Separuh bogel buru baju percuma

on 06 Januari 2014

Rom: Ratusan pembeli yang hanya berpakaian dalam sanggup beratur berjam-jam lamanya dengan harapan mendapat baju percuma dan diskaun daripada rangkaian pakaian kasual Sepanyol, Desigual.
Parti Separa Bogel dianjurkan Desigual itu menjanjikan pakaian percuma untuk 100 pelanggan pertamanya bagi jualan murah yang bermula jam 8 pagi di Turin dan Rome.

Ada yang mula beratur sejak malam sebelumnya, malah mereka yang tiba pada jam 3 pagi sekali pun tidak berjaya mendapat tempat dalam kalangan 100 pertama dijanjikan pakaian percuma.
Bagaimanapun, semua yang hadir tetap diberi diskaun separuh harga.

Parti seumpama itu yang pertama kali dianjurkan Desigual pada 2005 pernah diadakan di Madrid, Barcelona dan bandar lain di Sepanyol, selain bandar raya lain di Eropah seperti London, Berlin, Paris Amsterdam serta Lisbon.

Parti sedemikian juga pernah diadakan di Jepun dan New York.
Lebih 10,000 orang menyertai semua parti itu.

Parti Separa Bogel Desigual juga akan diadakan minggu depan di Paris.
Untuk mendapatkan pakaian percuma, peserta bukan saja perlu hadir dalam keadaan separuh bogel, malah dikehendaki menyertai lumba lari sejauh 100 meter. Ketika parti sama di London pada 2011, ada peserta mula beratur sejak jam 11 malam semata-mata mahu menjadi antara 100 pelanggan pertama pada jam 9 pagi keesokannya, malah sanggup meredah hujan dan angin sejuk untuk acara yang diadakan pada musim panas itu.

Peserta parti 2011 itu turut dihiburkan kumpulan Australia Set Sail selain diberi beg hadiah sepanjang mereka beratur.

Hasilnya, 100 yang pertama mendapat baju dan seluar percuma manakala yang lain mendapat diskaun 50 peratus bagi koleksi musim panas Desigual. - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved