Peguam ‘belit’ wang pelanggan

on 27 Januari 2014

Rome: Seorang peguam didakwa mencuri wang bernilai kira-kira 180,000 euro(RM820,658) milik pelanggannya yang dibantu kerana cedera akibat dibakar.
Lidia Gabellini, 38, dari Rimini dikatakan mengeluarkan wang dari akaun lelaki gelandangan itu - yang melecur teruk selepas dibakar samseng ketika tidur di atas bangku di bandar berkenaan pada 2008.
Lidia juga didakwa mencuri wang dari sekurang-kurangnya dua pelanggannya yang lain, termasuk 1,000 euro (RM4,559) daripada seorang lelaki kurang upaya berusia 21 tahun yang memperoleh wang itu selepas jatuh dari bumbung kediamannya.
Lidia dilaporkan membelanjakan wang dicurinya untuk membeli kereta dan barangan mewah.
Polis turut merampas 200,000 euro (RM911,842) daripada akaun bank Lidia yang dipercayai wang hasil penipuanya.
Menurut akhbar Itali Ilrestodelcarlino, Lidia memberitahu hakim yang dia malu dengan kesalahan yang dilakukannya itu, selain turut meminta maaf.

Peguamnya, Alexander Petrillo berkata, Lidia bukan penjahat tetapi wanita yang sakit.

“Lidia mempunyai jiwa yang rapuh dan dia mengalami masalah psikiatri serius,” katanya dalam satu kenyataan.
Lidia, ibu kepada seorang anak kini ditahan di penjara wanita di Forli.
Kegiatan penipuannya itu terbongkar selepas polis menjalankan operasi khas “Vampire.” - Agensi
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved