Tanam seluar dalam di kubur

on 22 Disember 2013

“Saya bertaubat! Saya akui ini memang salah saya. Saya melakukan dosa besar terhadap suami sendiri. Saya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu lagi. Saya harap Ikram dapat memaafkan serta terus menerima saya sebagai isterinya.
Pada mulanya saya sang­ka tindakan menggunakan khidmat bomoh untuk mengunci nafsu suami terhadap wanita lain tidak akan memudaratkannya. Namun, ternyata ia perbuatan bodoh yang bukan hanya menyeksa suami, malah mendatangkan kesan terhadap saya juga. 
Semuanya dilakukan kerana perasaan cemburu membuta-tuli terhadap Ikram yang kerap terbang ke luar negara selama berhari-hari walaupun me­nyedari itu memang tugasnya. 

Saya melakukan perbuatan itu selepas diajak kawan untuk bertemu seorang bomoh selepas dia meyakinkan bahawa tindakan ‘mengikat’ suami mampu menjaga keharmoni­an rumah tangga tangga.

Rakan saya itu sudah menggunakan khidmat bomoh berkenaan untuk ‘mengikat’ suaminya dan saya dapat menyaksikan sendiri suaminya langsung tidak ‘melihat’ wanita lain serta setia kepadanya.

Melihat buktinya itu, saya mengikut dia bertemu bomoh berkenaan di Kuantan ketika Ikram terbang ke luar negara. 

Apabila berjumpa bomoh itu, mulanya saya pelik dengan barang yang diminta iaitu seluar dalam yang sudah digunakan suami sebelum menyuruh saya bertemunya semula dengan membawa barang itu. 

Selepas beberapa ming­gu, saya dan rakan pergi semula ke rumah bomoh itu dengan membawa seluar dalam Ikram. Upacara mengikat nafsu suami dimulakan dengan mengikat seluar dalam Ikram de­ngan kain kuning. Selepas dijampi, seluar dalam itu ditanam di kubur. 

Bomoh itu mengenakan bayaran RM2,000 dan memberitahu kesan terhadap suami akan mula dirasai seminggu selepas itu. 

Memang berkesan. Seminggu selepas upacara itu, saya dapat melihat perubahan ketara Ikram yang lebih romantis terhadap saya. 

Bagaimanapun, tak lama kemudian saya mula hairan apabila dia mengelak apabila diajak untuk bersama sedangkan sebelum itu dia tidak pernah bersikap dingin terhadap saya. Dalam hati terdetik adakah perubah­an itu ada kaitan dengan tindakan saya mengunci nafsunya. 

Apabila dia menceritakan masalahnya, saya rasa amat bersalah lalu menangis. Saya terus mengajaknya mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan Islam kerana tidak lagi mempercayai bomoh berkenaan. Saya berdoa agar masalahnya itu dapat disembuhkan segera. 

Saya insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu. Saya nasihatkan wanita lain tidak melakukan tindakan bodoh kepada suami mereka seperti yang saya buat. Perbuatan syirik seperti itu lebih banyak mudarat daripada manfaat. 

Saya bertaubat dan memohon ampun kerana pernah menyekutukan Allah. Saya harap suami dapat mengampunkan segala dosa yang saya lakukan”
sumber : mymetro

‘Saya jantan tak guna’

Florida: Seorang wanita yang dipukul selepas enggan melayan lelaki tidak dikenalinya menggugurkan tuduhan apabila penyerangnya bersetuju duduk di tepi jalan memegang papan tanda mengutuk dirinya sendiri.
Gabriel Urena meraba Alisha Hessler, 20, yang tidak pernah ditemui sebelumnya selepas menari di kelab malam sehingga memaksa wanita itu memukulnya apabila enggan berhenti.

Bagaimanapun, Urena membelasah Alisha sehingga mangsa mengalami konkusi.
Alisha pada mulanya bercadang memfailkan tuduhan terhadap Urena, namun berubah fikiran apabila melihat lelaki itu menulis pengakuan serta rasa bersalah di Facebook.

Berikutan itu, dia bersetuju memberi hukuman berbeza kepada Urena.

Lelaki itu diarahkan duduk di persimpangan sibuk selama lapan jam memegang papan tanda besar tertulis ‘Saya pembelasah wanita. Bunyikan hon jika anggap saya jantan tak guna’ sambil memakai ‘dunce cap’.
Foto
URENA bersetuju menjalani ‘hukuman’ dikenakan Alisha. Gambar kecil, wajah Alisha selepas kejadian.
“Saya rasa ini pengajaran besar baginya dan dia akan berfikir sebelum melakukannya lagi.

“Memang saya memukulnya kerana meraba saya, namun tiba-tiba dia menyerang bertubi-tubi,” kata Alisha.
Dia menganggap tindakannya itu wajar berbanding hukuman penjara setahun.

Bagaimanapun, keputusannya itu tidak dipersetujui pihak polis yang menganggap dia bertindak sesuka hati.

Malah, usaha polis menghubungi Alisha juga tidak membuahkan hasil apabila wanita itu tidak membalas panggilan. - Agensi
sumber : mymetro

Lihat isteri macam lelaki

"Sudah hampir lima tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan tak bermaya. Bagaimanapun, keadaan berbeza apabila saya melihat perempuan lain.
Saya yakin masalah ini berpunca daripada silap saya sendiri yang curang dengan pembantu rumah hingga menyebabkan wanita dari seberang itu menggunakan ilmu hitam untuk merosakkan rumah tangga saya. Ini bukan tuduhan melulu kerana saya ada beberapa petunjuk dan bukti berasas. 
Mulanya saya sangka menghadapi masalah lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan mengesahkan saya tidak mengalami sebarang masalah seksual. 

Berikutan itu saya dan isteri berbincang dengan anggota keluarga dan mereka mencadangkan saya mencuba perubatan secara Islam kerana mungkin ada orang menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangga kami.

Selepas berubat di pusat rawatan Islam, kami terkejut apabila ustaz memberitahu saya mungkin terkena sihir dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.
Selepas dimaklumkan begitu, saya terus teringat ketika isteri melahirkan anak lima tahun lalu, saya mengambil seorang pembantu rumah untuk me­nguruskan rumah sepanjang dia dalam pantang. 

Sepanjang dua bulan amah berusia 30-an itu bekerja, saya pernah terlanjur dengan wanita itu selepas tidak tahan dengan godaannya. Kami berzina ketika isteri tiada di rumah kerana pergi melakukan urutan selepas bersalin dengan bidan. 

Layanan amah itu kepada saya memang baik. Setiap kali pulang kerja, dia akan menyambut saya dan menyediakan minuman biarpun saya tidak meminta. 

Walaupun terlanjur, saya langsung tiada niat untuk berkahwin dengannya. Saya perasan dia ada me­ngambil air mani saya selepas kami melakukan hubungan haram itu tapi tidak mengesyaki apa-apa. 

Selepas isteri habis pantang, saya terus memberhentikan amah berkenaan kerana bimbang rahsia kami terbongkar hingga menyebabkan rumah tangga kami bergolak. Saya menyesal dan bertaubat kerana berzina de­ngan amah itu selepas tidak tahan dengan godaannya. 

Ustaz yang mengubati mengesyaki saya terkena ilmu sihir yang dilakukan melalui pemujaan air mani dan masalah dingin terhadap isteri mula saya alami sebaik saja memberhentikan pembantu rumah itu.

Sebenar­nya bukan saya tidak bernafsu terhadap wanita tetapi apabila melihat isteri, saya memandangnya seolah-olah melihat seorang lelaki menyebabkan saya langsung tiada nafsu terhadapnya. 

Sebelum ini saya sudah beberapa kali mencuba perubatan moden termasuk mengambil pil perangsang lelaki tapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. 

Bagaimanapun, saya menyembunyikan kecurangan saya daripada isteri kerana bimbang ia akan memberi kesan terhadap rumah tangga kami. Saya kini makin pulih tetapi masih meneruskan rawatan lanjut”
sumber : mymetro

Buru geng tahi

Ipoh: Polis bandar raya ini berusaha menjejaki kumpulan penjenayah biadab yang didakwa mempunyai hobi aneh gemar membuang air besar di rumah mangsa selain meninggalkan najis di ruang tamu kediaman diceroboh masuk.
Kumpulan penjenayah terbabit yang mendapat jolokan geng tahi dipercayai mengamalkan ilmu hitam berdasarkan perbuatan itu yang pernah dilakukan penjenayah warga asing bagi tujuan memukau penghuni kediaman.
Sumber polis berkata, penjenayah dikesan gemar memecah masuk kediaman melalui pintu belakang sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari barang berharga terutama wang, barang kemas, komputer dan telefon bimbit.

Menurutnya, dalam kes terbaru, kumpulan penjenayah terbabit dikesan memecah masuk rumah di Taman Aked, Menglembu, di sini, ketika penghuninya keluar atas urusan perniagaan.
Foto
KEADAAN ruang tamu rumah mangsa yang digeledah suspek.

“Kejadian pecah masuk rumah itu hanya disedari pemilik rumah apabila pulang ke kediamannya pada jam 2 petang, kelmarin.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved