Majlis kahwin RM264 juta

on 17 Disember 2013

Barcelona: Majlis perkahwinan bagi salah satu keluarga terkaya di dunia tidak mungkin diadakan secara kecil-kecilan, jadi tidak hairanlah majlis anak saudara jutawan Lakshmi Mittal diadakan selama tiga hari dengan menelan belanja £50 juta (RM264 juta).
Majlis meraikan Shristi Mittal, 26, yang menggabungkan unsur Hindu dan Barat dipenuhi air pancut muzikal dan 200 pelayan tetamu, selain melihat muzium kebangsaan ditutup serta hidangan disediakan chef terkemuka selama tiga hari sambutan itu.

Suaminya, pakar pelaburan Gulraj Behl, 36, menaiki kuda ke majlis itu.
Shristi anak kepada adik hartawan berkenaan, Pramod yang turut terbabit dalam industri keluli seperti Lakshmi.

Keluarga itu turut menempah helikopter untuk mengambil gambar dari udara selain chef dibawa dari India dan Thailand untuk menyediakan hidangan bagi 500 tetamu dalam majlis yang diadakan dari 5 hingga 7 Disember lalu.

Malah, kek perkahwinan enam tingkat pasangan itu dikatakan seberat 60 kilogram.
Majlis itu bagaimanapun dikritik kerana dianggap satu pembaziran malah majlis perbandaran Barcelona dikecam kerana membenarkannya.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Barcelona Xavier Trias berkata, majlis itu menaikkan imej dan ekonomi bandar itu. - Agensi
sumber : mymetro

Tumpang tangan pada buku lali

Beijing: Doktor di Changsha berjaya mencantumkan tangan seorang lelaki yang terputus selepas menampalnya pada kaki mangsa selama sebulan.
Xiao Wei putus tangannya selepas kemalangan di tempat kerja pada 10 November lalu.

“Saya tergamam sehinggalah rakan-rakan memadam mesin yang saya gunakan dan mengambil tangan itu sebelum membawa saya ke hospital.
“Doktor memaklumkan tidak dapat menyelamatkan tangan saya.

“Saya masih muda dan tidak dapat membayangkan kehidupan sebagai orang kudung,” katanya.

Bagaimanapun, doktor mencadangkan supaya dia mencuba nasib di hospital daerah yang lebih besar.
Foto
KECEDERAAN dialami serius malah tangan mangsa penyek akibat kejadian itu.
Sehubungan itu, tujuh jam selepas kejadian Xiao Wei dirawat doktor di Changsha dan mereka yakin dapat mencantumkan semula tangan itu.

Bagaimanapun, mereka menampal tangan itu pada buku lalinya untuk mengelak pereputan.
“Kecederaan dialaminya serius kerana tangan itu bukan saja koyak malah penyek.

“Kami terpaksa membersihkan dan merawat kecederaannya sebelum menyambungkan semula tangannya itu,” kata seorang doktor yang merawatnya.

Kini, selepas hampir sebulan kejadian, Xiao sudah cukup sihat untuk menjalani pembedahan mencantumkan semula tangannya itu.

Walaupun dia masih memerlukan beberapa pembedahan lain, doktor yakin tangan itu mampu digunakan seperti sedia kala. - Agensi
sumber : mymetro

Jodoh tutup malu

Kuala Lumpur: Pengorbanan seorang wanita menjadi ‘isteri gantian’ demi mengelakkan malu keluarga suaminya, hanya sia-sia apabila dia kemudian dilayan seperti hamba seks serta dipandang rendah termasuk oleh mentuanya.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Hanim, 25, berkata, selama empat bulan pertama berkahwin, dia dan suami hanya berhubung menerusi telefon selain berjumpa seminggu sekali kerana suaminya yang juga seorang doktor, bertugas di luar ibu negara.
Hanim berkata, apa yang menyedihkan ialah di sebalik bersikap dingin terhadapnya, suaminya seolah-olah menjadikan dia seperti hamba seks setiap kali mereka berjumpa termasuk meliwatnya.

“Saya diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga. Selepas itu dia hanya pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali balik dia mesti mengajak saya melakukan hubungan kelamin termasuk luar tabii. Tanpa pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya,” katanya.
Foto
HANIM (kiri) menceritakan penderitaan jadi hamba seks luar tabii bekas suami.

Berikutan itu, perkahwinan Hanim yang berlangsung Mei lalu di sebuah kawasan perumahan dekat sini, hanya bertahan enam bulan apabila mereka bercerai November lalu.
sumber : mymetro

Gaun Nicole Scherzinger yang Terlalu Seksi di Panggung X Factor

Nicole Scherzinger yang dibesarkan namanya dari group musik Pussycat Dolls ini memang selalu menjadi pusat perhatian dengan kulit eksotis dan tubuh seksinya. Seringkali mencuri atensi dari bintang lainnya, ia kembali melakukannya saat berada di panggung X Factor dengan gaun menerawang.


Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved