Mujur jiran suka intai

on 05 Januari 2014

Bangalore: Seorang wanita terselamat daripada dirompak selepas jiran mengintai ke dalam rumahnya ternampak dia diserang dua pencuri bersenjatakan pisau.
M Indiramma, 40, sebelum itu dikejutkan dua lelaki yang menyerbu rumahnya melalui pintu depan yang dibiarkan terbuka.

Ketika mereka merampas barang kemas dipakainya, jirannya Sarojamma yang kebetulan mengintai di celah tingkap dapurnya terlihat kejadian di dalam rumah itu sebelum menyuruh suaminya menghubungi polis.
Dua lelaki itu cuba melawan ketika polis sampai, namun akhirnya berjaya ditahan.
sumber : mymetro

Impian dada ‘macho’ bertukar jadi senget

London: Seorang pendandan rambut terpaksa hidup dengan dada yang senget selepas implan dada dipasangnya untuk kelihatan lebih gagah terkena jangkitan kuman.
Lelaki dikenali sebagai Brett, 44, membuat pembedahan untuk memasang implan dada bagi menambah keyakinan diri selepas perceraiannya empat tahun lalu, namun mengalami kesakitan teruk apabila satu daripadanya dijangkiti kuman.

Akibatnya, implan yang terjangkit itu terpaksa dibuang mengakibatkan dadanya kini senget sebelah.
“Memang terlalu buruk kerana nampak seperti saya mempunyai dua badan disambungkan. “Keputusan memasang implan itu terlalu bodoh dan saya menyesalinya kerana badan saya sebelum ini sebenarnya cukup sempurna.

“Kini saya terpaksa menutup badan dengan berpakaian besar malah keyakinan diri semakin merudum,” katanya.

Kini dia tiada pilihan selain membuang implan yang tinggal untuk mengimbangi semula badannya.
Implan seperti itu amat mahal malah mencecah ribuan paun dan semakin popular dalam kalangan lelaki yang mahu kelihatan segak tanpa perlu pergi ke gim.
sumber : mymetro

Kemaruk minum cat

Seorang ibu beranak dua mengakui mempunyai tabiat pelik apabila kemaruk menelan cat yang dianggap ‘panas dan lebih berkrim daripada susu.’
Agensi Alabama Heather Beal, 43, mengakui minum hampir tiga gelen cat sejak mula menggemari cat kira-kira tiga tahun lalu.

Pengambilan bahan kimia seperti itu boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem saraf utama sama seperti dialami penagih alkohol.
Bagaimanapun, penyalahgunaan bahan kimia juga boleh mengakibatkan halusinasi, muntah, gangguan pertuturan dan mual.

“Memang sedap, rasanya seperti susu bila ditelan cuma ia mempunyai bau kimia terlalu kuat yang bagi saya amat sempurna,” katanya.

Dia mengakui lebih sukakan cat dalam bentuk dakwat digunakan untuk pen penanda.
Foto
Malah, setiap hari dia mencabut penutup sebatang pen penanda untuk memuaskan ketagihannya.

“Saya memilih dakwat pen penanda selepas mencuba beberapa jenis cat lain termasuk yang dijual secara pukal dalam tin, namun tidak cukup sedap untuk memuaskan kehendak saya,” katanya.
Heather kemudian menunjukkan bagaimana dia menggoncang pen penanda untuk memastikan dakwatnya sekata sebelum terus memasukkan hujung pen ke dalam mulut.

Matanya juga kelihatan menggerenyet ketika menikmati segelas kecil cat putih.

Heather berkata, tabiatnya itu bermula selepas kematian ibunya dan sehingga kini tidak siapapun pernah melihatnya minum cat, lebih-lebih lagi dua anaknya.

Bagaimanapun, Heather kini cuba mengatasi ketagihan itu selepas dimaklumkan doktor ginjalnya mengalami kerosakan.

Malah, dia berazam terus berhenti menelan cat selepas ditanya bagaimana perasaannya jika anaknya juga memulakan tabiat itu.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Bahan, ketagihan bahan terlarang boleh mengakibatkan seseorang hilang keupayaan berjalan, bercakap dan berfikir.

Tanda lain yang dapat dilihat jelas termasuk hidung berdarah, mata merah selain perubahan sikap ketara dan ganas akibat kesan sampingan terhadap otak pengguna.
sumber : mymetro

Kelar leher, tikam dada

Sikap pelik seorang lelaki yang tergesa-gesa mengambil beg pakaian untuk keluar dari premis tempatnya tinggal dan bekerja membongkar kes pembunuhan isteri lelaki itu, malam kelmarin.
Mayat wanita berusia 28 tahun itu ditemui dalam tab mandi di sebuah bilik berkunci di pusat kecantikan di Jalan Jelawat, Bandar Sri Permaisuri, di sini, oleh majikan mangsa.

Difahamkan, mangsa dibunuh lebih tiga hari lalu berdasarkan keadaan mayat berbau busuk, selain penemuan kesan kelar pada leher dan tikaman di dada sebelum mayatnya dicampak ke dalam tab mandi itu sejak Selasa lalu.
Pasangan suami isteri warga India terbabit dikatakan bekerja dan tinggal di premis tingkat dua itu sejak lebih enam bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat wanita terbabit, jam 9 malam kelmarin.

“Majikan mangsa membuat laporan polis mengenai penemuan mayat pekerjanya dalam keadaan berlumuran darah dan berbau busuk. Sebaik polis tiba, suami mangsa juga ada di premis itu.
Foto
“Hasil soal siasat, lelaki berusia 27 tahun itu mendakwa kali terakhir berjumpa isterinya jam 5 petang Isnin lalu sebelum dia mendakwa keluar untuk ke kedai runcit berhampiran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi semalam.

Katanya, lelaki itu mendakwa selepas ke kedai dia datang semula ke premis berkenaan namun didapati pintu berkunci dari dalam, menyebabkan dia beredar.
Mohan berkata, polis menahan lelaki terbabit untuk siasatan kerana mengesyaki dia suspek terbabit berikutan keterangannya mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian juga menemui beberapa senjata tajam iaitu sebilah pisau dan dua gunting, yang mana suspek dipercayai menggunakan satu daripada senjata berkenaan untuk membunuh mangsa.

“Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu bunuh.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved