Arca arnab dalam ‘telinga’ Mandela

on 24 Januari 2014

Pretoria: Tugu peringatan Nelson Mandela setinggi 9 meter menimbulkan kemarahan pihak berkuasa Afrika Selatan apabila terdapat arca arnab kecil pada telinga tugu berkenaan.
Tugu peringatan gangsa yang diletakkan di pekarangan kompleks kerajaan di Pretoria selepas pengebumian Mandela pada 16 Disember di catatkan sebagai tugu terbesar mewakili pejuang antiaparteid itu. Pihak berkuasa mengarahkan arca arnab kecil itu dibuang daripada tugu berkenaan dan menyifatkannya sebagai penghinaan terhadap Mandela dan perjuangannya.

Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negara berkenaan berkata mereka tidak sedar pembina tugu itu -Andre Prinsloo dan Ruhan Janse van Vuuren- menambah arca arnab sebagai simbol kerja mereka. “Ia tidak sepatutnya berada di situ,” kata jurucakap jabatan berkenaan, Mogomotsi Mogodiri “Tugu itu menjadi lambang kebanggaan seluruh warga Afrika Selatan,” katanya dalam satu kenyataan. Patung arnab itu hanya disedari minggu lalu, sebulan selepas tugu itu dirasmikan di Bangunan Kesatuan.
Pembinaan tugu Mandela dengan tangan terbuka itu melambangkan pengiktirafan terhadap perjuangannya -Agensi
Foto
ARCA arnab berkenaan dianggap penghinaan terhadap Mandela dan perjuangannya.
sumber : mymetro
Ranking: 5

{ 1 komen... read them below or add one }

chemie berkata...

pasai pa depa kata penghinaan pulak


Jumaat, Januari 24, 2014

Catat Ulasan

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved