Jual isteri, motosikal

on 09 Disember 2013

Virginia: Berdepan dilema gara-gara diberi kata dua oleh isterinya, seorang pemilik motosikal Harley Davidson mengambil tindakan mengejutkan apabila menawarkan kenderaan itu serta pasangannya untuk dijual.
Hanya dikenali sebagai Bob, dia dilaporkan dimarahi isterinya kerana memberi terlalu banyak perhatian kepada motosikal. 
Justeru isteri Bob mengugut supaya dia mengubah sikap atau perlu memilih antara motosikal atau pasangan hidupnya. 

Bob kemudian mengiklankan motosikal dan isterinya untuk dijual.
Foto
ISTERI Bob berdiri di sebelah motosikal kesayangannya.

Kata Bob, motosikal Sportster 2006 XL1200L miliknya masih dalam keadaan baik, manakala isterinya ialah “model 1959” yang juga masih berkeadaan baik walaupun agak berusia.

Gambar motosikal dan isteri Bob turut dipaparkan di laman sesawang itu. 

Wanita terbabit dilihat tersenyum di sebelah kenderaan itu dengan memakai kot mewah. 

Bob membuat tawaran AS$5,900 (RM19,000) untuk pembida berminat. - Agensi
sumber : mymetro

Lintah ‘bergayut’ pada anu

Kota Bharu: “Suami terkejut apabila mendapati seekor lintah sebesar ibu jari ‘bergayut’ pada kemaluan anak dan segera membuangnya,” kata Siti Mazura Che Kob, 31, ibu Muhammad Luqman Haziq Kamal, 2, dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, Pasir Mas, yang kemaluannya digigit lintah ketika bermain banjir di kampung berkenaan, kelmarin.
Muhammad Luqman yang bermain air banjir menggunakan pelampung bersama abang dan sepupunya digigit lintah pada jam 9 pagi.
Siti Mazura berkata, bimbang darah tidak berhenti selepas setengah jam, dia dan suami, Kamal Jusoh, 40, segera membawa Muhammad Luqman ke Hospital Pasir Mas, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, semalam (kelmarin).
“Dalam tempoh lima jam, saya terpaksa menukar lampin pakai buang anak saya itu lima kali kerana darah masih keluar
Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, anak saya kembali pulih,” katanya, semalam.
Pada hari sama, seorang lagi kanak-kanak perempuan, Yusrina Yusri, 5, dari kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, duburnya dimasuki ketika bermain banjir pada jam 9 pagi.
Ibunya, Siti Khatijah Che Ibrahim, 27, berkata, anaknya bermain banjir dengan seorang lagi anaknya, Yusri Aiman, 2, sebelum tiba-tiba menjerit memanggilnya memberitahu sakit dubur.
Katanya, dia segera mendekati anaknya dan terkejut melihat lintah sudah separuh memasuki dubur.
“Saya menguis berkali-kali dalam keadaan panik tidak pasti lintah itu jatuh atau masuk dalam dubur anak.
“Saya membawanya ke Hospital Tumpat kerana bimbang darah terus keluar.

Anak saya dirujuk ke HRPZ II dan selepas doktor memeriksa termasuk melakukan imbasan x-ray, tiada lintah dalam dubur anak saya,” katanya yang masih fobia dengan kejadian itu.
Foto
PENGARAH HRPZII Kota Bharu Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan melawat Muhammad Luqman dan ibunya.
sumber : mymetro

Pelacur ‘cilik’ banjiri Sao Paulo

Brasilia: Ratusan remaja miskin Brazil - sesetengahnya semuda usia 11 tahun menjadi tempat pekerja pembinaan stadium Piala Dunia 2014 memuaskan nafsu masing-masing.
Menurut siasatan media kadang-kadang ada bas dipenuhi kanak-kanak dilihat memasuki bandar raya Sao Paolo dipercayai untuk dijadikan pelacur.
Sumber berkata, kanak-kanak terbabit biasanya diambil dari pelbagai petempatan miskin di seluruh Brazil.

Setiausaha Kehakiman Sao Paulo, Eloisa de Sousa Arruda berkata, kerajaan memang bimbang dengan keadaan itu.
Foto
POLIANA menunjukkan bilik tempat dia melayan pelanggannya.

Katanya, remaja perempuan dari Congo dan Somalia turut dikesan tiba lapangan terbang antarabangsa di Sao Paulo.

“Dipercayai mereka dibawa ke sini oleh sindiket mafia Russia,” katanya.

Menurut Eloisa kerajaan bimbang kanak-kanak terbabit sebahagian daripada ‘tsunami’ pelacur dikuasai kumpulan dadah, rangkaian pemerdagangan manusia, malah mafia Rusia.

Katanya, mereka menyasarkan pengunjung asing yang bakal datang ke Brazil untuk menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Dunia Jun depan. 

“Kekurangan sokongan politik juga menyukarkan perbuatan itu dibendung, malah remaja terbabit mencari pelanggan tanpa berselindung walaupun ketika itu ada polis membuat rondaan,” katanya.

Siasatan media mendapati pelanggan biasanya dibawa ke hotel murah atau ke bilik tidur mereka di kawasan miskin yang digelar favela.

Sementara itu penduduk setempat berkata, ramai gadis mereka dipaksa melacur oleh kumpulan penjenayah.

Seorang daripada pelacur itu, Poliana, 14, berkata, dia menjual tubuh ketika pekerja pembinaan berehat pada waktu makan tengah hari. 

Caj yang dikenakan kadang-kadang serendah RM13. 

Poliana - yang kelihatan seperti gadis biasa, kecuali perutnya yang hamil - berkata kebanyakan pelanggannya terdiri daripada buruh binaan Arena Corinthians. 

“Saya mula melacur pada malam kematian ibu saya. 

“Memang sebelum itu saya ada memikirkan melakukannya, tetapi apabila ibu mati saya hilang arah.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk mencari nafkah lalu saya terus ke stadium mencari lelaki yang mahukan seks,” katanya.

Menurutnya, ramai lagi gadis dari kawasan miskin turut melacur, malah ada yang baru berusia 11 tahun.

“Selalunya saya yang paling tua. Bila Piala Dunia bermula, ramai lagi yang akan datang.

“Semua menganggap mampu membuat duit lebih dengan begitu ramai pelancong,” katanya.

Seorang lagi remaja, Thais, 16, yang juga penagih dadah berkata, dia mengenakan bayaran antara RM20 dan mampu melayan sehingga 15 pelanggan sehari.

“Hampir semua pelanggan saya buruh binaan.

“Pelanggan tiada masalah membuat bayaran, tetapi kadangkala mereka melayan saya dengan teruk.

“Apa boleh saya buat? Ibu bapa saya sudah meninggal dunia dan saya perlukan wang,” katanya. 

Menurut siasatan Majlis Bandar Raya Sao Paulo, buruh binaan di stadium itu ditemui bapa ayam yang menawarkan khidmat seks dengan gadis muda.

Malah, 57 peratus daripada pekerja ditemui mengakui pernah menggunakan khidmat pelacuran kanak-kanak.- Agensi
sumber : mymetro

Isteri diterajang suami

Subang Jaya: Angkara menegur suami yang malas bekerja, seorang wanita menerima padah apabila dibelasah, disepak terajang dan ditampar lelaki terbabit.
Bukan itu saja, wanita berusia 19 tahun yang mendirikan rumah tangga hampir setahun itu dikatakan sering menjadi mangsa amarah suaminya berusia awal 20-an. 
Sumber berkata, dalam kejadian terbaru Rabu lalu kira-kira jam 4 petang di rumah mereka di Putra Heights wanita terbabit dipercayai menegur suaminya yang bekerja sebagai penyelia itu kerana sudah tiga hari tidak bekerja. 

“Berikutan teguran itu, suami mangsa dikatakan tidak puas hati menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Gagal mengawal marah, lelaki terbabit kemudian membelasah mangsa,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa dengan segera keluar dari rumah sebelum dinasihati keluarga supaya membuat laporan polis. 

Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Heights kelmarin kerana bimbang dicederakan lagi. 
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved