Pelancong Poland dirogol di India

on 06 Januari 2014

New Delhi: Seorang wanita Poland menjadi mangsa rogol terbaru membabitkan pelancong ketika menjelajah India, semalam.
Jurucakap polis Rajan Bhagat berkata, kejadian berlaku ketika wanita berusia 33 tahun itu menaiki teksi bersama anaknya dari kediaman mereka di Mathura, Khamis lalu, sebelum dirogol pemandu teksi terbabit.

Katanya, anak mangsa berusia dua tahun. Difahamkan, pemandu itu memberi mangsa dadah ketika mereka menempuh perjalanan sejauh 150 kilometer berkenaan.
Pemandu teksi terbabit dipercayai melakukan serangan seksual sebaik saja mangsa tidak sedarkan diri.

Bhagat berkata, selepas tersedar beberapa jam kemudian wanita itu mendapati dirinya berada di luarsebuah stesen kereta api di New Delhi manakala anaknya menangis di sisinya.

“Kes masih disiasat namun setakat ini nampaknya walaupun wanita itu menaiki teksi berkenaan secara sukarela, dia kemudian diberi dadah dipercayai disembur ke mukanya menyebabkannya pengsan,” katanya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

hmm manusia sekarang dah teruk.

kepada pembaca lain sila la lawat laman web saya ni,banyak info menarik yang anda belum tahu.>>>klik sini<<<


Isnin, Januari 06, 2014

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved