Dua wanita berebut 1 lelaki

on 08 Mei 2014

Alabama: Seorang wanita didakwa menculik bekas suaminya dari rumah teman wanita lelaki itu sebelum mengugut menembaknya sehingga mati.
Michelle Barker Bradley, 26, ‘menyerang’ rumah berkenaan awal pagi Sabtu lalu dan melepaskan beberapa tembakan ke udara sambil mendesak bekas suaminya itu keluar. 
Apabila lelaki terbabit akur, Michelle memaksa bekas suaminya itu memasuki keretanya. 

Jurucakap Jabatan Polis Daerah Selma, Left Curtis Muhannad berkata, Michelle kemudian terus mengancam bekas suaminya itu.
Foto
MICHELLE ditahan dan polis merampas pistol kaliber .22 simpanannya.

“Dia menelefon ibu mangsa dan memberitahu mahu membunuh lelaki itu serta mencampakkan mayatnya di satu kawasan antara Selma dan Maplesville,” katanya dalam satu kenyataan.

Kekasih baru bekas suaminya berkenaan bagaimanapun berjaya mengekori kenderaan yang dipandu suspek lalu menghubungi talian 911. 

Polis berjaya menahan Michelle dan merampas pistol kaliber .22 dalam simpanannya. 

Michelle kemudian didakwa atas beberapa tuduhan termasuk penculikan dalam kes keganasan rumah tangga.- Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved