Wanita mohon cerai kecewa jadi janda

on 14 Januari 2014

London: Seorang wanita cuba menyaman bekas peguamnya kerana gagal memaklumkan bahawa penyelesaian perceraian yang diusahakannya akan menyebabkan dia menjadi janda.
Jane Mulcahy ingin menyaman dua firma guaman itu dengan alasan bahawa peguam di firma terbabit tidak menjelaskan kepadanya mengenai kesan keputusan perbicaraan perceraian itu.
Jane mendakwa peguam tidak mengambil kira agama dianutinya - Katolik - dalam kes itu.
Menurutnya, hakim sepatutnya memutuskan keputusan “berpisah” dan bukannya “bercerai.” Jane ingin memfailkan saman selepas dia menolak keputusan mahkamah mengenai kes perceraiannya.
sumber : mymetro

‘Hobi’ rakam jiran mandi

Kuala Lumpur: Perbuatan seorang kakitangan lelaki sebuah syarikat insurans yang gila seks hingga sanggup mengintai dan merakam video jiran wanitanya sedang mandi di Kondominium Bayu Tasik 2, Bandar Tasik Permaisuri, Cheras, di sini, terbongkar apabila perbuatan itu dikesan sebelum dia dicekup polis, Sabtu lalu.
Lebih memalukan lelaki berusia 30-an itu nekad melakukan perbuatan itu pada siang hari dengan menggunakan telefon bimbit semata-mata dipercayai mahu memenuhi hobi peliknya yang dikatakan hanya sebagai koleksi ‘suka-suka’.
Dalam kejadian terbaru itu, lelaki yang sudah berkahwin berkenaan sempat merakamkan video selama 14 saat dari tingkap bilik mandi rumah jirannya berusia 20 tahun. Perbuatan lelaki itu disedari mangsa yang kemudian memaklumkan kepada suaminya.

Suami mangsa yang bengang dengan penjelasan isterinya itu turut membuat laporan polis. Hasil laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium berkenaan mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang juga jiran mangsa yang menetap di blok bangunan sama.
Foto
FENDI menunjukkan laporan dan rakaman CCTV.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Fendi, 33, berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah dan bergegas pulang selepas menerima panggilan daripada isterinya mengenai kejadian itu.
sumber : mymetro

Pusaka songsang

Kuala Lumpur: “Setiap kali melalui masjid dan terdengar laungan indah azan, teringin juga untuk menunaikan solat, namun apakan daya. Menjadi pantang terbesar untuk menunaikan solat sepanjang pengamalan ilmu mistik purba ini apatah lagi mengucapkan kalimah suci.
“Sudah lebih 11 tahun saya tidak pernah mendirikan solat, menjejakkan kaki ke masjid pun menjadi larangan dan sepanjang tempoh itu juga hidup saya tidak keruan. Wang tidak pernah cukup, mendapat jodoh jauh sekali. Semua wanita yang ingin saya dekati akan menjauhkan diri. Mungkin ini musibah terhadap amalan songsang yang saya amalkan selama lebih satu dekad."
Demikian luahan Rashid, 34, yang mendakwa mengamalkan ilmu kebal yang dipelajari daripada datuknya sejak berusia 23 tahun dan sepanjang tempoh itu, dia perlu berpantang dan larangan yang paling utama ialah tidak boleh menunaikan solat mahupun mengucapkan kalimah suci.

Menurutnya, kehidupannya sepanjang tempoh ‘gelap’ itu diibaratkan terumbang-ambing tidak ubah seperti orang tidak beragama, malah wang pendapatannya tidak pernah cukup setiap bulan dengan pelbagai musibah menimpanya.
Foto
KAIN mantera perlu dililit pada kaki untuk keberkesanan.

“Setiap bulan pendapatan saya boleh mencecah ribuan ringgit hasil titik peluh bekerja dalam sektor swasta, namun setiap kali memperoleh wang itu, pasti ada sesuatu yang akan berlaku atau menimpa. Kadangkala saya sendiri tidak faham dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.
sumber : mymetro

Remaja Ini Suaranya Seperti Elvis Presley

Kalian kenal dengan Elvis Presley? Mungkin anak-anak di zaman sekarang sudah banyak yang tidak tahu dengan salah satu legenda musik ini. Penyanyi Rock n’ Roll asal Amerika Serikat ini sukses menjadi legenda dengan karya musiknya dan rambut yang menjadi ciri khasnya terus menjadi trend hingga era sekarang.
Elvis 1
Raja Rock n’ Roll ini meninggal di usia ke 42 pada 16 Agustus 1977, saat itu semua yang ada dalam diri Elvis sudah melekat di hati banyak orang, mulai dari suara, gaya pakaian dan rambut, sampai gayanya bernyanyi. Akan tetapi, saat ini muncul seorang remaja yang memiliki suara yang mirip dengan Elvis Presley.
Elvis 2
David Thibault, pasti tidak ada yang mengenal nama ini. Dia hanya seorang remaja 16 tahun yang tiba-tiba menjadi pembicaraan banyak orang karena suaranya yang mirip dengan legenda Rock n’ Roll tersebut. David yang orang Kanada ini, sempat diundang ke sebuah radio, dan saat itu dia diminta mengcover lagu Blue Christmas. Suaranya mengejutkan banyak orang, sampai video tersebut diupload ke youtube dan mendapatkan banyak respon positif dari penonton.
Tidak lama setelah itu, David diundang ke acara talk show popular, The Ellen Degeneres Show, hingga kini dia dikenal banyak orang dan lagu yang Ia cover sudah ada di iTunes. Penasaran seperti apa suara khas Elvis Presley yang keluar dari mulut remaja 16 ini? Berikut videonya.

Keadaan Mengerikan Pesakit Operasi Plastik Pasca Operasi Sebelum Menjadi Cantik

Korea Selatan sudah diketahui umum sebagai negara operasi plastik tertinggi di dunia. Dengan kata lain, operasi plastik di Negeri Ginseng tersebut merupakan hal yang lumrah.


Kondisi Pasien Pasca Operasi Plastik di Korea
Sebelum terlihat cantik, wajah pesakit terlihat mengerikan dan bengkak-bengkak

Bahkan para orangtua disana kerap memberikan anaknya hadiah kelulusan berupa dana dan izin anaknya untuk melakukan operasi plastik. Hal tersebut menimbulkan keprihatinan dan inspirasi bagi seorang fotografer asal Korea Selatan, Ji Yeo untuk merekam gambar-gambar pasien di Beauty Recovery Room (kamar pemulihan khusus pasien operasi plastik pasca melakukan operasi sebelum mereka pulih sepenuhnya).

Kondisi Pasien Pasca Operasi Plastik di Korea
Kondisi pesakit pembesaran payudara. Setelah operasi, payudaranya diperban

Operasi Plastik di korea
Bahkan ada beberapa pesakit pembesaran payudara yang harus diinfus dan mendapatkan transfusi darah karena banyak darah yang terbuang ketika operasi

Hasilnya adalah gambar-gambar yang cukup mengerikan seperti yang terlihat pada gambar-gambar diatas dan gambar-gambar berikut.

Kondisi Pasien Pasca Operasi Plastik di Korea
Bahkan kerana saking lemahnya setelah wajahnya dipermak, pesakit ini harus memerlukan penyangga leher dan bantuan pernapasan

Kondisi Pasien Pasca operasi Plastik di Korea
Bahkan ada pesakit pembesaran payudara yang pasca operasi payudaranya masih tetap mengeluarkan darah. Ngeri

Masih ada yang mahu dan berani melakukan operasi plastik agar lebih cantik?
(China News)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved