Sweet gila cara abang ni naik motor

on 07 Januari 2014


Gila sexy pakaian jurutunjuk di Stesen Metro Shanghai ini

Guangzhou Spring Festival approaching, there is a beautiful young girl wearing sexy incarnation volunteers, coming metro station, travelers and for travelers to ease the way, a big show of the hemisphere, buttocks exposed, attracted passers-by have stopped to watch, for such a bold Wearing doing charity volunteer activities, whether it is the sort of person? reporters through various learned that young women named Zhang Xin child, is a 90 girls, but also a sports anchor woman. For the girls move, some passers-by said that this dress too little, right?! Hold it but there are passers-by do not wish expressed appreciation agree that she's such a move, you can attract more people to pay attention to the volunteers, to participate in volunteer work in the past.




Maut teguk arak buatan sendiri

Jakarta: Seramai 16 orang disahkan mati akibat minum arak buatan sendiri di Mojokerto ketika sambutan Tahun Baru, minggu lalu.
Mangsa terbaru, Binarto, 38, meninggal dunia di Hospital Dr Wahidin Sudiro Husodo semalam akibat kegagalan organ.

Binarto kali terakhir dilihat di bersuka ria di sebuah pesta arak sebelum tidak sedarkan diri
“Dia terlebih dulu dirawat di rumah sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut yang mengambil masa dua hari,” kata Rukun Tetangga Muji Efendi.

Jenazahnya dibawa ke rumah urus mayat untuk proses pengebumian di Losari, Gedeg.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Totok Arianto, 35, juga dilaporkan meninggal dunia di Hospital Muhammadiyah Hasanah, sehari sebelumnya.
Dia dirawat di hospital itu selama dua hari kerana mengalami pening, mual dan sesak nafas.

Jenazahnya tidak dibedah siasat atas persetujuan keluarganya, sebaliknya dibawa pulang ke Desa Sawo untuk diuruskan.
Sebelum ini, 14 maut manakala 10 turut mengalami sakit akibat keracunan apabila minum arak buatan sendiri ketika menyambut Tahun baru di lima lokasi berbeza.

Jurucakap polis Mojokerto Kota Nurhadi Santoso berkata, walaupun 16 yang maut berkenaan menghadiri pesta di lokasi berbeza, kematian mereka dikenal pasti akibat minum arak yang dibuat sendiri.

Seorang mangsa, Kamsianto, 38, masih dirawat di Hospital Muhammadiyyah Hasanah, manakala seorang lagi, Ahmad Basuki, 33, sudah dibenarkan pulang. - Agensi
sumber : mymetro

Kekasihku psiko

Lancashire: Seorang ibu muda dipenjara kerana menikam teman lelakinya apabila mangsa gagal menelefonnya ketika keluar menghadiri majlis.
Rhiann Burnie, 21, menumbuk Shane McMullen, 23, sebelum menikam bahu buruh kasar berkenaan.

Rhiann kemudian menghisap rokok sambil dengan selamba memandang McMullen yang berlumuran darah akibat arteri utama terputus.
Foto
MCMULLEN dan Rhiann
“Sepanjang hubungan itu terjalin, McMullen tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap kamu walaupun diberi provokasi terus-menerus.

“Saya berpuas hati kamu memang menyedari perbuatan kamu memudaratkannya.
“Malah, kamu tidak langsung berusaha mendapatkan bantuan perubatan atau ambulans, sebaliknya menyalakan rokok,” katanya.

Menurut Long, ketika mangsa berdepan maut, dia amat bernasib baik kerana pasukan perubatan terlatih berjaya menyelamatkannya.

“Namun dia mengalami kesan fizikal dan psikologi hasil perbuatan kamu,” katanya ketika menjatuhkan hukuman.

Menurut fakta kes, McMullen menghadiri majlis pada malam kejadian namun pergaduhan terjadi apabila dia pulang ke rumah.

Rhiann menumbuknya mengakibatkan hidungnya patah sebelum keluar minum bersama rakannya.

Dia kemudian pulang pada jam 3 pagi dan memberitahu McMullen sudah meniduri lelaki lain.

McMullen cuba beredar dari situ namun sebaliknya ditikam menggunakan pisau yang diambil dari dapur.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, Rhiann mendakwa teman lelakinya pulang dari pub dalam keadaan cedera. Malah dia enggan memberikan nama sebenar McMullen walaupun polis memaklumkan mahu menghubungi ahli keluarga terdekat mangsa.

Mahkamah diberitahu pasangan berkenaan menjalinkan hubungan sejak setahun lalu.

Mereka pada mulanya bahagia, namun Rhiann semakin menunjukkan personaliti yang lebih ganas apabila menyerang kekasihnya menggunakan pisau sebanyak dua kali.

Rhiann turut memecahkan perabot dan peralatan di dalam rumah mereka ketika marah sehingga pernah dinasihatkan menjalani kursus pengurusan kemarahan. - Agensi
sumber : mymetro

Sesak nafas alami klimaks tiga jam

Seattle: Seorang wanita mengejutkan doktor di wad kecemasan sebuah hospital apabila mengalami kesesakan nafas teruk gara-gara klimaks berpanjangan selama tiga jam.
Doktor pada mulanya menyangka wanita dikenali sebagai Liz itu sedang sakit bersalin kerana melihat keadaannya yang sukar bernafas.

Liz dan teman lelakinya Eric membincangkan kejadian itu dalam rancangan baru TLC, ‘Sex Sent me to the ER’.
“Saya cuba melompat-lompat dengan harapan ia boleh menghentikan proses klimaks, namun gagal,” kata Liz.

Dia juga cuba mengambil sedikit wain namun selepas dua jam memutuskan untuk ke hospital.

Liz berhenti klimaks secara sendiri selepas sejam dipantau beberapa doktor.
Eric juga mengakui malu dengan kejadian itu. - Agensi
sumber : mymetro

Buru darah suci

Rawang: Diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang remaja, selama tiga hari.
Remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 19, berkata lebih menyeksakan, kumpulan individu berjubah hitam itu turut menjerut kemaluannya selain menderanya dengan pelbagai caraapabila dia melawan.
Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atasnya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.
Foto
AZMI menunjukkan kain kafan yang diikat pada badannya.

“Dalam kejadian pertama pada Jun serta kedua dan ketiga pada November tahun lalu saya diculik hanya satu malam dan jumlah individu terbabit sekitar tujuh hingga 10 orang saja.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved