Kenapa Syaitan Jadikan Bilik Air Sebagai Rumah?

on 12 Mac 2014


Ada yang mengatakan katanya “Jangan terlalu lama di kamar mandi, tidak baik!” Alasan tidak baik, kerana di kamar mandi itu tempat syaitan. Apalagi yang suka bernyanyi di kamar mandi. Wah, itu sangat berbahaya sekali. Lalu yang patut dipertanyakan sekarang, mengapa syaitan itu memilih tempatnya di kamar mandi?

Sebuah hadis, Rasulullah SAW bercerita bahawa iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal anak-anak Adam berada di bumi.

”Ya Allah, adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi, maka berilah pula aku tempat tinggal,” kata iblis.

Allah SWT berfirman: ”Tempat tinggalmu adalah air (bilik mandi atau jamban),” (HR. Bukhari).

Dari situlah kemudian iblis menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi, jamban atau tandas.

Godaan iblis bermacam cara. Contohnya menggoda manusia agar:

1. Berada lama di dalam bilik mandi;
2. Bernyanyi atau berkata-kata;
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa ipod mendengar musik);
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri;
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung dalam bilik mandi;
6. Melupakan seseorang untuk berdo’a ketika akan masuk atau keluar dari bilik mandi;
7. Melakukan perkara tidak sopan;
8. Melakukan wudhu sambil telanjang;
9. Menconteng dinding bilik mandi;
10. Merancang kejahatan.

Oleh keraa itu, berhati-hatilah sewaktu berada di dalam bilik air atau bilik mandi. Tips yang baik adalah dengan mandi, buang air dan lain-lain sewajarnya saja. Lebih cepat lebih baik. [lp]
Ranking: 5

{ 2 komen... read them below or add one }

vipmaster power berkata...


This Is What Women Really Want !!
KLIK HERE !!


Rabu, Mac 12, 2014

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved