Gila betul fesyen pakaian ParisHilton ini

on 27 Januari 2014




Beruntung, Anak Laki-laki Ini Selamat Dari Kecelakaan

Seorang wanita 56 tahun dan cucunya lima tahun mengalami luka ringan akibat kecelakaan mobil setelah mereka berdua berjalan  pada Selasa di Anapolis di negara bagian Goias, Brasil.

Setelah kecelakaan itu terjadi, anak itu bangkit dan berjalan ke neneknya, yang berbaring  seolah-olah tidak ada yang terjadi.  Insiden itu ditangkap pada kamera CCTV, yang menunjukkan saat Vilma do Nascimento dan Joao Pedro Nascimento terkena ketika sebuah mobil bertabrakan dengan mobil yang sedang diparking dan terdorong mengenai mereka.










(asiantown)

Selena Gomez Merokok Djarum Super Agar Tenang

Selena Gomez pada hari Khamis pagi, 23 Januari 2014 tertangkap 
gambar sedang memegang sebungkus rokok saat pergi meninggalkan rumahnya di Tarzana, California.

Para paparazzi berhasil mengambil gambar Selena yang tampil sexy dengan busana tipis dan mengenakan kacamatan hitam, untuk pertama kalinya sejak Justin Bieber, mantan pacar Gomez, ditangkap polis di Miami kerana memandu sambi mabuk.

Selena Gomez Merokok Djarum Super
Selena tampil sexy ketika hendak memasuki mabil dan ups...(sensor). Oh, ya, dia menggenggam sebungkus rokok Djarum Super di tangan kirinya

Foto-foto Gomez ini amat mengejutkan banyak pihak, karena sebelumnya dia dikenal sebagai gadis baik-baik dan merokok tidak termasuk dalam karakter asli penyanyi berusia 21 tahun ini yang dikenal bersih.

Djarum Super Selena Gomez
sebungkus rokok Djarum Super di tangan kiri Selena

Nampaknya ia stres dan galau kerana makin lama tingkah Justin Bieber semakin rusak. Dan sebungkus rokok produksi Indonesia, Djarum Super, benar-benar boleh memberinya ketenangan. Sudah bukan rahsia lagi bahwa tembakau Indonesia merupakan tembakau terbaik di dunia

Peguam ‘belit’ wang pelanggan

Rome: Seorang peguam didakwa mencuri wang bernilai kira-kira 180,000 euro(RM820,658) milik pelanggannya yang dibantu kerana cedera akibat dibakar.
Lidia Gabellini, 38, dari Rimini dikatakan mengeluarkan wang dari akaun lelaki gelandangan itu - yang melecur teruk selepas dibakar samseng ketika tidur di atas bangku di bandar berkenaan pada 2008.
Lidia juga didakwa mencuri wang dari sekurang-kurangnya dua pelanggannya yang lain, termasuk 1,000 euro (RM4,559) daripada seorang lelaki kurang upaya berusia 21 tahun yang memperoleh wang itu selepas jatuh dari bumbung kediamannya.
Lidia dilaporkan membelanjakan wang dicurinya untuk membeli kereta dan barangan mewah.
Polis turut merampas 200,000 euro (RM911,842) daripada akaun bank Lidia yang dipercayai wang hasil penipuanya.
Menurut akhbar Itali Ilrestodelcarlino, Lidia memberitahu hakim yang dia malu dengan kesalahan yang dilakukannya itu, selain turut meminta maaf.

Peguamnya, Alexander Petrillo berkata, Lidia bukan penjahat tetapi wanita yang sakit.

“Lidia mempunyai jiwa yang rapuh dan dia mengalami masalah psikiatri serius,” katanya dalam satu kenyataan.
Lidia, ibu kepada seorang anak kini ditahan di penjara wanita di Forli.
Kegiatan penipuannya itu terbongkar selepas polis menjalankan operasi khas “Vampire.” - Agensi
sumber : mymetro

Pemuda tak mengaku aib ibu

Kota Bharu: Seorang pemuda berusia 20 tahun yang sebelum ini mengaku bersalah atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan dan hendak mengaibkan kehormatan ibu kandungnya, menukar pengakuan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya dengan menggunakan sebatang kayu penyapu bentuk bulat bersalut plastik warna merah berukuran kira-kira 57 sentimeter panjang, di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang, di sini, pada jam 6.30 petang, 21 Disember 2013.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Berdasarkan pertuduhan kedua, dia didakwa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ke atas ibunya sambil menyebut perkataan dan menunjukkan aksi lucah dengan maksud perkataan itu didengar dan aksi itu dilihat ibunya di tempat sama pada jam 8 malam, 20 Disember 2013.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pada prosiding semalam, tertuduh turut mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi tuduhan iaitu gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta pegawai polis untuk pemeriksaan di alamat sama pada jam 8 malam, 21 Disember 2013.
sumber : mymetro

Dasar mat rempit tiada otak

Shah Alam: Akibat bimbang ditahan pihak berkuasa yang mengadakan operasi, sekumpulan mat rempit yang cuba melarikan diri sebaik menyedari terdapat sekatan jalan oleh anggota polis bersama agensi penguatkuasaan lain bertindak memandu secara berbahaya sebelum merempuh seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dalam kejadian itu, mangsa Shahrizan Sajari, 35, mengalami kecederaan akibat dilanggar sebuah motosikal dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin. 
Ketika ditemui di tempat kejadian, Shahrizan berkata, keadaan ketika itu kelam-kabut menyebabkannya tidak menyedari seorang daripada lima penunggang motosikal yang cuba melarikan diri itu melanggarnya hingga cedera di kaki. 

“Akibat panik apabila pihak berkuasa cuba menahan mereka di Jalan Pesiaran Dataran Shah Alam, kumpulan penunggang motosikal itu terus memecut motosikal dalam keadaan tidak tentu arah menyebabkan saya yang berada di tepi jalan turut dilanggar,” katanya.
Foto
DUA penunggang motosikal cuba melarikan diri sebaik melihat sekatan jalan raya, tengah malam kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik hanya cedera ringan di kaki kanan.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved