dia tidak dapat melihat hasil lukisan itu kerana dia buta.

Fran Atkinson, 52, menghabiskan tiga tahun kebelakangan ini mendapatkan khidmat pelukis tatu Grez Bowman untuk melakarkan tatu pada keseluruhan badan dari leher ke buku lali.
Walaupun tidak tahu hasil kerja artis berkenaan, Fran berkata suaminya Rhyl dan Bowman menjadi ‘mata’ yang menghuraikan setiap tatu dilukiskan.

Malah Fran menganggap dia mungkin berjaya mencipta rekod sebagai wanita paling banyak tatu di Wales dan kini berharap dapat memasuki Guinness Book of World Records dengan bantuan Bowman.

Dia menghidap Retinitis Pigmentosa, penyakit keturunan yang mengakibatkan buta.
Dia mula hilang deria penglihatan ketika berusia remaja dan kini hanya mempunyai kadar penglihatan antara tiga hingga lima peratus.

Bagaimanapun, penyakit itu tidak mengurangkan minatnya terhadap seni tatu.
“Tatu pertama saya gambar kuda terbang sekitar 25 tahun lalu dan sejak itu sentiasa menambah lukisan pada badan saya.

“Tiga tahun lalu saya tiba-tiba terjaga daripada tidur dan terasa ingin memenuhkan badan dengan tatu.

“Saya mula mendapatkan khidmat Bowman untuk dua jam setiap minggu, namun sejak lebih setahun lalu sesi kami dipanjangkan kepada empat jam seminggu,” katanya. - AFP
sumber : mymetro

3 beradik makan ibu

Manila: Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu.
Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.

Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah.
Tiga anak lelakinya - Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 - bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.

Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah.

“Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.
Foto
DANTE (kanan), Paroy (kiri) dan Ibrahim menafikan tuduhan bunuh ibu mereka.
“Semuanya akan menjalani ujian dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka. - Agensi
sumber : mymetro

Rayu 100 kali

Kota Bharu: Kemaruk nak berkahwin lain, seorang lelaki berubah sikap menjadi pembengis dan tergamak memukul serta mencucuh isteri sedang hamil dengan bara rokok, selain hampir memijak anak yang baru dilahirkan.
Lebih memilukan, tanpa menghiraukan isterinya yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak kelima, suami berusia 43 tahun itu berkahwin satu lagi dengan kekasih baru berusia 40-an.
Isteri malang itu yang mahu dikenali sebagai Aini, 42, berkata di sebalik pelbagai penderitaan dialaminya, dia pasrah dan reda kerana percaya suaminya bertindak sedemikian di luar sedar.

“Ada ‘unsur’ lain yang menyebabkan dia bersikap begitu, maksudnya saya percaya dia menjadi mangsa buatan orang. Ini kerana dia sebenarnya seorang yang amat penyayang dan tidak pernah mengasari saya.
Foto

“Pada mulanya saya sendiri tertanya-tanya kenapa suami jadi begitu, tapi bila dia berkahwin lain dengan wanita itu ketika saya masih dalam pantang, saya semakin yakin itulah puncanya” katanya.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved