14 bulan minum darah, kencing

on 04 Februari 2014

Majuro (Kepulauan Marshall): Seorang nelayan yang hanyut 14 bulan di Lautan Pasifik menyambung hidup minum dengan hanya meminum darah penyu selain makan ikan dan camar mentah sepanjang tempoh berkenaan.
Jose Salvador Alvarenga yang kini digelar Lelaki Ajaib Pasifik juga minum air kencingnya sendiri untuk mengelak kehausan.

Namun dia gagal membantu rakannya berusia antara 15 hingga 18 tahun dikenali sebagai Ezekiel yang meninggal dunia kira-kira empat minggu selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin pada 21 Disember 2012.
Ezekiel mati kerana tidak dapat menelan atau menghadamkan daging mentah.

Alvarenga berkata, dia terpaksa melepaskan mayat Ezekiel ke laut, namun enggan menceritakan insiden itu lebih lanjut.

“Saya sedih apabila mengenangkan Ezekiel namun bersyukur masih hidup. “Sukar percaya saya terselamat. “Saya tidak dapat ingat apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Apa yang ada dalam memori saya cumalah lautan yang luas.
Foto
ALVARENGA
“Saya terselamat kerana tidak henti berdoa,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakannya pada mulanya cuba mendapat bantuan nelayan namun gagal.
Bot dinaiki mereka hanyut lebih 12,500 kilometer dari El Salvador dan dipukul ombak ketika cuaca ribut sebelum akhirnya menemui daratan di Ebon Atoll.

“Saya bernasib baik bot terlanggar sesuatu lalu saya terus mengumpulkan tenaga dan semangat untuk berenang ke daratan.

“Jika tidak mungkin saya terus hanyut. Tidak mungkin saya terselamat dalam keadaan itu,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dia terlelap keletihan di bawah pokok kelapa tanpa menyedari ada perkampungan di situ.

Penduduk yang menemuinya terkejut apabila mendapati Alvarenga yang berambut panjang dan berjambang lebat dengan pakaiannya yang hampir reput akibat berada di laut tidak ubah seperti watak dimainkan Tom Hanks dalam filem Castaway. - Agensi
sumber : mymetro

Lampias nafsu pada patung

Brasilia: Seorang pencuri dirakamkan cuba mengadakan hubungan seks dengan patung peraga pakaian selepas memecah masuk sebuah pusat beli-belah di Jaragua, lapor media semalam.
Aksi lelaki terbabit terdedah selepas pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ.

Melalui rakaman CCTV itu pengawal keselamatan melihat seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian.
Pada satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium ‘payudara’ dan melakukan aksi lucah.

Lelaki itu yang menutup mukanya menggunakan kemeja-T dipakai kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar.

Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam.
Foto
SUSPEK (tengah) enggan menjelaskan mengapa dia tergamak memuaskan nafsu pada patung.
Suspek akhirnya ditahan selepas pihak berkuasa dimaklumkan dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ.

Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah.
Sementara itu, pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu “terlalu pelik.” “Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana “tiada kerja lain.” Bagaimanapun, dia enggan mengulas perbuatan lucahnya itu. - Agensi
sumber : mymetro

Luna Maya rupanya geli lihat darah

Jakarta: Luna Maya mengakui dia sangat gembira terbabit dalam penggambaran filem seram ganas Killers walaupun terpaksa berdepan dengan pengalaman baru.
Kata selebriti kontroversi itu, Killers memberi peluang kepadanya memegang watak Dina Aditya isteri seorang wartawan Bayu Aditya (lakonan Oka Antara) yang terlalu memberi perhatian kepada kerjayanya membongkar skandal seorang ahli politik.

Kesungguhan Bayu menyebabkan hubungannya dengan Dina renggang.
Killers adalah filem usaha sama antara Indonesia dan Jepun dan diarah bersama Kimo Stamboel serta Timo Tjahjanto.

Ia turut dibintangi aktor Jepun, Kazuki Kitamura.

Dalam satu babak daripada filem yang sarat dengan adegan ngeri dan pembunuhan itu, Luna menceritakan dia perlu berbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.
Kata Luna, dia tidak keberatan melakonkan adegan sebegitu.

“Cuma kadang-kadang saya berasa geli,” katanya. “Saya amat berpuas hati dengan lakonan dalam Killers,” katanya. Katanya, tayangan perdana filem itu di Festival Filem Sundance 2014 Utah, AS mendapat sambutan hangat daripada penonton. - Agensi
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved