Body stich,hiasi diri cara gila

on 29 Disember 2013

Cedera usus makan kek Krismas

Paris: Seorang wanita warga emas mengalami kecederaan usus kecil selepas tertelan hiasan kek Krismas yang dimakannya.
Wanita berusia 72 tahun itu mengadu sakit pada bahagian pusat selama tiga hari selain muntah dan mengalami demam panas.

Imbasan CT pada perutnya menunjukkan bahan asing berbentuk kapak kecil di duodenumnya sebelum pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan objek sepanjang dua sentimeter itu.
Mangsa makan kek Krismas beberapa hari lalu yang dihiasi kapak kecil itu. - AP
sumber : mymetro

Susu keldai laris dijual

New Delhi: Sekumpulan nomad dari daerah Telangana meraih untung menjual susu keldai kononnya rahsia di sebalik kecantikan ratu Mesir, Cleopatra - kerana didakwa baik untuk bayi yang baru dilahirkan.
Sambil membawa sekawanan keldai, 20 orang terdiri daripada empat keluarga itu mendapat perhatian penduduk selepas mendakwa susu dijual mampu merawat pelbagai penyakit bayi termasuk asma dan masalah pernafasan lain.

“Kami menjual secawan 25 mililiter (ml) susu segar dengan harga Rs200 (RM10.60) manakala bagi pembelian pukal Rs2000 (RM106) seliter.
“Kami masing-masing meraih sehingga Rs800 (RM42) sehari hasil jualan susu ini,” kata wanita dalam kumpulan itu dikenali sebagai Lingamma.

Surirumah K Satyavathi membeli 75ml susu daripadanya untuk cucunya yang baru dilahirkan.

“Saya gembira apabila mendapat tahu susu ini dijual kerana ia perubatan ayurveda terbaik untuk bayi,” katanya.
Pakar ayurveda V Suseela berkata, susu keldai digunakan sejak zaman dulu malah digunakan dalam produk kosmetik.

“Tidak hairanlah Cleopatra menggunakan mandian susu 700 keldai kerana ia mampu melembut dan menyerikan kulit,” katanya. - Agensi
sumber : mymetro

Luruh macam ular salin kulit

London: Kulit seorang kanak-kanak luruh seperti ular akibat kesan sampingan teruk terhadap ubat sawan.
Oakley Orange, tujuh tahun, diberi ubat selepas didiagnos menghidap epilepsi, namun mula mengalami sakit kepala, selsema dan ruam 12 hari kemudian.

Badannya kemudian berbisul dan melepuh sebelum rambut dan kukunya mula luruh sehingga dia nampak seperti mangsa lecur. Dia kini langsung tidak berkulit selain mengalami kerosakan organ dalaman, dan doktor menganggarkan Oakley mempunyai peluang 65% untuk pulih.
Keadaan dialami mangsa dikenali sebagai Sindrom Stevens Johnson (SJS) iaitu sel kulit mati sebelum tanggal seperti kulit ular. Ibunya Lorraine, 45, berkata, kejadian itu bagaikan mimpi ngeri baginya dan suami, Steven, 43.

“Tidak siapa mahu melihat anak menderita sebegini.

“Oakley kanak-kanak riang yang suka bermain Xbox, basikal atau skuter.
Foto
OAKLEY ketika sihat.
“Semua orang menyayanginya walaupun baru pertama kali berjumpa.

“Namun kini dia tidak mampu membuka mata sekalipun.
“Setiap hari ada saja cabaran baru, kami tidak tahu apa yang akan berlaku dan hanya mampu mengharungi setiap jam dengan doa.

“Semua organ utamanya terjejas. Selepas satu diserang dan dirawat, ada pula organ lain terkena jangkitan.

Oakley mengalami sawan bulan lalu dan diberi ubat. Menurut Lorraine, bungkusan ubat menyatakan ia boleh menyebabkan ruam.

Bagaimanapun, Oakley jatuh sakit di sekolahnya pada 3 Disember lalu sebelum dadanya dipenuhi ruam dua hari kemudian.

Doktor menyangka Oakley dijangkiti virus atau demam campak sebelum seorang pakar dermatologi akhirnya mengenal pasti penyakit luar biasa itu.

Badannya dipenuhi bisul sebesar bola golf sebelum melepuh dan bahagian luar kulitnya terus luruh.

Sejak itu, Oakley dibalut dari kepala hingga kakinya selain diberi ubat tahan sakit dan dibius untuk mengurangkan seksanya.

SJS dialami Oakley merupakan yang paling ekstrem sehingga organ dalamannya turut bengkak menyebabkan dia terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, Oakley turut mendapat bantuan kewangan daripada semua pihak termasuk keluarga, rakan malah orang tidak dikenali yang setakat ini menyumbang £3,000 (RM16,249) untuk meringankan beban ibu bapanya.

Selebriti seperti penyanyi Peter Andre dan pelumba motosikal Shane Byrne turut menghulurkan sumbangan.

“Saya tak sangka begitu ramai prihatin membantu kami,” kata Lorraine. - Agensi
sumber : mymetro

Masuk kelab buka tudung

Perkenalan singkat bersama Liza mendedahkan bagaimana dia bersama tiga rakan dapat menyusup masuk ke dalam kelab malam berkenaan.
Liza berkata, dia berkunjung ke kelab malam itu bersama rakan yang menetap di kawasan kediaman sama sekitar ibukota. 
“Kawan-kawan dewasa akan masuk dulu, lepas tu salah seorang akan keluar dan pinjamkan kad pengenalan mereka kepada kami. 

“Bouncer takkan periksa kad pengenalan betul-betul, asalkan berusia lebih 21 tahun akan dibenarkan masuk,” katanya.
Foto

Ditanya sekiranya ‘bouncer’ berkenaan tidak mengesyaki dengan melihat wajah mereka berpadanan dengan kad pengenalan terbabit, Liza berkata ‘bouncer’ tidak akan berbuat demikian.
“Kalau mereka hendak lihat wajah pun, kad pengenalan milik rakan saya itu bertudung, susah juga mereka nak mengecam wajah sebenar yang sudah disolek.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved