Pengawal curi berlian RM66j

on 31 Januari 2014

London: Seorang pengawal peribadi wanita mencuri berlian yang jarang ditemui bernilai £12 juta (RM66.1 juta) daripada bekas isteri seorang daripada lelaki terkaya di dunia.
Dia juga menggantikan berlian berkenaan dengan batu permata palsu yang tidak berharga.
Fatimah Lim, 35, dituduh mencuri dua berlian besar daripada peti simpanan di kediaman Mariam Aziz, bekas isteri Sultan Brunei di London.

Mahkamah agung Isleworth semalam diberitahu Fatimah dituduh menggantikan berlian biru 12.71 karat yang berbentuk buah pir dan berharga £7.6 juta (RM41.9 juta) itu dan berlian kuning 27.1 karat berbentuk segi empat tepat berharga £600,000 (RM3.3 juta) dengan batu permata palsu yang berharga £150 (RM827) setiap satu bagi melangsaikan hutangnya.
Foto
FATIMAH

Fatimah yang juga warga Singapura dikatakan mencuri berlian itu dari kediaman majikannya di Kensington, barat London selepas memperdaya anak perempuan Mariam agar membenarkan dia meminjam batu permata itu selama beberapa jam.

Dia juga dituduh mencuri £3.3 juta (RM18.2 juta) gelang berlian selepas Mariam memberinya untuk disimpan di peti simpanan.

Ketika Mariam meminta barang kemas itu semula, Fatimah menafikan yang Mariam memberikan barang kemas itu kepadanya sebaliknya menyalahkan pembantu rumah majikannya.

Fatimah menjual barang kemas itu yang diberikan Sultan Brunei kepada Mariam ketika perkahwinan mereka. Berlian biru itu dibeli dari kedai emas di Hilton Park Lane pada 1986. 

Mariam, bekas pramugari Brunei yang berketurunan Jepun dan Scotland mempunyai empat anak sepanjang 21 tahun perkahwinannya dengan Sultan Brunei. 

Mahkamah dimaklumkan selepas mencuri berlian itu, Fatimah membawanya kepada tukang emas di Hatton Garden untuk dijual, mendakwa ia adalah hadiah daripada majikannya untuk ibunya yang dikatakan menjadi setiausaha peribadi kepada bekas isteri sultan itu. 

Kecurian itu hanya disedari pada Disember 2009 apabila Mariam meminta anak angkatnya, Afifa Abduallah mengambil berlian itu yang sudah diikat dengan cincin kembali ke Hilton untuk diperbaiki saiznya. - Agensi
sumber : mymetro

2 ditukul hingga mati

New York: Seorang lelaki mengaku membelasah teman wanita dan anak perempuan kekasihnya itu hingga mati menggunakan tukul kerana menyangka mereka ‘ahli sihir’ yang menjampinya.
Carlos Amarillo, 44, memukul kekasihnya Estrella Castaneda, 56, dan anak wanita itu Lina, 24, kerana menyangka mereka pengamal ilmu hitam voodoo untuk menjampinya di rumah mereka pada jam 12.15 tengah malam. 
Foto
AMARILLO ditahan polis.

Amarillo sendiri menelefon polis selepas membelasah dua wanita itu hingga mati.

Menurut timbalan pendakwa raya Richard A Brown, Amarillo mengaku bertanggungjawab kepada operator 911 yang menjawab panggilannya. 

“Dia dilaporkan berkata: ‘Dua wanita maut dibunuh. Saya yang bunuh dengan tukul kerana mereka ahli sihir. Saya disampuk dan mahu polis bunuh saya’,” katanya. 

Amarillo juga dilihat berjalan di depan rumahnya sambil memeluk Injil dan berkata “Saya bunuh mereka” berulang kali. 

Jirannya Jorge Carrion berkata, isterinya yang berada di rumah ketika kejadian terdengar bunyi bising seperti seseorang dipukul dengan kuat. 

“Dia terdengar bunyi hentaman pada dinding rumah jiran kami, namun tiada jeritan,” katanya.- Agensi
sumber : mymetro

Bersilat depan pokok sena

Alor Setar: “Anak saya beritahu dia ternampak kelibat lembaga wanita merayau-merayau di kawasan tangga sebuah blok bangunan berhampiran kelas mereka sambil mengajaknya bermain-main menyebabkannya terus menjerit dan ia ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.”
Ibu kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang enggan dikenali itu berkata, anaknya tidak sedarkan diri selepas mendakwa melihat kelibat berupa wanita berkenaan.
Dalam kejadian jam 9 pagi, semalam, sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena, di sini, bertukar gempar apabila kira-kira 30 pelajar perempuan tingkatan dua, tiga dan lima serta dua guru wanita berusia 20-an diserang histeria.

Kejadian dipercayai bermula daripada seorang pelajar perempuan sebelum berjangkit seorang demi seorang hingga mereka terpaksa dibawa ke surau sekolah untuk dipulihkan.
Foto
SEORANG pelajar ditenangkan rakan dan guru selepas diserang histeria, semalam.

Berikutan kejadian itu, seorang pelajar perempuan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai akibat kancing gigi.
sumber : mymetro

Lelaki Ini Habiskan US$ 170 ribu untuk Sewa Kekasih

on 30 Januari 2014

Beberapa lelaki atau wanita kaya terkadang tidak mementingkan berapa wang yang harus dikeluarkan demi mendapatkan apa yang diinginkannya. Itu lah yang dilakukan oleh lelaki asal China ini. Seperti yang dilansir dari Oddity Central, lelaki muda ini rela menghabiskan US$ 170 ribu demi memiliki kekasih ketika menghadiri Festival Musim Semi.

Lelaki yang tidak diketahui namanya itu ingin menyewa wanita hanya untuk menemaninya saat datang ke reuni keluarga di Festival Musim Semi. Ia tidak mahu datang sendirian yang mungkin boleh menimbulkan 'bahan' pembicaraan keluarga besarnya. Namun gadis yang akan disewa harus memiliki kriteria tertentu.

Lelaki tersebut menginginkan wanita yang usianya tidak lebih dari 25 tahun serta memiliki tinggi lebih dari 1,68 meter. Bahkan wanita yang akan disewanya harus memiliki berat badan ideal di bawah 50 kilogram dengan wajah cantik. 

Ia pun mementingkan gelar pendidikan kekasih sewaannya itu. Bila memiliki gelar doktor dan masih perawan maka ia akan memberikan tambahan biaya sewa 10% dari harga awal. Tak hanya itu, wanita yang akan menjadi 'kekasihnya' juga harus mahu melakukan perjalanan dari Shenzhen ke Zhengzhou untuk menghadiri acara keluarga.

Berita ini pertama kali dilaporkan oleh situs jaringan sosial terkemuka di China, Weibo. Berita itu berasal dari akaun yang bernama 'Host of Henan newscast'. Khabar tersebut kemudian popular di dunia maya. Lebih dari 10 ribu wanita berkomen. Bahkan 5.264 dari mereka mendaftarkan diri sebagai calon kekasih sewaan.

Akan tetapi, sebagiannya lagi mengungkapkan kekesalan mereka karena tidak termasuk kriteria. Sementara beberapa di antaranya mengatakan bahwa berita ini hanya mencari sensasi. Namun ketika salah satu media di China menghubungi pria tersebut, ia mengatakan bahwa tawaran itu asli walaupun ia tetap tidak mau mengungkap jati dirinya. Ia hanya memberikan foto seorang lelaki yang duduk di belakang meja bertumpuk wang. 

Sebelum munculnya berita ini, membayar kekasih sewaan untuk datang ke festival atau reuni keluarga sudah pernah dilakukan di China. Kala itu, ada situs online yang menawarkan fasiliti menyewa wanita atau lelaki yang boleh dijadikan pacar untuk diperkenalkan kepada orangtua. Hal itu terjadi kerana mereka tidak ingin dimarahi orangtua setelah lama tak punya pasangan.


(aln/fer)

Bra Canggih, Hanya Boleh Terbuka oleh Orang yang Disukai Pemakainya

 Soal inovasi dan penciptaan alat canggih, Jepun memang selalu terdepan. Kali ini penemuan 'ajaib' datang dari Ravijour, perusahaan pembuat bra dan lingerie asal Negeri Sakura tersebut.

Ravijour menciptakan bra yang mampu mendeteksi siIgnal tubuh pemakainya. Bra bernama 'True Love Tester' yang revolusioner ini boleh mengetahui perasaan wanita yang sesungguhnya ketika dia memakainya. Uniknya, bra boleh membuka sendiri ketika sang pemakai bertemu atau berhadapan dengan seseorang yang disukainya.

Bra tersebut juga tidak boleh dibuka sembarang orang. Lelaki yang tidak punya ikatan emosional atau tidak disukai wanita yang memakainya, tak akan boleh membuka atau melepasnya.

Rahsianya ada pada sensor yang ditanamkan di dalam bra yang boleh memeriksa detak jantung si pemakai. Data yang terkumpul dari sensor tersebut kemudian dikirimkan ke aplikasi khusus yang telah di-download ke ponsel.

Aplikasi itu lalu menganalisa detik jantung pemakainya. Jika jantung berdetik kencang hingga mencapai batas yang telah ditetapkan, maka bra akan membuka dengan sendirinya.




Seperti dikutip dari Rocket News 24, ketika seseorang merasa gembira atau bersemangat, kelenjar adrenalin akan mengeluarkan catechomaline, senyawa yang memengaruhi syaraf autonomic (bertanggung jawab terhadap rangsangan seksual) dan detak jantung. Sinyal inilah yang akan dibaca oleh sensor di dalam bra dan mengirimkannya ke aplikasi pada ponsel melalui Bluetooth untuk dianalisa. Aplikasi tersebut kemudian menghitung tingkat rasa cinta sebenarnya (True Love Rate) berdasarkan perubahan kecepatan detak jantung dari waktu ke waktu.

Ravijour sebagai produsen, mengiklankan bra ini sebagai 'alat untuk menguji cinta sejati'. Bra unik ini juga diciptakan sebagai bagian dari perayaan hari jadi perusahaan yang ke-10.

Ada Isteri yang Sewakan Suaminya Kepada Wanita Lain

Seorang ibu rumah tangga asal Austria menemukan cara aneh untuk menambah penghasilan keluarganya. Wanita tersebut menyewakan suaminya sendiri . Eits, tapi jangan berpikir macam-macam dulu soal jasa penyewaan ini.

Wanita bernama Renate Kogler tersebut menyewakan suaminya bukan untuk hal-hal tidak senonoh. Renate yang tinggal di Graz, Styria, Austria menyewakan suaminya pada wanita lain yang tidak punya lelaki untuk diandalkan dalam hal urusan pertukangan.

Renate menyewakan suaminya hanya sebatas untuk mengerjakan tugas-tugas domestik seperti memperbaiki benda yang rusak di rumah. Suaminya tersebut juga boleh disewa untuk membantu wanita mengangkat atau memindahkan barang.

"Banyak wanita single yang memerlukan kehadiran lelaki ketika mereka harus memindahkan furniture, urusan pertamanan atau urusan memperbaiki hal-hal yang ada di rumah," ujar Renate, 28 tahun.

"Tawaranku untuk menyewakan suamiku, Andreas berlaku untuk wanita single. Tapi tawaran ini juga berlaku untuk wanita yang pasangannya tidak terlalu bisa mengerjakan tugas memperbaiki sendiri hal-hal di rumah," tambahnya.

Inspirasi menyewakan suami sendiri ini menurut Renate datang dari pengalamannya sendiri. Saat masih single dulu, dia sering merasa memerlukan kehadiran pria ketika harus memindahkan furniture. "Aku senang berbagi suamiku dengan wanita lain yang sampai saat ini masih single," ucap Renate. 

Renate membuka jasa penyewaan suaminya untuk memperbaiki hal-hal yang ada di rumah kerana memang pria tersebut cukup piawai melakukannya. Dan untuk wanita yang tertarik menggunakan jasa suaminya, dia memberikan harga 20 poundsterling  per jam.

(eny/fer)

Nenek mencuri kerana bosan

London: Seorang nenek mencuri ketika membeli-belah selama empat tahun kerana bosan dengan usia yang semakin tua.
June Humphreys, 76, menggunakan pas bas percuma untuk ke bandar berdekatan dan mengambil barangan, menyembunyikannya di dalam troli sebelum menyelinap keluar dari kedai tanpa membayar barangan berkenaan.
June akan melakukan demikian di dua daerah ketika menjalani rawatan untuk kanser payudara dan osteoarthritis.
June dari Crewe, Cheshire mempunyai kesalahan jenayah mencuri pada 2011, 2012, 2013 dan Januari tahun ini.

Dalam kejadian terbaru, dia mengaku bersalah mencuri alat tulis dari Iceland yang berharga £2 (RM11), pakaian bayi dan pam payudara berharga £69 (RM381).
Foto
JUNE

Pegawai mahkamah Darren Vernon memberitahu majistret North Staffordshire, June mempunyai rekod ketagihan heroin ketika remaja.

Dia sering membuat perjalanan dengan pengangkutan awam dan melakukan jenayah.

“Dia tahu dia melakukan kesalahan.

Dia kata dia bosan dan tinggal sendirian.

Dia ada tujuh anak tetapi satu-satunya yang dihubungi June tinggal di atas kediamannya.” June dipenjarakan sebulan tetapi hukuman ditunda selama setahun.

Dia juga diberi amaran akan dipenjarakan jika melakukan kesalahan lagi.
sumber : mymetro

Wartawan ubah muka

Seoul: Seorang wanita Korea Selatan dituduh merosakkan mukanya selepas prosedur mengenai pembedahan plastiknya tersebar di Internet.
Wanita yang didakwa sebagai wartawan di sebuah stesen televisyen Korea Selatan berkenaan menjalani pembedahan rahang bagi memperoleh wajah berbentuk bujur sirih yang diimpikan kebanyakan wanita Asia Timur. 
Masyarakat Korea Selatan lebih banyak menjalani pembedahan plastik berbanding dengan masyarakat negara lain, menurut angka terkini dengan golongan sasaran berusia 19 hingga 49 tahun. 

Prosedur itu menghasilkan dagu yang runcing secara luar biasa hingga beberapa pengguna forum Internet Jepun sangat terkejut.
Foto
FOTO sebelum (kiri) dan selepas wanita itu menjalankan pembedahan.

Seorang pengguna menulis: “Tolong beritahu saya ini adalah hasil Photoshop, manakala seorang pengguna menulis: “Nampaknya kamu boleh membajak sawah dengan dagu seperti itu”, lapor RocketNews24.

Seorang pengguna bertanya: “Adakah dagu seseorang benar-benar boleh diruncingkan sebegitu? Dia tidak tahu apakah makna sebenar kecantikan asli.”
sumber : mymetro

Kait pakaian guna rambut

Beijing: Seorang pesara guru yang tinggal di Chongqing menghabiskan 11 tahun mengait baju sejuk dan topi yang diperbuat daripada rambutnya sendiri.
Ia sebahagian daripada usaha menyimpan kenangan zaman mudanya. 
Menurut laporan media tempatan, wanita bernama Xiang, 60, itu mengumpul kira-kira 110,000 helai rambutnya yang gugur sejak berusia 34 tahun sebelum mengait baju sejuk seberat 382 gram. 

Dia turut mengait sehelai topi seberat 119 gram untuk suaminya.
Foto
XIANG memakai baju sejuk dan topi yang dikait menggunakan rambutnya.

Xiang berkata, dia menyimpan semua rambutnya yang melekat di sikat setiap hari dan mula menggunakan rambut itu untuk mengait pada 2003.

Setiap helai rambut yang dikaitnya sepanjang 70 hingga 80 sentimeter, manakala 15 helai rambut digunakan untuk membuat satu gumpalan benang bulu. 

“Kaedah ini tidak sukar dilakukan. Rahsianya ialah kesabaran dan kesungguhan,” katanya.

Xiang juga ingin mengambil bahagian dalam rancangan “China’s Got Talent” bagi mempamerkan hasil baju sejuk yang siap dikaitnya.- Agensi
sumber : mymetro

Seorang Wanita Memposting Foto Dirinya Setelah Berkelahi Dengan Suaminya

Seorang wanita memposting foto dirinya berlumuran darah , di akaun Facebook miliknya dengan permohonan putus asa untuk bantuan setelah suaminya brutal memukul dirinya dengan pistol dan kemudian menarik telepon rumah dari dinding sehingga dia tidak boleh memanggil polis .

Susann Stacy dari Kentucky memposting kata-kata " Bantuan ... silahkan siapa pun " . Dia mengatakan kepada polisibahwa dia tidak punya pilihan selain beralih ke Facebook setelah suaminya merobek telepon dari dinding , dan ponselnya tidak memiliki layanan .
Untungnya ia memiliki koneksi internet . Salah satu teman-temannya yang melihat postingnya menelepon polis Leslie County.

" Dia punya beberapa luka di kepala .
Mereka tampak buruk tapi kami benar-benar tidak tahu pada saat itu , kerana rambutnya kusut dan banyak darah, "kata Leslie County Sheriff Wakil Sam Mullins .

Wakil Mullins kata suami , Donnie Stacy , memukul istrinya berulang kali dengan pistol setelah perkelahian . Polisi menemukan senjata.

Donnie Stacy menghadapi tuduhan penyerangan di Pusat Penahanan Leslie County.



Kerana Gagal Menikah,Lelaki Ini Meahu Bunuh Kekasihnya (gambar)

Lin 32tahun, dilucuti sehingga telanjang . Dia dipegang kekasihnya dengan pisau daging berada  di leher.


Ratusan penonton dan polis bersenjata menyaksikan pria bertelanjang hanya menggunakan celana dalamnya dan memerintahkan lelakinya melakukan hal yang sama sehingga ia akan dipermalukan di depan tetangga mereka . Dia mengumumkan ia akan membunuhnya. 


Keluarga lelaki itu dibawa ke lokasi kejadian pada hari  Isnin untuk cuba dan berbicara agar dia turun. Sebagian polis dan tentara mengepung atap.  Akhirnya lelaki tersebut menaruh celana jinsnya kembali dan turun dari atap ke alun-alun kota . Tapi saat ia berjalan menuju mobil, petugas mengejar , berusaha untuk menariknya pergi dari kekasihnya dan melemparkannya ke tanah .


Masih topless , di depan ratusan penonton tertegun dan dibawa pergi . Lelaki itu kini menghadapi hukuman penjara yang panjang dan menurut laporan , bahkan mertuanya dan  orangtuanya sendiri tidak  menyetujui pernikahan mereka.








Wanita Cantik Ini Berusia 54 Tahun !

on 29 Januari 2014

DREAMERSRADIO.COM - Cosplay merupakan salah satu budaya pop Jepun yang telah mewabah ke seluruh dunia. Mereka yang suka dengan cosplay biasanya akan berusaha keras untuk boleh meniru gaya busana dan tata rias karakter tokoh-tokoh anime, manga, dongeng, permainan video, penyanyi, dan musisi idola, dan film kartun.

Dilansir dari Rocketnews24, seorang cosplayer asal Jepun telah menggeluti hobinya selama 4 tahun tersebut berhasil membuat kejutan atas kemampuannya yang luar biasa. Pasalnya wanita tersebut sukses mengubah penampilan ibunya yang berusia 54 tahun tersebut menjadi sosok wanita cantik.

Tidak hanya mampu memberikan sang ibu tampil lebih cantik, bahkan atas kerja kerasnya tersebut wanita tersebut mampu mengubah sosok wanita cantik tersebut terlihat masih berusia 25 tahun keatas dan tak menyangka kalau wanita itu telah berusia 54 tahun.

Bahkan mulai dari makeover dan penataan fotografi dilakukannya sendiri. Tanpa bantuan siapa pun. Jika pada foto sebelum dirias terlihat sosok wanita berusia 54 tahun, maka setelah di rias, perubahan drastis terjadi pada ibu tersebut, dan tidak akan menyangka kalau wanita yang di rias tersebut telah berusia lebih dari setengah abad.

Pensyarah Cantik Ini Menjadi Sensasi Di Internet Dan Tak Ada Mahasiswanya Yang Cuti

Gadis berusia 28 tahun asal Korea Selatan, Hyun Sun, yang juga merupakan pensyarah mata kuliah Bahasa Inggris di Guangdong University of Foreign Studies Business College menjadi sensasi dan mendadak populer di seantero China kerana kecantikannya.

Hyun Sun,Dosen Paling Populer di Internet

Selain cantik, dosen ini juga ramah dan akrab serta gampang berbaur dengan para mahasiswanya. Ia pun kerap menjadi tempat curahan hati para mahasiswanya. 

Hyun Sun,Dosen Yang Menjadi Sensasi di Internet
Salah satu foto narsisnya di media sosial

Selain itu, pensyarah ini mencatat rekor dalam jumlah kehadiran mahasiswa di kelasnya. Tidak ada satupun mahasiswa yang membolos di kelasnya, dengan kata lain para mahasiswanya selalu mencatat kehadiran 100% di kelasnya.

Dosen Cantik Yang Menjadi Sensasi di Internet
Hyun Sun saat mengabsen mahasiswanya. Ia kerap tampil santai dan cara mengajarnya akrab, tak hairan seluruh mahasiswanya merasa rugi untuk ponteng kelas

Siapa yang mahu ketinggalan diajar oleh pensyarah cantik, ramah? Kuliah pun semakin bersemangat mengejar ilmu.
(China Daily, Xinhua)

Model Muslim Asal Bangladesh Ini Dikecam Karena Ingin Ikut Miss World

Seorang model glamour berusia 23 tahun asal Bangladesh, Amelia Maltepe membuat kontroversi setelah dia mengemukakan ambisinya untuk mengikuti kontes Miss World.

Sebenarnya sah-sah saja, namun yang menjadi masalah adalah dia merupakan seorang Muslim dan dibesarkan dalam keluarga muslim yang taat. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa Islam kebanyakan melarang kontes kecantikan.

Amelia Maltepe
Foto Amelia di Dhaka, Bangladesh, saat masih bernama Adesh saat berusia 15 tahun pada 2006

Masalah semakin pelik kerana Amelia terlahir sebagai seorang lelaki bernama Adesh. Dia melakukan operasi pergantian kelamin dan pemasangan implan pada payudaranya sehingga berukuran 34D pada tahun 2012. Untuk keperluan tersebut ia menghabiskan biaya sebesar 8.000 poundsterling untuk memasang implan payudara, dan sebesar 2.000 poundsterling  untuk menghilangkan rambut-rambut yang tidak dikehendaki di seluruh tubuhnya dengan laser.

Amelia Maltepe
Masa kecil Adesh (kanan) saat bermain bersama adiknya di rumahnya di Dhaka, Bangladesh

Amelia yang kini berstatus sebagai mahasiswa Akuntansi Bisnis, kini tinggal bersama pacarnya yang berprofesi sebagai pelatih kesihatan, Charles Dubuc (27 tahun).

Amelia Maltepe
Amelia Maltepe bersama kekasihnya, Charles Dubuc

Tak pelak, obsesinya ini menimbulkan kecaman keras di negaranya sendiri. Terlebih lagi, tahun lalu dia pernah berfoto sexy untuk surat khabar Kanada, Toronto Sun. Ia mengaku terinspirasi oleh Jenna Talackova, model transgender asal Kanada yang mengikuti kontes Miss World.

Amelia Maltepe
Salah satu pose Amelia Maltepe sebagai model

Bagaimana dia tidak dikecam kerana perbuatannya ini dianggap mempermalukan negara dan menistakan agama. Sudah benar-benar rusak dunia kita ini. S

(Daily Mail)

Operasi Plastik di Vietnam: Gadis Ini Mendadak Menjadi Pujaan di Seluruh Asia

Seorang gadis asal Vietnam yang tidak diketahui namanya mendadak menjadi perbincangan hangat para netizen di Taiwan, Hongkong, China, Jepang dan Singapura setelah ia mengunggah foto-fotonya selepas melakukan operasi plastik di Korea Selatan.

Operasi Plastik Gadis Vietnam
Gadis Vietnam ini mengup load fotonya sebelum operasi plastik

Gadis ini mengutarakan bahwa ia sangat bercita-cita menjadi seorang model atau aktris terkenal seperti idolanya, Angela Phuong.

Angela Phuong
Angela Phuong, model Vietnam yang menjadi idola sang gadis in

Penampakan gadis ini amat jauh berbeda dengan sebelum ia melakukan operasi plastik, khususnya pada hidung sehingga ia tak pelak menjadi pujaan netizen di China.

Operasi Plastik Gadis Vietnam

Operasi Plastik Gadis Vietnam
Sang gadis berfoto bak seorang model setelah operasi plastik. Lebih cantik mana dibandingkan sang idola?

Sungguh tidak diperkirakan bahwa booming operasi plastik kini juga melanda Vietnam, sebuah negara yang selalu kita anggap terbelakang ekonominya.
(Weibo)

Baju robek-robek, Selena Gomez

Selera busana Selena Gomez kadang memang lain daripada yang lain. Dan untuk kali ini, dia menunjukkan punggung seksinya dalam balutan robek-robek. Mau tahu? Lihat saja penampilannya, saat Selena muncul di Los Angeles. Dia mengenakan kaos hitam longgar yang dari depan terlihat normal Namun pemandangan berbeda akan tampak saat melihatnya dari belakangan. Bagian belakang bajunya ternyata didesain robek di sana-sini untuk menonjolkan punggung indahnya.


Jenis kereta boleh bantu pikat kekasih

London: Seseorang “gagalis” yang sukar mendapat kekasih mungkin bukan sekadar perlu menilai diri sendiri, sebaliknya wajar melihat kepada kereta yang dipandu.
Satu kaji selidik mendapati tarikan seseorang boleh dipengaruhi jenis kenderaan dimiliki. 
Menurut laman web Insure.com, wanita berpendapat lelaki memandu trak Ford hitam lebih menarik, manakala lelaki melihat wanita yang memandu BMW ‘sports’ merah sebagai lebih menawan. 

Kaji selidik membabitkan 2,000 wanita dan lelaki berkenaan melihat jenis, jenama dan warna kenderaan yang dipandu orang yang dikategorikan menarik.

Sehubungan itu, wanita rata-rata menganggap pemandu pikap sebagai paling menarik iaitu sebanyak 32 peratus diikuti:

• Sports (27 peratus) 
• SUV (16 peratus) 
• Sedan (11 peratus) 
• Hibrid (9 peratus) 
• Trak UPS (4 peratus) 
• Van (2 peratus) 


Sementara itu, jenama paling dikaitkan dengan daya tarikan terhadap lelaki adalah Ford (16 peratus),Chevrolet (13 peratus) dan Porsche (11 peratus). 

Di samping itu, wanita turut meminati hitam (53 peratus) sebagai warna untuk lelaki menarik diikuti perak (16 peratus) dan merah (13 peratus). 

Bagi kaum lelaki pula, mereka menganggap wanita yang memandu kereta ‘sports’ sebagai paling menarik (39 peratus) diikuti Sedan (22 peratus); SUV (20 peratus); pikap (10 peratus); hibrid (6 peratus) dan van (4 peratus). 

Mereka turut menganggap wanita paling menarik jika memandu: 

• BMW (16 peratus) 
• Mercedes (14 peratus) 
• Porsche (10 peratus)

sumber : mymetro

Lelaki ‘tempah maut’ bergayut di tingkat 13

Kuala Lumpur: Terdesak untuk mengelak diberkas pihak berkuasa dalam Op Bersepadu 6P, seorang lelaki warga Bangladesh sanggup ‘menempah’ maut apabila nekad bergayut dan bersembunyi pada jeriji besi di tingkat 13 sebuah flat di Jalan Putra di sini, kelmarin.
Difahamkan, ketika serbuan dilakukan anggota Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL), lelaki berusia 30-an itu hanya memakai kain pelikat tanpa memakai baju biarpun mengetahui risiko jika terjatuh pada ketinggian itu.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL James Musa Singa berkata, dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2.30 pagi itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap kedai runcit, restoran dan rumah flat yang dipercayai didiami pendatang asing tanpa izin
“Dengan kekuatan 53 anggota, kami turut dibantu agensi lain termasuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

“Kami berjaya memeriksa 567 warga asing dan rakyat tempatan dan daripada jumlah itu, seramai 119 orang ditahan iaitu 100 lelaki dan 19 wanita, “katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pecahan, warga asing paling ramai ditahan dari Bangladesh seramai 46 orang diikuti Pakistan (25), Indonesia (20), Nepal (18), Myanmar (empat), India (tiga), Vietnam (dua) manakala Nigeria dan Cameroon masing-masing satu yang berusia antara 20 hingga 50 tahun.
Menurutnya, antara kesalahan dikesan termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal melebihi masa, pas dan permit kerja disyaki palsu serta menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).
sumber : mymetro

Amarah cikgu harimau

Kuala Lumpur: Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.
Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.
Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.

Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.
Foto
LENGAN kanan Issac lebam dipukul.

“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif.
sumber : mymetro

Seksinya Katy Perry dengan Gaun Menerawang Valentino

on 28 Januari 2014

Menghadiri Grammy Awards 2014 di Los Angeles, California, Katy Perry memilih gaun menerawang dari rumah mode Valentino Haute Couture. Selain seksi dan elegan, ia juga terlihat playful dengan ornamentasi not-not balok yang bertebaran di gaunnya.


Ini Momen Selebriti di Red Carpet Paling Kontroversi Sepanjang Masa

Datang ke acara bergengsi, tidak lengkap rasanya bagi selebriti bila tak berjalan di red carpet dan berpose di hadapan puluhan paparazi. Seleb datang ke sebuah acara tidak selalu dengan busana yang elegan, ada juga seleb yang hadir mengenakan gaun aneh dan unik.






Pengantin sejenis ‘berkahwin’ dalam Anugerah Grammy

Los Angeles: Anugerah Grammy semalam memberi kejutan lain daripada yang lain apabila turut meraikan 33 pasangan yang dikahwinkan serentak sebagai sebahagian daripada persembahan pada malam itu.
Acara itu berjaya dirahsiakan sehingga waktu yang ditetapkan, iaitu ketika persembahan lagu Same Love oleh Macklemore dan Ryan Lewis bersama Mary Lambert serta Madonna. 
Perkahwinan semua pengantin terbabit - yang turut merangkumi pasangan sejenis - dirasmikan Queen Latifah. 

Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif The Recording Academy Neil Portnow berkata, dia bangga majlis perkahwinan itu berjalan lancar malah menganggapnya cukup bermakna.
Foto
ANTARA pasangan pengantin sejenis yang ‘berkahwin’ ketika majlis Anugerah Grammy semalam.

“Banyak idea ditonjolkan dalam majlis anugerah kami adalah hasil idea kreatif artis kami.

“Lagu ini memang istimewa dan menyeru kita bersikap adil serta toleransi,” katanya. 

Portnow juga tidak mempedulikan persepsi negatif yang mungkin menganggap anugerah Grammy digunakan untuk mempolitikkan isu tertentu. 

“Kami tidak pernah mencampuradukkan anugerah ini dengan politik. 

“Majlis malam ini sekadar untuk menyatukan pasangan yang saling mencintai dan mahu hidup bersama,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam. - Reuters
sumber : mymetro

Suami tak kenang budi

London: Habis madu, sepah dibuang - begitu nasib menimpa seorang wanita selepas dia menyelamatkan nyawa suaminya dengan menderma buah pinggang.
Samantha Lamb, 41, menawarkan buah pinggang untuk suaminya Adam, 45, yang menghidap kegagalan renal dan memerlukan dialisis untuk meneruskan hidupnya.
Sebagai persediaan menderma buah pinggang, Samantha sanggup menahan lapar bagi membolehkan berat badannya turun 19 kilogram bagi memastikan dia sendiri cukup sihat pembedahan pada Oktober 2009.

Pengorbanan itu kemudian menarik perhatian stesen televisyen BBC yang menerbitkan dokumentari khas mengenai cinta Samantha.
Foto
SAMANTHA (kiri) menyesal menderma buah pinggang kepada Adam.

Tidak seperti cerita cinta biasa, rumah tangga Samantha - Adam berantakan hanya beberapa tahun selepas pembedahan itu.

Adam akhirnya meninggalkan Samantha.

Dia mengangkut semua barangnya, termasuk televisyen dan radio sebelum meninggalkan kunci rumah di dalam peti surat ketika Samantha bekerja syif malam.

Samantha percaya suaminya menjalin hubungan sulit dengan rakan baiknya, namun Adam berkali-kali menafikan.

Pasangan itu - yang berkenalan ketika sama-sama menjadi pemandu ambulans - pernah berpisah seketika sebelum berkahwin pada 2007.

Adam jatuh sakit tidak lama selepas itu dan terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Kata Samantha, dia tidak tergamak melihat Adam lalu menawarkan buah pinggangnya.

“Adam yang mempunyai anak hasil perkahwinan sebelum ini mahu melihat mereka membesar,” katanya.

Menurut Samantha, dia kini menyesal membantu Adam.

“Saya tidak menyesal melakukan pembedahan yang membantu seseorang - namun alangkah baiknya jika buah pinggang itu diberi kepada orang lebih layak.

“Kalaulah boleh saya ambil semula buah pinggang itu dan memberinya pada orang lain,” katanya.

Namun dia mengakui perkara itu mustahil dan kini hanya berharap proses perceraian diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, dia merasa sakit hati setiap kali melihat parut berukuran empat inci hasil pembedahan itu.

“Namun sekurang-kurangnya Adam pun perlu sentiasa ingat dia berhutang nyawa dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Adam menafikan mengadakan hubungan dengan rakan isterinya selain menegaskan tidak pernah meminta didermakan organ berkenaan.
sumber : mymetro

Sorok isteri dalam bilik air

Alor Setar: Demi mengelakkan isterinya ditahan, seorang lelaki Myanmar sanggup menipu dengan mendakwa tinggal sendirian apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belakang Masjid Intan Syafinaz, Anak Bukit, dekat sini, semalam.
Dalam serbuan pada jam 3 pagi, lelaki berusia 30-an itu dipercayai menyembunyikan isterinya di dalam bilik air sebelum wanita terbabit berjaya meloloskan diri menerusi pintu belakang ketika anggota Jabatan Imigresen Kedah membuat pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan.

Walaupun wanita itu berjaya melarikan diri, namun suaminya ditahan bersama 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) lain berusia 19 hingga 40 tahun dalam Ops 6P selama lima jam bermula jam 12 tengah malam di sekitar daerah itu, Pendang dan Yan.
Ketua Bahagian Penguat kuasanya Nar Azaman Ibrahim berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas 38 warga asing terdiri warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar di tiga lokasi berkenaan.

Katanya, daripada jumlah berkenaan 14 daripadanya didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

Menurutnya, mereka membabitkan 12 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar yang dikesan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Dalam serbuan itu, kami turut menahan seorang lelaki warga Bangladesh kerana menetap lebih masa dalam negara dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan kira-kira jam 9 pagi kelmarin, empat lelaki warga Bangladesh berusia antara 30 hingga 36 tahun ditahan kerana melanggar syarat pas diberikan di sebuah premis perniagaan di Sungai Petani, di sini.
Menurutnya, mereka ditahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Semua PATI berkenaan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Juru di Pulau Pinang atau Langkap di Perak untuk siasatan lanjut.
sumber : mymetro

Cerut ragut kasih

Kuala Lumpur: “Ini semua bahana cerut import dari Cuba. Akibatnya, saya dan anak-anak terpaksa ‘mengikat perut’ kerana tidak mempunyai wang dan terpaksa mencari pendapatan lain berikutan suami terlalu taasub dengan hobi peliknya yang ketagih menghisap cerut berjenama luar negara.
“Dulu, hidup kami sekeluarga bahagia, tidak perlu fikir pasal wang kerana semuanya lengkap. Suami pula ketika itu bertanggungjawab menyediakan segala kelengkapan rumah, namun semua itu tidak bertahan lama selepas dia mula ketagih cerut mahal,” katanya.
Begitu luahan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Sara, 30, yang terpaksa berniaga kecil kecilan untuk mengisi perutnya dan dua anak akibat kegilaan suaminya itu.

Menurutnya, dia terpaksa menjual nasi lemak serta mengambil tempahan masakan semata-mata untuk menampung perbelanjaan harian mereka selepas suaminya tidak lagi memberi nafkah wang ringgit kepadanya.
Foto
SARA menunjukkan kotak cerut yang diimport dari Cuba.

Dia berkata, sudah puas dia serta keluarga menasihatkan suaminya itu berhubung tabiat pelik lelaki berkenaan, namun segala usaha menemui jalan buntu.
sumber : mymetro

Gila betul fesyen pakaian ParisHilton ini

on 27 Januari 2014




Beruntung, Anak Laki-laki Ini Selamat Dari Kecelakaan

Seorang wanita 56 tahun dan cucunya lima tahun mengalami luka ringan akibat kecelakaan mobil setelah mereka berdua berjalan  pada Selasa di Anapolis di negara bagian Goias, Brasil.

Setelah kecelakaan itu terjadi, anak itu bangkit dan berjalan ke neneknya, yang berbaring  seolah-olah tidak ada yang terjadi.  Insiden itu ditangkap pada kamera CCTV, yang menunjukkan saat Vilma do Nascimento dan Joao Pedro Nascimento terkena ketika sebuah mobil bertabrakan dengan mobil yang sedang diparking dan terdorong mengenai mereka.










(asiantown)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved