Menyesal kebumi ibu ‘masih hidup’

on 18 Februari 2014

Palermo: Satu keluarga di Itali kesal selepas mereka “dipaksa” mengebumikan ibu mereka walaupun percaya dia masih hidup.
Media melaporkan keluarga Grazi Bruno, 68 berkata wanita itu belum mati kerana tubuhnya tidak keras atau mengalami pereputan yang biasanya terjadi kepada mayat.

Perbalahan antara keluarga berkenaan dengan pihak berkuasa tempatan berlaku selama lapan hari selepas dua pakar perubatan mengesahkan wanita berkenaan meninggal dunia akibat kanser pankreas.
Keluarga berkenaan mengadakan majlis pengebumian di bandar Villagrazia di Carini berhampiran wilayah Palermo.

“Kami berasa amat kesal kerana terpaksa mengebumikan ibu kami walaupun dia masih lagi bernyawa,” kata seorang ahli keluarga yang dirahsiakan identitinya dalam satu kenyataan, semalam. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved