Dua pengasuh kejam

on 02 Mac 2014

Ipoh: Seorang bayi berusia dua bulan koma sejak seminggu lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya.
Bayi lelaki malang itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, jam 11 malam 25 Februari lalu, selepas dibawa oleh ibu bapanya kerana tidak sedarkan diri. 
Menurut sumber, sebaik dihantar ke hospital oleh ibu bapanya yang menetap di Persiaran Meteor, di sini, pakar perubatan melakukan CT Scan terhadap bayi terbabit dan mengesan pendarahan dalam otak. Mangsa turut mengalami sawan yang teruk. 

“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Foto
BAYI berusia dua bulan yang koma disyaki digoncang kuat.

“Berdasarkan maklumat doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 2 komen... read them below or add one }

Jam.eli berkata...

Dah jadi semacam wabak plak di Malaysia sekarang ni. Sana dera, sini dera, Bapak dera anak, suami dera isteri, isteri dera suami, anak dera emak ....mcm2 dera lagi lah. Ujian ke bala ni??


Rabu, Mac 05, 2014
Jam.eli berkata...

Kes dera dah jadi semacam wabak kat Malaysia sekarang ni, Sana dera sini dera, bapak dera anak , suami dera isteri, isteri dera suami , anak dera emak....dan mcm2 dera lg lah...Ini ujian ke bala???


Rabu, Mac 05, 2014

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved