Kelar leher, tikam dada

on 05 Januari 2014

Sikap pelik seorang lelaki yang tergesa-gesa mengambil beg pakaian untuk keluar dari premis tempatnya tinggal dan bekerja membongkar kes pembunuhan isteri lelaki itu, malam kelmarin.
Mayat wanita berusia 28 tahun itu ditemui dalam tab mandi di sebuah bilik berkunci di pusat kecantikan di Jalan Jelawat, Bandar Sri Permaisuri, di sini, oleh majikan mangsa.

Difahamkan, mangsa dibunuh lebih tiga hari lalu berdasarkan keadaan mayat berbau busuk, selain penemuan kesan kelar pada leher dan tikaman di dada sebelum mayatnya dicampak ke dalam tab mandi itu sejak Selasa lalu.
Pasangan suami isteri warga India terbabit dikatakan bekerja dan tinggal di premis tingkat dua itu sejak lebih enam bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat wanita terbabit, jam 9 malam kelmarin.

“Majikan mangsa membuat laporan polis mengenai penemuan mayat pekerjanya dalam keadaan berlumuran darah dan berbau busuk. Sebaik polis tiba, suami mangsa juga ada di premis itu.
Foto
“Hasil soal siasat, lelaki berusia 27 tahun itu mendakwa kali terakhir berjumpa isterinya jam 5 petang Isnin lalu sebelum dia mendakwa keluar untuk ke kedai runcit berhampiran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi semalam.

Katanya, lelaki itu mendakwa selepas ke kedai dia datang semula ke premis berkenaan namun didapati pintu berkunci dari dalam, menyebabkan dia beredar.
Mohan berkata, polis menahan lelaki terbabit untuk siasatan kerana mengesyaki dia suspek terbabit berikutan keterangannya mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian juga menemui beberapa senjata tajam iaitu sebilah pisau dan dua gunting, yang mana suspek dipercayai menggunakan satu daripada senjata berkenaan untuk membunuh mangsa.

“Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu bunuh.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved