Gila, Penumpang Kapal Pesiar Supermewah Ini Wajib Tampil Tanpa Pakaian

on 29 Mei 2014

Fasilitas mewah yang ditawarkan paket wisata di kapal pesiar memang dijamin memanjakan hari-hari Anda selama perjalanan. Tapi, itu sudah biasa. Namun, Bare Necessities Tour and Travel, memberikan sensasi berbeda saat berlibur di atas kapal pesiar.

Bukan hanya fasilitas mewah dan tujuan pelancung menawan yang ditawarkan oleh perusahaan perjalanan pelancungan asal Amerika ini, tapi juga "kebebasan" menunjukkan diri. Ertinya seluruh awak dan penumpang kapal tersebut bebas, bahkan wajib menanggalkan pakaian mereka.

Menurut situs resminya, perusahaan yang sudah mengkhususkan diri dalam percutian tanpa pakaian sejak 1990 ini, ingin menyingkirkan ego banyak orang terhadap lingkungan sosial. Dengan busana, orang-orang seringkali memandang sesuatu dari tingkat sosial mereka. Tapi, dengan bogel atau tanpa busana, mereka akan menyingkirkan ego tersebut dan menjadi diri sendiri.

"Kami ingin mendorong para penumpang untuk membebaskan diri mereka, agar mereka boleh menerima tubuh mereka apa adanya," ujar Presiden Bare Necessities Tour and Travel, Nancy Tiemann.

Paul Gauguin Nude Cruise
Kapal pesiar supermewah Paul Gauguin yang digunakan untuk pakej pelayaran kontroversi ini

Tidak hanya itu, liburan tanpa busana ini juga diklaim membuat penumpang di kapal tersebut lebih mudah mendapatkan teman baru. Sesuai dengan slogan mereka, "Tidak ada orang asing di Bare Necessities, yang ada hanyalah teman-teman yang belum pernah Anda temui".

Selain itu, Tiemann meyakinkan ketelanjangan tidak selamanya berorientasi pada kegiatan seksual. Bahkan para penumpang dilarang melakukan hubungan seks kecuali di kamar atau kabin pribadi.

Nude Cruise
Para penumpang di kapal pesiar ini berpose 

Meski menggunakan konsep telanjang, kapal ini tetap memiliki peraturan-peraturan khusus. Salah satunya adalah wajib berpakaian saat kapal berada di pelabuhan atau saat kapten kapal mengumumkan bahwa pakaian diperlukan.

Tidak hanya itu, semua penumpang juga harus berpakaian lengkap saat makan di ruang makan dan saat menghadiri pesta cocktail dari kapten kapal.

Setiap tahunnya, perusahaan ini memberikan perjalanan dengan kapal pesiar dan tujuan yang berbeda. Daerah tujuan pelayarannya contohnya Karibia, kepulauan-kepulauan di samudera Pasifik dan daerah-daerah eksotik lainnya.
(Cruise Nude, Bare Necessities)

Polis Jepun buru lelaki lontar air kencing

Tokyo: Polis bandar raya ini melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang didakwa melontar air kencingnya menyasarkan wanita muda.
Setakat ini, enam laporan diterima membabitkan lelaki berkenaan.
Kes pertama dilapor berlaku pertengahan April di utara Tokyo apabila lelaki berkenaan melontar cecair ke atas seorang wanita di jalan raya, lapor akhbar Asahi Shimbun.
Polis merumuskan cecair itu air kencing selepas meneliti warna dan ciri-cirinya.
Sejak itu, menurut sumber, lima kes yang sama dilapor berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Polis tidak menolak perbuatan itu dilakukan oleh suspek yang sama, katanya.
Mangsa yang terdiri daripada remaja dan wanita dalam lingkungan usia 20-an berkata, suspek yang memakai topi keledar itu menyimbah cecair itu pada muka dan bahagian atas badan mereka.

- AFP
sumber : mymetro

Akhbar Jerman siar gambar punggung Kate

on 28 Mei 2014

London: Sebuah akhbar Jerman berdepan dengan kemarahan keluarga diraja Britain apabila ia menyiarkan gambar punggung Kate Middleton.
Gambar itu dirakam ketika lawatan Kate ke Australia apabila gaunnya terselak kerana ditiup angin. 
Seluar dalam nipis yang dipakainya tidak dapat membantu melindungi punggungnya. 
Akhbar tabloid Bild am Sonntag menyiarkan imej berkenaan dengan tajuk yang kurang enak didengar. 
Foto
GAMBAR yang disiarkan akhbar Bild.
Gambar itu turut digandingkan bersama pelakon realiti televisyen Amerika Syarikat, Kim Kardashian dan adiknya Khloe yang terkenal kerana bentuk pinggul mereka dengan kapsyen bermakna: “Khloe, Kim dan Kate – punggung yang menarik perhatian kita sejak beberapa hari lalu.” 
Pencabulan privasi itu berlaku kurang dua tahun selepas Putera William dan Kate memfailkan tindakan undang-undang terhadap majalah Perancis yang menyiarkan gambar separuh bogel Kate ketika bercuti. 

Gambar terbaru itu diambil ketika Kate hendak menaiki helikopter ke Sydney selepas melakukan lawatan rasmi ke Blue Mountains bersama William bulan lalu. 

Seorang jurugambar sempat merakam gambar ketika gaun Kate terselak dan menawar menjualnya kepada beberapa akhbar antarabangsa. 

Ia dilaporkan dijual kepada pembida tertinggi selepas akhbar Britain enggan menyiarnya. 

Bild turut menyiarkan gambar itu di laman webnya dengan kapsyen nakal bermaksud: “Terima kasih kepada angin kerana menampakkan dalaman keluarga diraja.” - Agensi
sumber : mymetro

Makan daging sendiri

Oslo: Seorang artis Norway mendakwa memakan daging tulang pinggulnya dan menyifatkannya sama seperti daging ‘biri-biri liar.’
Akhbar Local melaporkan Alexander Selvik Wengshoel, 25 dilahirkan dengan kecacatan pinggul perlu menjalani pembedahan menggantikan salah satu pinggulnya. 
Dia merakamkan proses pembedahan itu dan mempamerkan tulang pinggul yang dibuang pada satu pameran seni di Oslo. 

Di pameran itu, Wengshoel memberitahu media dia memakan sebahagian daging yang melekat pada tulang pinggulnya itu.

Artis itu memberitahu dia merebus tulang untuk meleraikan daging berkenaan dan kemudian memakannya bersama kentang dan segelas wain.

“Saya menyediakan makan malam itu sendiri ketika teman wanita saya tiada di rumah dan memutuskan untuk menikmati saat terbaik hanya bersama tulang pinggul saya,” katanya menurut Local. 

Ketika ditanya sama ada Wengshoel cuba menipu, artis itu dengan tegas berkata: “Saya bercakap benar. 

Wengshoel juga menyifatkan proses mengunyah dan memakan daging pinggulnya itu sebagai satu terapi. 

“Tulang pinggul itu memberikan saya masalah selama lebih 20 tahun dan memakan dagingnya mungkin boleh melegakan saya,” katanya. 

Mujur Wengshoel melakukannya seorang diri. 

Pada 2012, seorang artis Jepun, Mao Sugiyama didakwa atas tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh selepas didakwa memasak dan menyajikan sebahagian kemaluannya kepada sekumpulan kanibal yang membayar kira-kira RM750 untuk menikmati sajian berkenaan. 

Walaupun Wengshoel berkata, daging pinggulnya itu sama rasanya seperti ‘biri-biri liar,’ beberapa orang yang pernah memakan daging manusia berkata, rasanya berbeza. 

Kanibal warga Jerman yang didapati bersalah kerana membunuh berkata pada 2007, daging manusia sama rasanya dengan daging babi tetapi lebih liat. 

Dan pada 1920-an, wartawan William Seabrook menulis, daging manusia yang dimakannya ketika menghabiskan masa bersama kumpulan kanibal di barat Afrika mempunyai rasa yang lazat.
sumber : mymetro

Baju Renang Khusus untuk Wanita yang Hanya Punya Satu Payudara

on 27 Mei 2014

img
 Semakin banyaknya wanita yang menjalani operasi mastektomi atau pembuangan payudara, menginspirasi dua wanita ini untuk membuat suatu karya fashion unik. Keduanya merancang baju renang khusus untuk wanita yang payudaranya kini hanya satu.

Apa yang dipakai oleh awek ini?


apa yang dipakai oleh awek ini yek??








Ini betul-betul kerja gila

on 26 Mei 2014




Inilah blogger yang tak tahu malu

Seorang blogger bernama Ben Schlappig ingin orang  menyumbangkan wang mereka untuk membantunya membayar tiket  US$ 20,000 agar dia boleh naik maskapai penerbangan Etihad dengan fasiliti termewah yang bernama "The Residence" VIP suite.

Itu merupakan sebuah suite dengan luas 125 kaki persegi di pesawat Airbus A380 dalam penerbangan dari London ke Abu Dhabi, dan menawarkan kemewahan yang tak tertandingi bagi pelancung yang punya poket tebal.

Ruang VIP Maskapai Etihad
Salah satu sudut ruang termewah di pesawat airbus A380  Etihad

Ruang santainya

Ruang mewah ini menawarkan tiga kamar, iaitu ruang santai, kamar mandi dan kamar tidur, juga ditambah pelayanan eksklusif dari pramugari cantik yang telah dilatih khusus untuk melayani tamu VIP selama penerbangan. Ruang tamu dilengkapi dengan TV flat screen 32  inch, ruang tidur dengan ranjang double bed, dan sajian menu special dari chef gourmet.


Ruang tidur dengan fasiliti mewah, tinggal pilih yang mana

Schlappig sejauh ini telah berhasil mengumpulkan wang sebanyak US$ 11.641 dalam 20 hari. Dia berharap 16.000 pengikut Twitternya akan membantu dia untuk mencapai tujuannya itu. Dia mengatakan kempen ini akan berjalan sampai dengan 31 Mei 2014.

Ben Schappig
Ben Schappig, blogger tak tahu malu


(Daily Mail, Kick Starter)

Inilah foto awek yang baru melahirkan menjadi sensasi di internet

Tamara Ecclesstone, putri dari bos F1 Bernie Ecclestone, menyambut kelahiran putri pertamanya. Tamara menyebarkan foto seksinya sesaat setelah melahirkan bayinya di Instagram. Wanita cantik ini berkicau, "Selamat datang, Sophia, putri kecil kami yang cantik. Lahir kelmarin 6 paun 9 ons. Inilah hari paling membanggakan bagi kami, rasanya tak pernah merasakan cinta sedalam ini. X"

Tamara ecclestone melahirkan
Tamara dan bayinya berpose sesaat setelah melahirkan

Yang menjadi heboh adalah foto-foto yang disebarkannya tersebut. Dalam foto tersebut Tamara tampil tanpa riasan dan hanya ditutupi selimut. Foto-foto seksinya ini tentu saja membuat heboh kerana belum lama ini Instagram telah mencekal Rihanna kerana foto-fotonya yang dianggap seronok.

Foto melahirkan Tamara Ecckestone
Foto Tamara dan bayinya yang menghebohkan (foto dicrop demi kesantunan)

Bukan Tamara Ecclestone namanya kalau tidak membuat sensasi.
(Instagram, Mirror)

Wayar fon telinga tersekat dalam kemaluan

Doctors remove headphone wire jammed into Shenzhen man's penis Shenzhen (China): Tidaaaak. Seorang lelaki berusia 32 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas memasukkan wayar fon telinga ke dalam uretranya dan tersekat di dalam saluran air kencingnya itu.
Menurut laporan akhbar di di Guangzhou, dia bertindak demikian bukan kerana seks.
Pesakit yang dikenali dengan nama Luo saja itu tiba di Hospital Shuguang Shenzhen bagi merawat jangkitan pada saluran kencing.
Dia pada awalnya gagal memberitahu perkara sebenar kepada doktor mengenai wayar yang dimasukkan sendiri sebagai rawatan untuk memulihkan penyakit yang dihidapinya.
Pengarah hospital, Xu Chang berkata, Luo mengidap beberapa penyakit dan melakukan prosedur sendiri beberapa kali sebelum ini setelah rakannya menyarankan idea berkenaan.
Idea itu akhirnya mendatangkan bencana kepadanya.
Namun, Luo bernasib baik setelah wayar berukuran 45 sentimeter berjaya dikeluarkan.
- Agensi
sumber : mymetro

Nenek ‘tambat’ cucu OKU di perhentian bas

Mumbai: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun memakai baju biru diikat dengan tali di kaki pada tiang sebuah perhentian bas tidak diendahkan orang ramai yang lalu-lalang.
Lakhan Kale dikatakan mengidap penyakit cerebral palsy dan epilepsi, menyebabkan dia tidak mampu mendengar dan bercakap.
Bagi memastikan Lakhan selamat ketika neneknya bekerja, dia diikat sebelum wanita itu pergi menjual alat permainan dan kalungan bunga di tepi jalan di bandar itu.
Sakhubai Kale, 66, yang membesarkan Lakhan di jalan berhampiran perhentian bas tidak mempunyai rumah berkata: “Apa lagi yang mampu dilakukan saya? Dia tidak boleh bercakap, bagaimana dia boleh memberitahu orang lain jika dia tersesat?”.
Sakhubai memberitahu media dia menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa Lakhan setelah budak itu kematian bapanya beberapa tahun lalu dan emaknya lari meninggalkan keluarga.
Gambar Lakhan diikat yang disiarkan dalam akhbar minggu ini mencetuskan kebimbangan antara pertubuhan kebajikan dan polis yang menyelamatkannya dan membawanya ke pusat jagaan kendalian kerajaan.
Namun, kumpulan aktivis berkata nasib Lakhan yang hidup di jalanan tidak mengejutkan kerana negara itu kekurangan kemudahan untuk membantu golongan kurang upaya yang ditindas.
Ketika Sakhubai dan cucu perempuannya Rekha, 12, mencari rezeki, Lakhan sering merayau di jalan raya dan tidak ada siapa yang mempedulikannya.
Pada sebelah malam malam, Sakhubai akan mengikat kaki Lakhan pada kakinya ketika mereka tidur bagi memastikan cucunya itu tidak melarikan diri.

- AFP
sumber : mymetro

Inilah awek 41 tahun yang membuat heboh netizen China

on 25 Mei 2014

Seorang ibu asal Taiwan berusia 41 tahun bernama Claudia membuat heboh netizen di China, Taiwan dan Hongkong setelah dia mengupload foto-fotonya di jejaring sosial Weibo.

Bagaimana tidak, dalam foto-foto yang dia unggah nampak sekali dia tidak bisa dibedakan usianya dengan anak lelakinya yang berusia 14 tahun. Mereka bahkan terlihat seperti kakak-beradik, kerana Claudia terlihat seperti masih berusia awal 20 tahunan.

Claudia awet muda
Mereka terlihat seperti kakak-adik atau ibu dan anak?

Wanita awet muda
Anaknya (kiri) berusia 14 tahun

Dalam postingannya, wanita kaya raya ini mengaku tidak melakukan operasi plastik. Ia hanya rutin melakukan perawatan kecantikan di salon dan di dokter kulit. Tak pelak, ia kini menjadi bahan pembicaraan hangat di China dan sekitarnya.

wanita awet muda
Walau usianya sudah 41 tahun, Claudia kerap berpose seperti remaja kerana penampilan awet mudanya amat mendukung


(China Daily, Weibo)

Cara Gila Para Aktivis Cantik China Untuk Berkempen

Kerosakan lingkungan hidup makin lama makin parah terjadi di berbagai belahan dunia. Salah satu kerosakan lingkungan terparah adalah pembalakan liar, yang banyak terjadi di  berbagai belahan dunia lainnya tak terkecuali Brazil dan China.

Kerosakan lingkungan hutan akibat pembalakan liar ini memicu terjadinya kekacauan iklim yang berakibat bencana hebat seperti banjir bandang.

Para aktivis lingkungan hidup di China merasa prihatin. Mereka menggelar aksi unik untuk mengkampanyekan kelestarian lingkungan pada musim semi ini di sebuah taman di Guangzhou. Dikatakan unik karena para aktivis wanita nyaris bertelanjang dada. Mereka mengumpulkan petisi menolak pembalakan hutan.

Kampanye Unik
Para wanita aktivis lingkungan ini berkempen demi kelestarian lingkungan

Kampanye Unik
Yang mendukung petisi kempen ini boleh membubuhkan tanda tangan dimana saja, depan atau belakang. Lelaki ini memilih membubuhkan suara dukungannya di belakang

Warga yang mendukung petisi tersebut menuliskan dukungan atau tanda tangannya di tubuh mulus sang aktivis. Sebuah cara yang cukup gila dan unik untuk menggugah rasa kesadaran masyarakat.
(China News)

Shin Ae Ahn, Pegolf Sexy Yang Menjadi Sensasi Baru Kerana Parasnya

on 23 Mei 2014

Korea bukan hanya K-Pop dan girlband saja. Kini seorang pegolf sexy pendatang baru asal Korea menjadi sensasi dan perbincangan hangat di seantero Asia Timur kerana pesonanya.

Pegolf Shin Ae Ahn atau Sharon Ahn menjadi idola baru kerana parasnya yang elok. Pegolf kelahiran 18 Disember 1990 yang memulai debut profesional pada tahun 2009 serta mendapat gelar sebagai pegolf wanita pendatang baru pada tahun yang sama.

Shin Ae Ahn
Shin Ae Ahn sadar ia selalu menjadi buruan fotografer, maka ia selalu bersolek, bahkan saat bertanding sekalipun

Sharon Ahn yang pindah ke Selandia Baru saat usianya masih 9 tahun ini juga mendapatkan banyak sponsor dari negara kelahirannya dan belum lama ini baru saja mengikat kontrak dengan Adidas yang menjadi sponsornya. Ia juga dirumorkan akan menjadi duta bagi perusahaan raksasa, Samsung.

Shin Ae Ahn
Parasnya yang elok menjadi magnet banyak sponsor untuk menjadikannya sebagai duta produk mereka. Dan ia belum sekalipun tersentuh pisau bedah plastik

Sosok gadis single yang baru-baru ini mengikuti Woman's US Open serta Nabisco Golf Championship ini telah meraih wang hadiah total US$113,696 sepanjang kariernya ini memang selalu menjadi incaran paparazzi, namun ia tidak pernah mempermasalahkan hal tersebut.

Shin Ae Ahn
Ini salah satu pose Shin Ae Ahn yang fenomenal dan membuatnya menjadi perbincangan hangat di Weibo

Shin Ae Ahn
Ini penampilan terakhir Shin Ae Ahn di Nabisco Cup dan setelahnya Adidas mengikatnya sebagai duta mereka

Oleh kerana itu, foto-fotonya yang banyak menghiasi media berhasil mendongkrak ketenaran dan nilai jualnya di mata para sponsor.
(Golf Digest, Weibo)

Ini Dia Gadis Asia Hot Yang Popular di Internet

Internet boleh menjadi cara mereka untuk melihat sosok yang diidolakan. Sehingga tak hairan jika di internet kerap dijejali foto para gadis yang mempamerkan tubuh mempesona mereka.
Tapi dari banyaknya gadis di dunia maya, ada beberapa yang dianggap sangat popular. Berikut ini adalah beberapa gadis Asia seksi yang super tenar di internet dan kerap kali foto-foto mereka dikoleksi para lelaki.

Zhang Wan You
Sejauh ini Zhang Wan You dianggap sebagai gadis yang memiliki inner beauty begitu lengkap. Kendati dirinya sempat terlibat skandal di toiletdengan Yang Feng Jiao, sepertinya Wan You akan tetap melangkah penuh percaya diri. Bahkan hal itu membuat Wan You semakin laris saja terlibat dalam beberapa program TV di China.

Diao Yang
 
Julukannya adalah Barbie-0722. Sepertinya julukan itu sangat sesuai bagi Diao Yang apalagi jika kamu melihat tubuhnya yang super ramping bak boneka.

Guo Shu Yao
 
Guo Shu Yao adalah idol asal Taiwan. Namun dia tak hanya sembarang idol lantaran dia adalah idol gravure dengan wajah yang sangat imut. Pesona tubuhnya yang seksi membuat Shu Yao masuk dalam jajaran model hot FHM.

Elly Tran Ha
Jangan sebut dirimu lelaki yang hobi mencari foto seksi wanita di internet jika tak mengenal sosok Elly Tran Ha. Sudah sejak lama, Elly dikenal sebagai sosok gadis paling seksi asal Vietnam. Bagi kamu yang pernah bertemu langsung dengan gadis Vietnam, jujurlah jika Elly adalah gadis terimut di sana.

Elly mendadak popular di internet kawasan Asia saat foto-foto seksi dirinya tersebar. Gadis yang pada 2014 ini berusia 27 tahun ini adalah gadis berdarah Vietnam Amerika yang menjalani part time sebagai seorang model saat berkuliah di Vietnam.





China Whisper

Saman kekasih tak pulangkan DVD

Houston: Seorang pakar teknologi maklumat memfail saman ke atas bekas teman wanitanya kerana enggan memulangkan cakera video digital (DVD) ‘Harry Potter’ selepas mereka berpisah.
Robert Wallace, 32, mendakwa dia meminjamkan DVD berkenaan kepada Nomi Mims seorang penari bogel dan sebuah komputer riba ketika mereka mula berkenalan.

Selepas berpisah pada 3 Mei lalu, Wallace meminta Nomi memulangkan wang dan barangannya, namun penari bogel terbabit enggan bekerjasama.
Kecewa dengan kedegilan Nomi, Wallace memfailkan saman di mahkamah untuk mendapatkan semula ‘haknya’ itu.

Nomi bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan mereka tidak pernah berpacaran.

“Kami cuma kawan biasa dan barangan berkenaan adalah hadiah yang diberikan Wallace untuk saya,” katanya. Berang dengan saman dikemukakan Wallace, kini Nomi bertekad untuk melawannya di mahkamah. “Ia perkara paling mengarut peran saya dengar. “Tidakkah Wallace tahu setiap bayaran dihulur kepada penari bogel tidak boleh dipulangkan semula?” katanya.
sumber : mymetro

Nafsu tidak kenal siapa

New York: Siasatan aktiviti pengedaran bahan lucah membabitkan kanak-kanak bukan saja membongkar rangkaian yang meluas, malah ada antara 71 yang ditahan itu adalah individu yang tidak disangka terbabit dalam kegiatan berkenaan.
Dalam kalangan suspek, penyiasat mendapati mereka adalah pegawai polis New York, Ketua Polis Daerah Westchester, rahib Yahudi di Brooklyn, anggota paramedik dan pengasuh.

Seorang lelaki dari High Bridge, New Jersey, Lori Bauer, 38, pula ditahan kerana menghasil dan mengedarkan imej lucah membabitkan anaknya sendiri.
Pengarah Jabatan Siasatan Keselamatan Dalam Negeri New York, James Hayes Jr berkata, jumlah bahan bukti aktiviti eksploitasi seks dalam kalangan kanak-kanak di New York menunjukkan ia sudah menjadi ‘wabak’ di bandar raya itu.

Dalam operasi mereka, katanya, pihak berkuasa menemui ribuan imej lucah kanak-kanak disimpan di dalam komputer, telefon pintar dan bahan elektronik lain.

“Ada antara kanak-kanak terbabit baru berusia tiga tahun,” katanya. Kata Hayes Jr, jenayah dilakukan suspek sangat menjijikkan dan tidak dapat diterima akal waras.
Foto
ANTARA wajah individu ditahan penyiasat di New York.
“Kami menemui puluhan ribu imej menakutkan dan kanak-kanak terbabit digambarkan dalam keadaan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Suspek terbabit, Hayes Jr, ditahan di lima lokasi berbeza di sekitar Brooklyn dan Queens.
Sementara itu, Hakim Daerah Brooklyn, Kenneth Thompson berkata, kanak-kanak terbabit adalah mangsa penderaan seksual.

“Aksi mereka dirakam untuk menjadi sebagai hiburan manusia tanpa sifat kemanusiaan,” katanya.

Suspek Yuriy Eydelnant, 50, dituduh memasang kamera di dalam tandas rumahnya di Pulau Staten untuk merakamkan video ahli keluarganya seorang wanita berbogel sejak mangsa berusia 14 tahun.

Pihak berkuasa melancarkan siasatan ekoran penahanan Ketua Polis Mount Pleasant, Brian Fanelli di Valhalla, daerah Westchester 23 Januari lalu.

Kurang dua bulan selepas Fanelli ditahan atas tuduhan kegiatan pornografi kanak-kanak, seorang rahib di Brooklyn, Samuel Waldman, 52, yang bertugas sebagai tenaga pengajar pengajian Yahudi ditahan atas tuduhan memiliki bahan lucah kanak-kanak.

Siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua ‘syaitan bertopengkan manusia’ itu membongkar dalang di sebalik transaksi video dan gambar kanak-kanak melakukan seks atau dicabul oleh orang dewasa. - Agensi
sumber : mymetro

Muka saja cantik!

on 22 Mei 2014

Penampilan sulung Fernanda Colombo Uliana (gambar) sebagai penolong pengadil liga utama Brazil berakhir dengan kontroversi Ahad lalu apabila dia menafikan peluang saat akhir pa­sukan pelawat, Cruzeiro untuk m­enyamakan kedudukan de­ngan pesaing setempat, Atletico Mineiro apabila memutuskan ia ofsaid.
Dia kemudian dikecam pelbagai pihak berhubung aksinya yang dianggap lembap memandangkan ia perlawanan pertamanya sebagai pegawai di peringkat itu.
Cruzeiro ketinggalan 1-2 dengan baki perlawanan beberapa minit apabila Allison menjaringkan gol, tetapi Fernanda mengibarkan bendera menandakan ofsaid, keputusan yang dikatakan satu kesilapan jika dilihat kepada rakaman semula.

Fernanda yang sebelum ini mengadili perlawanan Piala Brazil tetapi membuat penampilan sulung dalam Serie A, Ahad lalu menerima sorakan penyokong tuan rumah tetapi membangkitkan kemarahan pemain Cruzeiro dan pengarah bola sepak kelab terbabit, Alexandre Mattos.
Foto

Penyerang Cruzeiro, Mar­celo Moreno menyambung ­protes selepas wisel penamat dan ­menerima kad merah mana­kala Mattos mengutuk prestasi ­Fernanda.

“Penolong pengadil itu memang cantik, tetapi dia tidak bersedia untuk perlawanan ini,” Mattos dilaporkan sebagai berkata dalam laman web Globo.

“Penyokong bersorak dan dia tersilap. Dia cantik tetapi pada masa sama perlu menjalankan tugas dengan baik.

“Jika dia cantik, dia sepatutnya bergambar dalam Playboy.”

Respons Mattos yang berang itu mungkin merujuk kepada pengadil wanita paling popular di Brazil, Ana Paula Oliveira, yang bersara pada 2007 tidak lama selepas bergambar untuk majalah lelaki terbabit.

Marcelo Moreno memberikan Cruzeiro gol pendahuluan pada separuh masa pertama sebelum Marion dan Andre meletakkan pasukan tuan rumah di depan.

Fernanda adalah antara wanita yang berjaya menembusi dunia bola sepak yang sebelum ini dimonopoli lelaki dan berusaha keras untuk dikenali berbanding rupa parasnya.

Minggu lalu pengurus kelahiran Portugal, Helena Costa menjadi pengurus wanita pertama di kelab dalam dua liga utama Eropah apabila dilantik mengendalikan Clermont Foot di Perancis.

Pengadil Itali yang juga model sambilan, Elena Tambini, 25, juga meningkat naik di negaranya sendiri dan dia dijangka menjalankan tugas di Serie B, Serie A juga peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Meskipun menyokong ­pembabitan wanita dalam bidang pengadilan, bukan semua pihak dalam bola sepak Brazil dapat menerimanya dengan baik.

Jurulatih pasukan liga ­bawahan, Juventus de Santa Catarina, Celso Teixeira berdepan masalah baru-baru ini kerana memanggil penolong pengadil Maira Americano ­Labes ‘gostoso’ (‘sedap’ dalam bahasa Portugal) selepas dibuang padang ketika perlawanan kejuaraan Catarinense.

Maira bagaimanapun tidak kisah kerana dia memberi­ tumpuan terhadap perla­wanan, tetapi Teixeira mendakwa penyokong mengeluarkan kata-kata itu.
sumber : mymetro

Perogol ‘reput’ dalam penjara

Tallahassee: Mahkamah semalam mengekalkan hukuman penjara 1,000 tahun ke atas seorang lelaki dari Jacksonville yang merogol tiga remaja pada 31 tahun lalu.
Mahkamah Rayuan Tallahassee menetapkan hukuman itu terhadap Arthur O’Derrell Franklin, kini 48, selepas dia disabitkan dengan 20 tuduhan termasuk melakukan siri serangan seksual, penculikan, rompakan bersenjata dan keganasan melampau.

Rakan Franklin, Terrance Jamar Graham yang baru dibebaskan dari penjara ketika kejadian, dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Graham baru berusia 17 tahun ketika itu.
Hukuman penjara 1,000 tahun itu menyebabkan dia hanya boleh dipertimbangkan untuk mendapat parol selepas 333 tahun.

Dalam hujahnya, Franklin berkata, hukuman dikenakan Mahkamah Agung pada 2010 bercanggah dengan perlembagaan.

Ia juga, katanya, tidak menepati peraturan kerana dia dibicarakan sebagai seorang juvana.
Bagaimanapun, semalam tiga hakim yang bersidang bersetuju Franklin kini boleh dipertimbangkan untuk mendapat parol.

Justeru, kata hakim, keputusan penjara 1,000 tahun itu wajar dikekalkan.
Hakim Brad Thomas berkata, keputusan sama ada Franklin boleh diberi parol atau tidak kini terletak di tangan Suruhanjaya Parol Florida.

Sementara itu, peguam Franklin, Bryan Gowdy berkata, dia kecewa dengan ketetapan hakim dan menganggap anak guamnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Florida memansuhkan parol pada pertengahan 1980 namun Suruhanjaya Parol masih wujud bagi menangani kes seperti Franklin yang dikenakan hukuman sebelum tarikh berkenaan.

Kata Gowdy, dia pasti terkejut jika Suruhanjaya Parol Florida membebaskan Graham. - Agensi
sumber : mymetro

Hyun Sun, Pensyarah Terseksi di Vietnam

Profesi seorang pensyarah selalu identik dengan kutu buku, berkaca mata dan lugu. Namun, tidak dengan pensyarah cantik bernama Hyun Sun ini. Hyun Sun adalah pensyarah tercantik dan seksi asal Korea Selatan saat ini. Wanita cantik berusia 28 tahun ini merupakan pensyarah asal Korea Selatan yang menetap dan mengajar di Vietnam. 


Sebagaimana dikutip edvantage.com, karier Hyun Sun menjadi pensyarah bahasa Inggris tak usah diragukan lagi. Dia telah memiliki pengalaman mengajar di beberapa perguruan tinggi, seperti: Universiti Lin Xuewei di China dan Universiti Guangdong. Konon, jika Hyun mengajar semua kelas tak akan ricuh. Sewaktu Hyun mengajar, tak ada satu pun mahasiswa yang tak semangat atau bahkan absen melewatkan kelas bahasa Inggris yang diajarnya.

Foto Pre Wedding Romantis Atlet Gimnastik China

Bingung menentukan idea foto pre wedding? Mungkin kalian boleh meniru konsep foto pre wedding atlet gimnastik asal China yang unik, romantis, dan fenomenal. Foto pre wedding Yan Mingyong dan calon isterinya, Ma Qiujing menjadi perbincangan di internet, seperti yang dikutip dari Huffingtonpost.com. Yang Mingyong memanfaatkan tubuh fleksibel, dan mempergarakan posisi senam untuk dijadikan foto pre wedding yang luar biasa. Meski bertema senam, foto pre wedding ini sangat romantis. Yan Mingyong dan Ma Qiujing akan menikah di akhir tahun 2014, namun mereka sudah mendapat banyak ucapan selamat dan doa dari seluruh dunia. Selamat berbahagia Yan Mingyong dan Ma Qiujing.






Kenakan Kebaya, Agnez Mo Pamer Peha Seksi

on 21 Mei 2014

Agnes Monica (Agnez Mo) identik dengan penampilan seksi. Kali ini, Agnez Mo mengenakan kebaya serta kain batik yang seksi, penasaran penampilan Agnes? Melalui akaun Instagram @agnezmo, Agnes Monica mengunggah sebuah foto yang memperlihatkan dirinya mengenakan pakaian kebaya dari belakang.

Tidak hanya itu saja, kebaya tersebut terlihat transparan dan memperlihatkan Agnes Monica tidak mengenakan skirt atau celana atau 'bawahan' apapun. Sebagian tubuh seksi Agnes Monica tertutup kain batik yang dirinya rentangkan dengan tangan, namun bagian paha seksi Agnes tetap terlihat jelas. Tentu saja foto ini menimbulkan berbagai komentar. "Trend baru berkebaya." ujar para netizen.

 Sebelumnya, Agnes Monia juga tampil seksi dengan balutan kebaya dalam video klip internasional, Coke Bottle. 

Baiknya awek abang ini





Ada Salon Khusus Untuk Lelaki Yang Ingin Cantik Seperti Puteri

Kreativiti orang Jepun memang tak ada habisnya. Jepun memang terkenal dengan gadis-gadis cantik dan imutnya atau biasa disebut ‘kawai’. Tak hanya soal keimutan, gadis-gadis Jepun juga terkenal fashionable juga cerdas dalam memadu padankan pakaian mereka. Baik pakai sehari-hari seperti seragam sekolah ataupun pakaian khusus untuk pergi ke pesta juga pernikahan.
Nah inilah yang dijual oleh salah satu perusahaan salon besar yang berada di Chubu, Jepun. Uniknya, dandanan kawai ala gadis Jepun tersebut dijual kepada para lelaki yang ingin mencuba tampil kawai layaknya gadis Jepun yang fashionable.
salon-khusus-cowok1Salon yang bernama Mary Mariee ini dulunya hanya menyewakan pakaian dan jasa merias untuk wanita, tapi dengan memahami bagaimana perasaan lelaki yang terkadang ingin diperlakukan seperti wanita, salon ini akhirnya membuka jasa juga untuk lelaki. Yaitru dengan menyediakan pakaian dan jasa merias untuk lelaki agar dapat tampil cantik dan kawai seperti wanita.
Bahkan boleh lebih cantik dari wanita .Memang terdengar aneh namun ternyata banyak lelaki yang sudah mencuba memakai jasa tersebut. Kurang lebih, ada 100 lelaki yang telah datang ke salon Mary Mariee dan meminta untuk didandani layaknya putri.
salon-khusus.cowok2Untuk menikmati jasa tersebut, para lelaki akan dirogoh kocek minimal $600 . Pakaian yang disediakan juga bermacam-macam. Dari mulai kimono hingga gaun pengantin yang mewah dengan ukuran khusus untuk para lelaki.
“Kami menyimpulkan bahwa para lelaki juga ingin tampil bak puteri ,” jelas Hitomi Iseki selaku meneger salon tersebut. Aneh

Keadaan Mengerikan Pesakit Selepas Operasi Plastik Sebelum Menjadi Cantik

Sudah menjadi rahsia umum Korea Selatan dikenal sebagai negara dengan tingkat praktek operasi plastik tertinggi di dunia. Dengan kata lain, operasi plastik di Negeri Ginseng tersebut merupakan hal yang lumrah dan biasa.

Bahkan para orangtua disana kerap memberikan anaknya hadiah kelulusan berupa dana dan izin anaknya untuk melakukan operasi plastik. Hal tersebut menimbulkan keprihatinan dan inspirasi bagi seorang fotografer asal Korea Selatan, Ji Yeo untuk merakam gambar-gambar pasien di BeautyRecovery Room (kamar pemulihan khusus pesakit operasi plastik pasca melakukan operasi sebelum mereka pulih sepenuhnya).

Operasi Plastik di Korea Selatan

Pasien Operasi Plastik di Korea Selatan
Sebelum terlihat cantik, wajah pesakit terlihat mengerikan dan bengkak-bengkak. Mengerikan.

Pembesaran Payudara di Korea Selatan
Wanita ini merupakan salah satu pesakit pembesaran payudara. Setelah operasi, payudaranya diperban

Operasi Pembesaran Payudara di Korea Selatan
Bahkan ada beberapa pesakitpembesaran payudara yang harus diinfus dan mendapatkan transfusi darah kerana banyak darah yang terbuang saat dioperasi

Pasien Operasi Plastik di Korea Selatan
Bahkan kerana saking lemahnya setelah wajahnya dipermak, pesakit ini harus memerlukan penyangga leher dan bantuan pernafasan

Operasi Plastik di Korea Selatan
Bahkan ada pesakit pembesaran payudara yang pasca operasi payudaranya masih tetap bocor dan mengeluarkan darah.

Benar-benar mengerikan. Apakah Anda berani menjalani prosedur menyakitkan tersebut demi memiliki penampilan yang didambakan?
(Asian Town, China News)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved