Budak ajar gulung ganja

on 11 Jun 2014

Jeddah: Direktorat Kawalan Dadah Awam (GDDC) Arab Saudi semalam melancarkan gerakan mengesan seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang muncul dalam klip videomengajar rakannya seni menggulung rokok yang dicampur dengan ganja.
Penolong pengarah bahagian pencegahan GDDC, Abdul Ilah Al-Sharif berkata, agensi itu meminta bantuan beberapa pakar media untuk mengesan budak lelaki itu. 
Rakaman klip video berkenaan tersebar secara meluas di media sosial. 

Ia menunjukkan kanak-kanak itu mengajar teknik profesional menyediakan rokok ganja.
Foto
GAMBAR menunjukkan seorang budak lelaki mempamerkan teknik gulung ganja.

Dia juga mempunyai bahan yang diperlukan seperti ganja, tembakau dan kertas pembalut yang digunakan untuk membalut rokok berkenaan. - AFP
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved