Bunuh rakan enggan adakan hubungan seks

on 05 Februari 2014

Milan: Sepasang kekasih didakwa menjerut rakan serumah mereka hingga mati sebelum membawa mayat mangsa di dalam beg pakaian sejauh 400 kilometer ke Venice.
Pembunuhan itu dilakukan selepas mangsa, warga Iran, menolak melakukan seks dengan mereka.
Mayat Mahtab Savoji, 29, ditemui dalam beg yang terapung.

Gagandeep Kaur, 30 dan Rajeshwar Singh 28, yang berkongsi bilik dengan mangsa ditangkap semalam berhubung pembunuhan itu.
Foto
MAHTAB

Gagandeep dan Rajeshwar, kedua-duanya warga Iran mendakwa mereka cemas dan menyembunyikan mayat Mahtbab selepas menemuinya mati Isnin lalu setelah minum terlalu banyak arak.

Kedua-duanya, pekerja hotel, membuang mayat mangsa selepas membawanya di dalam beg dalam perjalanan selama 20 jam dengan tiga kereta api.

Polis menahan pasangan itu kerana meragui kenyataan mereka. 

Gagandeep dan Rajeshwar dirakam oleh kamera litar tertutup di stesen kereta api Venice apabila mereka tiba dengan beg berisi mayat itu sebelum mereka kembali ke Milan dengan teksi.

Polis percaya mangsa dibunuh kerana menolak melakukan seks oleh pasangan kekasih itu. - Agensi
sumber : mymetro

Pelakon ugut bunuh

Kangar: “Saya fobia dan takut dicederakan selepas pelakon terbabit sanggup mengugut untuk membunuh saya di dalam laman sosial Facebook miliknya,” kata seorang guru, Azahar Hassan, 43, selepas gambarnya dimuat naik dengan mesej ugutan mati oleh pelakon lelaki drama popular, Khamis lalu.
Azahar berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya mengenai tindakan artis itu yang memuat naik gambarnya dan mesej ugutan ‘WANTED: hidup atau mati, tempang, OKU atau cacat ada imbuhan’ di laman sosial Facebook milik artis berkenaan.
Katanya, dia tidak menyangka artis berkenaan tergamak melakukan perkara itu termasuk mengugut mencederakannya di dalam beberapa status lain selepas ugutan itu.

Azahar yang juga guru sebuah sekolah rendah, di sini berkata, dia yang bimbang nyawa dan keluarganya terancam kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar, jam 11 malam kelmarin.
Foto
MESEJ ugutan dalam laman Facebook milik Azahar.

“Saya mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan isteri saya dan risau dengan keselamatan mereka selepas ugutan daripada artis berkenaan.
sumber : mymetro

Mayat hidup semula

Kuala Lumpur: “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah meninggal dunia,” kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62.
Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru.
Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang ‘hidup’ semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan.

Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
Foto
ZULROZI menunjukkan bekas pembedahan di kepala ayahnya.

Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved