Buru darah suci

on 07 Januari 2014

Rawang: Diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang remaja, selama tiga hari.
Remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 19, berkata lebih menyeksakan, kumpulan individu berjubah hitam itu turut menjerut kemaluannya selain menderanya dengan pelbagai caraapabila dia melawan.
Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atasnya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.
Foto
AZMI menunjukkan kain kafan yang diikat pada badannya.

“Dalam kejadian pertama pada Jun serta kedua dan ketiga pada November tahun lalu saya diculik hanya satu malam dan jumlah individu terbabit sekitar tujuh hingga 10 orang saja.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 0 komen... read them below or add one }

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved