Disaman ambil gambar bogel

on 16 Januari 2014

New York: Gara-gara merakam gambar separuh bogel di Bangunan Empire State seorang jurugambar berdepan saman AS$1.1 juta (RM3.6 juta) daripada pemilik bangunan kemegahan AS itu.
Semalam media melaporkan jurugambar fesyen Allen Henson menjadikan bangunan 381 meter itu untuk sesi fotografi membabitkan model Shelby Carter. 
Sesi itu dilakukan di dek pemerhatian bangunan itu. 

Menurut Henson gambar itu bukan untuk tujuan komersial, sebaliknya hanya sebagai koleksi peribadi.

“Malah saya hanya menggunakan kamera pada telefon bimbit.

“Kami tidak menyakiti sesiapa malah memastikan tiada kanak-kanak ketika mengambil gambar,” katanya. 

Bagaimanapun, ESRT Observatory dan ESRT Empire State Building memfailkan saman di mahkamah kerana mendakwa tindakan Henson itu berbahaya, selain tiada mendapatkan permit bagi membuat rakaman. 

Mereka menegaskan perbuatan Henson kerana tempat itu banyak dikunjungi pelawat berkeluarga. 

Berdasarkan dokumen mahkamah, plaintif mendakwa Henson menggugat keupayaan mereka memastikan tempat pelancongan itu selamat dan sesuai bagi pelancong serta golongan berkeluarga. 

Henson - seorang veteran perang Iraq - mengambil gambar rakannya itu di tingkat 86 menara berkenaan pada 9 Ogos tahun lalu. 

Tarikh berkenaan juga adalah waktu puncak bagi lawatan pelancong. 

Melalui gambar itu jelas dilihat beberapa pelancong lain ada di situ untuk menikmati pemandangan dari bangunan berkenaan.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved