Pelancong Poland dirogol di India

on 06 Januari 2014

New Delhi: Seorang wanita Poland menjadi mangsa rogol terbaru membabitkan pelancong ketika menjelajah India, semalam.
Jurucakap polis Rajan Bhagat berkata, kejadian berlaku ketika wanita berusia 33 tahun itu menaiki teksi bersama anaknya dari kediaman mereka di Mathura, Khamis lalu, sebelum dirogol pemandu teksi terbabit.

Katanya, anak mangsa berusia dua tahun. Difahamkan, pemandu itu memberi mangsa dadah ketika mereka menempuh perjalanan sejauh 150 kilometer berkenaan.
Pemandu teksi terbabit dipercayai melakukan serangan seksual sebaik saja mangsa tidak sedarkan diri.

Bhagat berkata, selepas tersedar beberapa jam kemudian wanita itu mendapati dirinya berada di luarsebuah stesen kereta api di New Delhi manakala anaknya menangis di sisinya.

“Kes masih disiasat namun setakat ini nampaknya walaupun wanita itu menaiki teksi berkenaan secara sukarela, dia kemudian diberi dadah dipercayai disembur ke mukanya menyebabkannya pengsan,” katanya.
sumber : mymetro

Separuh bogel buru baju percuma

Rom: Ratusan pembeli yang hanya berpakaian dalam sanggup beratur berjam-jam lamanya dengan harapan mendapat baju percuma dan diskaun daripada rangkaian pakaian kasual Sepanyol, Desigual.
Parti Separa Bogel dianjurkan Desigual itu menjanjikan pakaian percuma untuk 100 pelanggan pertamanya bagi jualan murah yang bermula jam 8 pagi di Turin dan Rome.

Ada yang mula beratur sejak malam sebelumnya, malah mereka yang tiba pada jam 3 pagi sekali pun tidak berjaya mendapat tempat dalam kalangan 100 pertama dijanjikan pakaian percuma.
Bagaimanapun, semua yang hadir tetap diberi diskaun separuh harga.

Parti seumpama itu yang pertama kali dianjurkan Desigual pada 2005 pernah diadakan di Madrid, Barcelona dan bandar lain di Sepanyol, selain bandar raya lain di Eropah seperti London, Berlin, Paris Amsterdam serta Lisbon.

Parti sedemikian juga pernah diadakan di Jepun dan New York.
Lebih 10,000 orang menyertai semua parti itu.

Parti Separa Bogel Desigual juga akan diadakan minggu depan di Paris.
Untuk mendapatkan pakaian percuma, peserta bukan saja perlu hadir dalam keadaan separuh bogel, malah dikehendaki menyertai lumba lari sejauh 100 meter. Ketika parti sama di London pada 2011, ada peserta mula beratur sejak jam 11 malam semata-mata mahu menjadi antara 100 pelanggan pertama pada jam 9 pagi keesokannya, malah sanggup meredah hujan dan angin sejuk untuk acara yang diadakan pada musim panas itu.

Peserta parti 2011 itu turut dihiburkan kumpulan Australia Set Sail selain diberi beg hadiah sepanjang mereka beratur.

Hasilnya, 100 yang pertama mendapat baju dan seluar percuma manakala yang lain mendapat diskaun 50 peratus bagi koleksi musim panas Desigual. - Agensi
sumber : mymetro

Wanita sambung tidur dipukul suami

Gombak: Akibat enggan bangun daripada tidur dan menyediakan sarapan selepas dikejutkan, seorang lelaki yang hilang pertimbangan tergamak memukul dan menghentak kepala isterinya ke dinding selain memijak serta mengugut ingin membelasah wanita itu dalam kejadian di kediaman mereka di Selayang Baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 20-an itu yang terjaga daripada tidur mengejut isterinya berusia 25 tahun supaya bangun dan menyediakan sarapan.

Menurut sumber, wanita itu yang difahamkan kepenatan meminta kebenaran suaminya itu untuk menyambung semula tidur buat seketika dan akan menyediakan sarapan kemudian.
“Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kemarahan suaminya yang bertindak mengamuk dan terus memarahi mangsa dengan menghamburkan kata-kata kesat.

“Suami mangsa mengambil pisau di dapur sebelum mengugut ingin membunuh mangsa, namun ditenangkan adiknya yang menyaksikan kejadian itu,” katanya.

Sumber berkata, suami mangsa yang masih tidak berpuas hati kemudian memukulnya.
sumber : mymetro

‘Dia paksa saya keluar malam’

Shah Alam: “Saya tak nak keluar, tetapi dia (teman lelaki) yang paksa keluar jalan-jalan malam minggu. Itu antara ‘alasan’ seorang pelajar perempuan tingkatan empat apabila ditahan bersama teman lelakinya yang juga masih bersekolah di tingkatan tiga oleh anggota polis ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu di Dataran Shah Alam, di sini, awal pagi semalam.
Pelajar berusia 16 tahun itu ditahan polis selepas motosikal dinaiki bersama teman lelakinya merempuh pagar besi yang dipasang polis dalam sekatan jalan raya berkenaan.

Ini kerana remaja lelaki terbabit panik selepas menyedari tidak memiliki lesen memandu.
Mereka kemudian ditahan manakala motosikal dinaiki pula disita.

Remaja perempuan yang menetap di Sungai Buloh itu mendakwa, ini adalah kali ketiga dia mengikuti teman lelakinya ke Shah Alam pada malam minggu kerana ingin bersiar-siar memandangkan tidak bersekolah pada hari Ahad.

“Setiap kali hendak keluar, saya memaklumkan kepada ibu dengan alasan hanya keluar bersiar-siar bersama kawan bukannya dengan teman lelaki dan ibu tidak menghalang dengan syarat tidak boleh pulang lewat malam.
Foto
SEORANG penunggang motosikal terjatuh dilanggar rakan selepas cuba lari dari sekatan polis, semalam.
“Saya tahu dia (teman lelaki) tidak memiliki lesen, tetapi tidak sangka akan ditahan polis kerana sebelum ini tiada apa-apa (tidak ditahan polis),” katanya.

Ops Bersepadu yang dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu diadakan serentak di dua lokasi berasingan iaitu di Persiaran Masjid dan Dataran Shah Alam.
Dalam sekatan berasingan di Persiaran Masjid pula, seorang lelaki berusia 20-an dilanggar rakan sendiri sebaik terbabas ketika cuba melarikan diri dengan melawan arus selepas menyedari dikepung polis.

Ketika kejadian, lelaki terbabit bersama beberapa rakannya cuba mengelakkan diri daripada ditahan, tetapi berlaku perlanggaran antara mereka sebelum dia terjatuh selepas dilanggar rakannya yang gagal mengelak dan akhirnya ditahan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam IPD Shah Alam Deputi Superintendan Goh Lee Shen berkata, dalam operasi bermula jam 12 malam dan berakhir enam jam kemudian, 139 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan 53 motosikal disita.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas 200 motosikal yang disita, kami mendapati pemiliknya melakukan pelbagai kesalahan antaranya cukai jalan tamat tempoh dan mengubah suai ekzos.

“Daripada jumlah itu, seramai 34 remaja bawah umur ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen memandu sah di mana ibu bapa, penjaga atau pemilik boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved