Gelinya makanan ini

on 22 Januari 2014





















Kematian tak jadi halangan berkasih

Beijing: Seorang gadis menarik perhatian pengguna Internet di China apabila dia menghantar mesej harian kepada teman lelakinya walaupun individu terbabit sudah meninggal dunia pada 2009.
Zhang Xi mula menghantar mesej harian itu kepada teman lelakinya, Renren, yang menetap di Vancouver, Kanada sejurus selepas pemuda terbabit meninggal dunia pada Disember 2009.

Pada awalnya mesej itu berbentuk kesedihan atas kematian Renren namun ia berlarutan dan bertukar menjadi luahan hati Zhang setiap hari. Mendedahkan betapa dia terlalu sedih atas kematian Renren, Zhang berjanji untuk “menemani” kekasihnya selama-lamanya. Setakat ini Zhang masih mengotakan janji berkenaan.
Sebahagian mesej itu menceritakan pengalaman lalu dan kadang-kadang Zhang berkongsi kegembiraan pada hari berkenaan. Tidak ketinggalan - rungutan. Zhang menulis mesej berkenaan seolah-olah Renren masih hidup dan dapat membacanya. - Agensi
sumber : mymetro

Remaja jual bayi RM371 di Facebook

Santiago: Seorang remaja Chile cuba menjual anak dalam kandungannya di Facebook dengan hanya £68 (RM371) kata polis semalam.
Remaja terbabit dikenali sebagai Veronica Carrera Chaparro, 18 ditangkap bersama ibu dan kakaknya yang disyaki bersekongkol untuk menjual bayi berkenaan.

Ketua Polis Santiago, Miguel Ampuero berkata, Veronica menyedari dia hamil pada Februari tahun lalu.
“Ketika itu kandungan Veronica berusia dua bulan,” katanya. Keadaan itu dimaklumkan kepada teman lelaki Veronica yang berusia 17 tahun dan berjanji untuk merahsiakan kehamilan berkenaan. Namun, kata Ampuero, Veronica mendedahkan keadaan itu kepada keluarganya. Mendengar berita itu ibu Veronica, Angela, 42, dan kakaknya Daniela Perez, 24, memberi tiga pilihan kepada remaja terbabit - sama ada ada menjual anaknya apabila lahir, menggugurkan kandungan atau memberikan bayi berkenaan kepada keluarga angkat. “Selepas Veronica mengiklankan anaknya yang bakal lahir itu di Facebook, ia mendapat reaksi serta-merta daripada sepasang suami isteri dari bandar Concepcion tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat,” katanya. Sebuah keluarga dari Puente Alto di Santiago juga menghubungi Veronica dan menawarkan bayaran bernilai RM3,770  untuk urusan pendaftaran bayi berkenaan nanti. Veronica kemudian bersalin pada 4 November lalu dan menyerahkan bayinya sehari kemudian tetapi pasangan terbabit didakwa tidak mengotakan janji apabila hanya membayar wang dalam jumlah lebih rendah daripada sepatutnya. Kejadian itu kemudian diketahui polis mendorong pihak berkuasa menahan Veronica, ibu serta kakaknya atas dakwaan menjual bayi. Pasangan yang membeli anak Veronica itu juga ditangkap. Mereka dibicarakan di mahkamah semalam. - AFP
sumber ; mymetro

Janda dibakar hidup-hidup

Kuala Lumpur: “Saya nampak dia menyimbah sesuatu ke arah Saliza dan menyalakan api,” kata Som Dollah, 62, menceritakan nasib anaknya, Saliza Saidin, 29, yang melecur teruk di seluruh badan, dipercayai akibat dibakar bekas teman lelakinya, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.30 pagi di rumah dihuni Som dan Saliza bersama tiga anak mangsa berusia satu hingga lima tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini. 
Akibat kejadian itu, Saliza yang juga ibu tunggal melecur hampir 85 peratus tubuhnya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan yang tidur bersama wanita itu di dalam bilik juga dirawat di HKL akibat melecur di muka sebelah kanan serta kedua-dua tangan.
Foto
PEGAWAI penyiasat bomba memeriksa rumah yang terbakar

Som yang turut melecur di tangan kanan berkata, dia mengenali suspek dan percaya lelaki itu bertindak membakar anaknya kerana berang akibat cinta ditolak.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved