Maut ‘ditembak’ pistol dalam stokin terpakai

on 10 Mac 2014

Chicago: Seorang wanita tempatan maut apabila dia ‘ditembak’ di dada dari pistol yang tersorok dalam timbunan baju yang didermakan di sebuah kedai pakaian terpakai.
Maria Carmen Dominguez, 54, sedang mengasingkan pakaian yang didermakan bersama pekerja lain apabila pistol itu tiba-tiba meletup.
Rakan sekerja yang tidak didedahkan identitinya memberitahu polis, kejadian berlaku selepas dia menemui stokin yang mempunyai sesuatu di dalamnya.
“Ketika cuba mengosongkan stokin berkenaan, pistol itu jatuh ke tangannya dan secara tiba-tiba meletup,” katanya.
Pasukan kecemasan mengejarkan Maria ke hospital dan dia disahkan mati kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Suami Maria, Victor Campos berkata, kejadian itu amat tragik.
“Saya tak tahu apa yang perlu dilakukan tanpa Maria.
“Kehilangan ini sangat mengejut,” katanya.
Campos berkata, isterinya sudah bekerja di kedai itu sejak 25 tahun lalu.
“Saya bagaikan tidak percaya ini berlaku.

Kami mempunyai anak perempuan berusia 17 tahun yang kini berada di sekolahnya dan masih tidak tahu mengenai kejadian ini,” katanya.
Pelanggan tetap kedai berkenaan juga meluahkan rasa sedih dan terkejut atas kejadian yang berlaku.

- Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved