Seksinya Katy Perry dengan Gaun Menerawang Valentino

on 28 Januari 2014

Menghadiri Grammy Awards 2014 di Los Angeles, California, Katy Perry memilih gaun menerawang dari rumah mode Valentino Haute Couture. Selain seksi dan elegan, ia juga terlihat playful dengan ornamentasi not-not balok yang bertebaran di gaunnya.


Ini Momen Selebriti di Red Carpet Paling Kontroversi Sepanjang Masa

Datang ke acara bergengsi, tidak lengkap rasanya bagi selebriti bila tak berjalan di red carpet dan berpose di hadapan puluhan paparazi. Seleb datang ke sebuah acara tidak selalu dengan busana yang elegan, ada juga seleb yang hadir mengenakan gaun aneh dan unik.






Pengantin sejenis ‘berkahwin’ dalam Anugerah Grammy

Los Angeles: Anugerah Grammy semalam memberi kejutan lain daripada yang lain apabila turut meraikan 33 pasangan yang dikahwinkan serentak sebagai sebahagian daripada persembahan pada malam itu.
Acara itu berjaya dirahsiakan sehingga waktu yang ditetapkan, iaitu ketika persembahan lagu Same Love oleh Macklemore dan Ryan Lewis bersama Mary Lambert serta Madonna. 
Perkahwinan semua pengantin terbabit - yang turut merangkumi pasangan sejenis - dirasmikan Queen Latifah. 

Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif The Recording Academy Neil Portnow berkata, dia bangga majlis perkahwinan itu berjalan lancar malah menganggapnya cukup bermakna.
Foto
ANTARA pasangan pengantin sejenis yang ‘berkahwin’ ketika majlis Anugerah Grammy semalam.

“Banyak idea ditonjolkan dalam majlis anugerah kami adalah hasil idea kreatif artis kami.

“Lagu ini memang istimewa dan menyeru kita bersikap adil serta toleransi,” katanya. 

Portnow juga tidak mempedulikan persepsi negatif yang mungkin menganggap anugerah Grammy digunakan untuk mempolitikkan isu tertentu. 

“Kami tidak pernah mencampuradukkan anugerah ini dengan politik. 

“Majlis malam ini sekadar untuk menyatukan pasangan yang saling mencintai dan mahu hidup bersama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam. - Reuters
sumber : mymetro

Suami tak kenang budi

London: Habis madu, sepah dibuang - begitu nasib menimpa seorang wanita selepas dia menyelamatkan nyawa suaminya dengan menderma buah pinggang.
Samantha Lamb, 41, menawarkan buah pinggang untuk suaminya Adam, 45, yang menghidap kegagalan renal dan memerlukan dialisis untuk meneruskan hidupnya.
Sebagai persediaan menderma buah pinggang, Samantha sanggup menahan lapar bagi membolehkan berat badannya turun 19 kilogram bagi memastikan dia sendiri cukup sihat pembedahan pada Oktober 2009.

Pengorbanan itu kemudian menarik perhatian stesen televisyen BBC yang menerbitkan dokumentari khas mengenai cinta Samantha.
Foto
SAMANTHA (kiri) menyesal menderma buah pinggang kepada Adam.

Tidak seperti cerita cinta biasa, rumah tangga Samantha - Adam berantakan hanya beberapa tahun selepas pembedahan itu.

Adam akhirnya meninggalkan Samantha.

Dia mengangkut semua barangnya, termasuk televisyen dan radio sebelum meninggalkan kunci rumah di dalam peti surat ketika Samantha bekerja syif malam.

Samantha percaya suaminya menjalin hubungan sulit dengan rakan baiknya, namun Adam berkali-kali menafikan.

Pasangan itu - yang berkenalan ketika sama-sama menjadi pemandu ambulans - pernah berpisah seketika sebelum berkahwin pada 2007.

Adam jatuh sakit tidak lama selepas itu dan terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Kata Samantha, dia tidak tergamak melihat Adam lalu menawarkan buah pinggangnya.

“Adam yang mempunyai anak hasil perkahwinan sebelum ini mahu melihat mereka membesar,” katanya.

Menurut Samantha, dia kini menyesal membantu Adam.

“Saya tidak menyesal melakukan pembedahan yang membantu seseorang - namun alangkah baiknya jika buah pinggang itu diberi kepada orang lebih layak.

“Kalaulah boleh saya ambil semula buah pinggang itu dan memberinya pada orang lain,” katanya.

Namun dia mengakui perkara itu mustahil dan kini hanya berharap proses perceraian diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, dia merasa sakit hati setiap kali melihat parut berukuran empat inci hasil pembedahan itu.

“Namun sekurang-kurangnya Adam pun perlu sentiasa ingat dia berhutang nyawa dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Adam menafikan mengadakan hubungan dengan rakan isterinya selain menegaskan tidak pernah meminta didermakan organ berkenaan.
sumber : mymetro

Sorok isteri dalam bilik air

Alor Setar: Demi mengelakkan isterinya ditahan, seorang lelaki Myanmar sanggup menipu dengan mendakwa tinggal sendirian apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belakang Masjid Intan Syafinaz, Anak Bukit, dekat sini, semalam.
Dalam serbuan pada jam 3 pagi, lelaki berusia 30-an itu dipercayai menyembunyikan isterinya di dalam bilik air sebelum wanita terbabit berjaya meloloskan diri menerusi pintu belakang ketika anggota Jabatan Imigresen Kedah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan.

Walaupun wanita itu berjaya melarikan diri, namun suaminya ditahan bersama 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) lain berusia 19 hingga 40 tahun dalam Ops 6P selama lima jam bermula jam 12 tengah malam di sekitar daerah itu, Pendang dan Yan.
Ketua Bahagian Penguat kuasanya Nar Azaman Ibrahim berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas 38 warga asing terdiri warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar di tiga lokasi berkenaan.

Katanya, daripada jumlah berkenaan 14 daripadanya didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Menurutnya, mereka membabitkan 12 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar yang dikesan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Dalam serbuan itu, kami turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh kerana menetap lebih masa dalam negara dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan kira-kira jam 9 pagi kelmarin, empat lelaki warga Bangladesh berusia antara 30 hingga 36 tahun ditahan kerana melanggar syarat pas diberikan di sebuah premis perniagaan di Sungai Petani, di sini.
Menurutnya, mereka ditahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Semua PATI berkenaan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Juru di Pulau Pinang atau Langkap di Perak untuk siasatan lanjut.
sumber : mymetro

Cerut ragut kasih

Kuala Lumpur: “Ini semua bahana cerut import dari Cuba. Akibatnya, saya dan anak-anak terpaksa ‘mengikat perut’ kerana tidak mempunyai wang dan terpaksa mencari pendapatan lain berikutan suami terlalu taasub dengan hobi peliknya yang ketagih menghisap cerut berjenama luar negara.
“Dulu, hidup kami sekeluarga bahagia, tidak perlu fikir pasal wang kerana semuanya lengkap. Suami pula ketika itu bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan rumah, namun semua itu tidak bertahan lama selepas dia mula ketagih cerut mahal,” katanya.
Begitu luahan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Sara, 30, yang terpaksa berniaga kecil kecilan untuk mengisi perutnya dan dua anak akibat kegilaan suaminya itu.

Menurutnya, dia terpaksa menjual nasi lemak serta mengambil tempahan masakan semata-mata untuk menampung perbelanjaan harian mereka selepas suaminya tidak lagi memberi nafkah wang ringgit kepadanya.
Foto
SARA menunjukkan kotak cerut yang diimport dari Cuba.

Dia berkata, sudah puas dia serta keluarga menasihatkan suaminya itu berhubung tabiat pelik lelaki berkenaan, namun segala usaha menemui jalan buntu.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved