Budak agih RM8,730 kepada rakan

on 05 Mac 2014

Riyadh: Seorang bapa memberi anak lelakinya SR10,000 (RM8,730) kerana berkelakuan baik di sekolah namun budak itu terus mengagihkannya kepada rakan sekelas di sebuah sekolah di Dammam pada keesokannya.
Akhbar Sabq melaporkan murid kelas itu berebut mendapatkan wang itu sehingga seorang guru datang merampasnya.

“Guru itu sangsi melihat kejadian lalu menghubungi bapa kanak-kanak terbabit yang mengakui memberi anaknya wang berkenaan pada malam sebelumnya.
“Bapa murid itu meminta guru berkenaan menyimpan wang itu dan dia akan datang mengambilnya.

“Dia sendiri terkejut kerana tidak menyangka anaknya membawa wang berkenaan ke sekolah,” kata laporan itu. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved