on 18 Disember 2013

Beberapa orang yang sudah menjadi fans fanatik rela melakukan apa saja demi pujaannya tersebut. Itulah yang dilakukan oleh Carl McCoid.Lelaki asal Amerika ini sangat mengidolakan Miley Cyrus hingga membuat 22 tato bergambar penyanyi 'Wrecking Ball' itu di seluruh tubuhnya.



Alamak Ngerinya..



Fesyen pakaian artis ini memang tak senonoh



Remaja perkosa 300 ayam

Tasikmalaya (Indonesia): Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.
Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup tetapi keadaan di luar penuh sesak dengan beberapa orang membawa ayam mereka kerana mahu menuntut ganti rugi.
Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.

“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.

AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.
Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. - Agensi
sumber : mymetro

8 bulan tak sedar batang buluh tertusuk di muka

Beijing: Seorang wanita China tidak menyedari terdapat batang buluh sepanjang 13 sentimeter terperangkap dalam mukanya selama lapan bulan.
Doktor yang mendapati ada batang buluh terperangkap di antara pipi dan rahang atas Fu Jinfeng, 61, amat terkejut dengan penemuan itu ketika menjalankan ujian imbasan sinar-X pada kepala warga emas berkenaan. Keluarga wanita terbabit membawanya ke Hospital Xiang Ya di Changsa, Hunan awal Disember lalu kerana dia tidak boleh membuka mulut sepenuhnya untuk makan, selain luka yang dialami sejak lapan bulan lalu belum juga sembuh.

Selepas penemuan mengejutkan itu, doktor mengeluarkan batang buluh itu dari muka Jinfeng. Tidak diketahui bagaimana ia boleh tercucuk menembusi muka wanita tua itu April lalu. - Agensi
sumber : mymetro

Rantai emas dalam perut

Miami: Seorang pencuri terjerat selepas mesin pengimbas di penjara menunjukkan terdapat dua rantai emas di dalam perutnya.
Joseph Bravo Ramos, 21, ditahan pada 11 Disember lalu sehari selepas sebuah kediaman di Safety Harbor dilaporkan dipecah masuk. 
Walaupun pada awalnya Ramos ditahan kerana memandu dengan cuai, polis mendapati bahawa kereta Chevrolet Tahoe 2005 yang dipandunya dilaporkan hilang selepas kejadian rompakan itu.

Ketika di penjara, dia diarahkan berjalan melalui mesin Imbasan SecurPass yang kemudian menunjukkan “imej gelap” di dalam perutnya, menurut Tampabay.com.
Foto
IMEJ rantai emas (dalam bulatan merah) yang kelihatan di dalam perut Ramos (gambar kecil) selepas diimbas mesin SecurPass.

Imej itu ialah dua rantai emas yang ditelan Ramos sebelum dia dihantar ke penjara.

Ramos kemudian diarah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan rantai berkenaan di sebuah hospital sebelum barang kemas terbabit dikenal pasti milik mangsa yang dirompaknya.

Ramos yang didakwa dengan tuduhan merompak turut dituduh menyembunyikan bukti fizikal barang rompakannya. 

Dia kini ditahan di penjara Pinellas dengan ikat jamin AS$15,000 (RM48,767).

Mesin imbasan SecurPass yang mengimbas tubuh manusia dipasang di penjara itu Jun lalu.

Menurut jabatan polis, mesin itu boleh mengesan logam, pil, plastik, dadah dan “bahan luar biasa lain yang mungkin disembunyikan tahanan”. - AFP
sumber : mymetro

Penjaga zoo mati ‘dibaham’ harimau

Beijing: Seorang penjaga di Zoo Shanghai semalam mati selepas dibaham harimau.
Pihak zoo dalam kenyataannya menerusi Twitter, berkata, polis masih menyiasat punca kejadian.

Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai kejadian berkenaan. Laporan media kerajaan mengenal pasti mangsa ialah Zhou yang berusia 56 tahun. Ia memetik kenyataan seorang rakan sekerja mangsa yang mengatakan lelaki itu memasuki tempat kurungan haiwan berkenaan untuk membersihkannya dan kemudian tidak lagi ditemui selepas itu.
sumber : mymetro

Cantiknya Cate Blanchett, 5 Kali Jadi Cover Majalah Vogue

Aktris pemenang  Oscar, Cate Blanchett tampaknya menjadi model kesayangan Vogue. Iapun telah lima kali menjadi wajah sampul depan majalah fashion asal Amerika itu. Untuk edisi terbaru Januari 2014, Cate tampil menawan dalam balutan busana dari Celine dan Dolce & Gabbana.


Peluk Ibu Gurunya Dari Belakang, Pelajar Tak Boleh Sekolah Setahun

Berniat menghibur dengan memeluk gurunya, seorang pelajar SMA Gwinett County Public Schools di Atlanta, Georgia, AS, Sam McNair (17 tahun) justru dianggap melecehkan secara seksual. Sam dijatuhi tak boleh bersekolah selama setahun oleh pihak sekolah.

"Hal yang tidak berdosa dianggap sebagai hal yang sangat bertolak belakang," ucap Sam. Sam yang juga seorang atlet football dan lacrosse ini dianggap telah melanggar kebijakan pelecehan seksual yang berlaku di sekolahnya. Kes ini kemudian dibawa ke persidangan.

Sam McNair
Sam McNair, berfoto dengan seragam american football sekolahnya
Dalam persidangan terungkap bahwa Sam berjalan di belakang seorang guru yang tidak disebut namanya. Sam kemudian melingkarkan tangannya ke bahu sang bu guru. Perbuatan Sam ini tertangkap kamera CCTV sekolah.

Dari rakaman CCTV, terlihat Sam mencondongkan badannya ke depan dan pihak sekolah mengklaim remaja ini mencium sang guru di bagian leher. Sang guru berusaha menepis pelukan Sam dengan lengannya.

Sam McNair
Screenshot rakaman CCTV: Sam memeluk Ibu Gurunya dari belakang
Membela diri, Sam menegaskan dirinya tidak pernah mencium sang guru. Remaja ini dan ibunya, April McNair menyebut keluarga mereka memang gemar memeluk.

Dengan adanya skorsing selama setahun ini, maka Sam tidak akan boleh lulus tepat waktu bersama dengan teman-teman seangkatannya. Menurut April, hal ini mengganggu masa depan putranya.

"Dia senior sekarang. Dia bermain football dan bersiap untuk pertandingan lacrosse, dan Anda melucuti kesempatannya untuk mendapat beasiswa penuh bagi atlet untuk masuk universitas," ucap April.

Sang guru mengklaim dirinya pernah meminta Sam untuk tidak memeluknya. Namun Sam membantah dengan tegas bahwa sang guru pernah menyampaikan hal itu kepadanya.

Sam menyatakan, dirinya hanya bermaksud menghibur sang guru. "Anda tidak tahu hal apa yang dialami orang lain? Sebuah pelukan mungkin bisa membantu," tutur Sam. Ibunda Sam menyatakan akan mengajukan banding ke dewan sekolah putranya.
(NY Daily News, News.com.au, CBS Atlanta)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved