23 kali ditahan dalam masa 10 tahun

on 20 Januari 2014

Tallahassee (Florida): Sejak 10 tahun lalu Sarah Wulchak (gambar) menjadi wanita yang “sangat sibuk” dan keadaan itu dapat disaksikan melalui perubahan fizikalnya dalam 25 gambar polis.
Sarah, 34, disabitkan dengan pelbagai kesalahan daripada mencuri kereta, menceroboh hingga menyebabkan kecederaan dan membawa kepada 23 tangkapan sejak 2003.

Semua kes itu berlaku di daerah Volusia.
Dalam gambar polis pertamanya, dia kelihatan berkaca mata dan sihat, tetapi 10 tahun kemudian imej itu hanya tinggal kenangan. Walaupun kebanyakan kesalahannya kecil, Sarah menjadi perhatian pada Januari 2013 selepas didakwa menggigit hingga putus telinga teman lelakinya di bilik tidur mereka. Keadaan itu memaksa mangsa, Steve Bolin, 53, mendapatkan bantuan polis untuk menyelamatkan diri.

Polis berkata, Bolin sedang memakan sepinggan spageti di rumah mereka di DeLand apabila berlaku pertengkaran. Keadaan kemudian menjadi tidak terkawal memaksa Bolin berlindung di dalam biliknya tetapi Sarah tetap menyerang dan menggigit - hingga putus - telinga mangsa. Sarah ditahan di sebuah hotel tempatan sejurus selepas kejadian. Dia turut ditahan empat kali atas kesalahan membabitkan insiden menggigit telinga. - Agensi
sumber : mymetro

Hidup tak keruan lepas iklan cari isteri

Berlin: Seorang petani Jerman mengakui hidupnya menjadi tidak keruan sejak menaikkan papan iklan mencari isteri di depan rumahnya di Freiburg.
Menurut Roland Geiger, dia dihujani panggilan daripada wanita yang menawarkan diri menjadi pasangannya. Sebelum itu, Geiger menaikkan papan tanda bertulis: “Petani tanpa haiwan peliharaan sedang mencari isteri” tidak menarik perhatian ramai. Namun, sejak berita “pencarian” Geiger dimuatkan dalam akhbar tempatan, jumlah wanita yang berminat tiba-tiba meningkat.

Disebabkan keadaan itu, Geiger kini dilaporkan hanya berminat memilih wanita muda sebagai bakal isteri. Geiger memiliki 20 hektar tanah, beberapa traktor dan sebuah rumah tetapi masih gagal menemui cinta sejati. - Agensi
sumber : mymetro

Ampunkan aku Allah!

Sepang: “Hidayah itu milik Allah. Dulu saya seperti raja di ibu kota. Saya kaya menerusi kegiatan mengedar dadah dengan pendapatan kira-kira RM5,000 sehari, malah disebabkan prestasi jualan tinggi, saya dibekalkan pistol oleh pihak sindiket. Saya tak takut sesiapa pun.
“Namun, kini saya rasa terlalu kerdil dan gerun mengenangkan dosa silam. Moga Allah ampunkan saya,” itulah pengakuan bekas seorang pengedar dadah juvana yang kini sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran selepas dia menemui sinar keinsafan dan kini membuka pusat tahfiz al-Quran.
Menceritakan semula sejarah hitam hidupnya, pemuda berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu berkata, dia terjerumus dalam kegiatan pengedaran dadah pada 2004 seawal usia 15 tahun dan berada dalam ‘prestasi’ kemuncak hanya dalam tempoh tiga tahun kemudian sebelum diberkas keluarganya sendiri.

Menurutnya, sekarang dia bersyukur hidupnya dalam lingkungan dan berpendirian berdasarkan al-Quran, namun setiap kali membaca ayat suci khususnya terjumpa surah menyentuh perbuatan dimurkai Allah, dia gerun mengingati dosanya termasuk merosakkan orang dengan najis dadah.
Foto
ZUL menceritakan semula dosa silam sebagai pengedar dadah sebelum insaf dan kini mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Selain itu, sebelum ini dia juga kaki perempuan, minum arak dan melakukan pelbagai pelakuan mungkar lain.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved