Perut berbonjol selepas pembedahan

on 11 Disember 2013

Toronto: Seorang lelaki mendakwa pembedahan yang cuai menyebabkan dia menanggung kesukaran apabila wujud benjolan pada perutnya.
Yves Rivest, 36, berkata masalah itu bermula pada 2003 apabila sebuah lori sampah melanggarnya ketika dia bekerja.
Insiden itu menyebabkan dia terbaring di bawah lori dan tayar depan kenderaan itu menggilis di antara kedua-dua pahanya sehingga ke perut. 

Bekas pekerja pembersihan dari Montreal itu berkata, dia koma selama tiga minggu dan mendapati bahagian dalam perutnya membonjol keluar.
Foto
RIVEST mengalami nasib malang selepas dilanggar lori sampah pada 2003.

“Doktor kemudian menjalankan pembedahan untuk menutup bukaan pada perut tetapi gagal menyebabkan mereka melakukan pemindahan kulit untuk menutup bonjolan berkenaan,” katanya kepada media semalam.

Rivest berkata selepas kemalangan itu doktor ada bertemu dengannya dan menjelaskan keadaan itu mungkin hanya berlanjutan sekurang-kurangnya setahun. 

“Sebaik saja perut saya sembuh, mereka akan membedah saya sekali lagi untuk memulihkan keadaan,” katanya. 

Mereka memang melakukan pembedahan itu tetapi malangnya ia tidak bertahan lama. 
Kata Rivest, berlaku tekanan kuat pada perutnya menyebabkan kantung itu terkeluar semula. 

Keadaan itu, kata Rivest, memaksa doktor mengambil kulit pada kakinya untuk menutup benjolan berkenaan pada 2004. 

Kini, kata Rivest, benjolan itu membesar sehingga 70 sentimeter dan seberat hampir 13 kilogram. 

Masalahnya, kata Rivest, doktor enggan membedah untuk membetulkan keadaan kecuali dia berjaya menurunkan berat badannya. - Agensi
sumber : mymetro

Bunuh diri dipaksa beli-belah

Beijing: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus membeli-belah.
Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.
Selepas lima jam Tao yang keletihan mengajak teman wanitanya pulang.

Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg.
Foto
MAYAT Tao terdampar di atas lantai selepas jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.

Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga.

“Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada guna membeli sepasang lagi.

“Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta merosakkan semangat Krismas. Mereka r bergaduh besar,” kata saksi berkenaan. 

Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni.

Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik.

Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa.

Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan segera.

“Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum jatuh ke lantai.

“Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin detik sukar bagi sesetengah orang,” katanya, semalam.- Agensi
sumber : mymetro

Isteri mengamuk tak benar suami dikhatan

Riyadh: Seorang wanita Filipina mengamuk di sebuah hospital di sini ketika suaminya ingin dikhatankan selepas memeluk Islam.
Wanita berkenaan bertindak demikian untuk memaksa doktor tidak melakukan prosedur itu.
Akhbar harian Sada semalam melaporkan suami wanita itu baru memeluk Islam dan memutuskan untuk ke hospital di Jazan, selatan Saudi bagi menjalani prosedur terbabit sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. 

“Isterinya berang dan mengekori lelaki terbabit ke hospital. Setibanya di hospital, dia menangis dan meraung kerana menyangka suaminya membenarkan doktor memotong alat sulitnya.

“Pihak berkuasa hospital berusaha memujuknya dan memberitahu yang berkhatan baik untuk kesihatan dan tidak membabitkan pemotongan alat kelamin suaminya.

“Bagaimanapun dia terus mengamuk menyebabkan suaminya berubah fikiran untuk tidak berkhatan dan keluar daripada Islam,” lapor Sada. - Agensi
sumber :mymetro

3 tak cukup

Hulu Klang: Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.
Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.

Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.
Foto

Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.
sumber : mymetro

Mama Paling Hot Di India


Hampir tiga dekad berkarier di dunia film Bollywood, Sridevi seperti tidak pernah menua. Padahal saat ini usianya sudah 50 tahun, tak boleh lagi dibilang muda. Dan dia sudah memiliki anak yang juga sudah remaja.


Lahir : August 13, 1963 (age 50), Sivakasi, India

Tinggi : 5' 6" (1.68 m)

Suami : Boney Kapoor (m. 1996)

Anak : Arjun Kapoor, Jahnavi Kapoor, Khushi Kapoor


Tetapi cuba lihat galeri Sridevi di bawah ini, sepertinya tanda penuaan tidak pernah menghampirinya. Kecantikannya masih tetap sama dengan saat ia pertama kali tampil di layar lebar hampir 30 tahun yang lalu.....
bahkan di jadi cover Vogue

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved