Cantiknya Calon Istri Adam Levine di Fashion Show Victoria's Secret

on 15 November 2013

Behati Prinsloo, calon istri Adam Levine ini dikenal sebagai salah satu model brand pakaian dalam Victoria's Secret. Behati pun berpartisipasi dalam show tahunan Victoria's Secret yang digelar di New York, Rabu (13/11/2013). Inilah penampilan Behati yang begitu memesona dalam balutan koleksi lingerie terbaru Victoria's Secret.


Teruknya pakaian kakak ini


Anda Tak Akan Percaya Membaca Kisah Nyata Ini

Saat Maria Butzki, ibu dua anak, meninggalkan sang suami demi LELAKI lain, ia tak menyangka sangat merindukan sang suami, yang bernama Paul. Namun, ia juga tak bisa meninggalkan kekasih barunya, Peter Gruman. Demikian dilansir The Mirror.
Saat suami dan kekasih Maria ternyata bisa berteman, Maria kemudian meminta kekasihnya pindah ke rumahnya dan tinggal bersama sang suami serta dua anaknya di Barking, East London, Inggris.
Kini Maria (33), Paul (37), dua anak mereka Laura (16) dan Amy (12) tinggal seatap dengan Peter (36) sang kekasih dan kemudian hidup bahagia.
“Orang-orang mungkin menduga ini sesuatu yang aneh namun saya mencintai dua pria ini dan tak bisa memilih di antara keduanya,” kata Maria yang bekerja di sebuah perusahaan penghubung perumahan.
“Ketika saya meninggalkan Paul, ada lubang dalam hidup saya. Namun, memikirkan tak bisa melihat Peter sungguh membuat saya patah hati. Jadi tinggal seatap dengan mereka merupakan satu-satunya cara,” kata Maria.
Lalu bagaimana Maria membagi jatah? Maria mengatakan tidak menentukan pembagian jatah tidur , “Tak ada jatah dengan siapa saya tidur tiap malam. Tapi saya tahu, saya memiliki dua LELAKI yang sungguh luar biasa dalam hidup saya,” katanya.
Bahkan, saking akrab antara suami dan kekasihya, Maria kadang-kadang cemburu jika keduanya keluar bersama. “Saya ditinggal sendirian saat mereka berdua pergi melakukan acara mancing yang kadang-kadang memakan waktu yang lama,” jelasnya.

Beri RM4.6 juta hadiah kepada bakal isteri

Shanghai: Seorang lelaki yang memberikan bakal pengantin perempuannya wang tunai 8.88 juta yuan (RM4.6 juta) semalam mencetuskan kemarahan kerana mempamerkan kekayaannya di negara membangun itu.
Sebanyak 18 pelayan menghantar beberapa bakul dan kotak berisi wang itu, yang semuanya seberat lebih 102 kilogram, lapor akhbar Shanghai Daily. 
Foto turut menunjukkan beberapa bakul buluh diisi dengani not kertas 100 yuan (RM52.60) berwarna merah dengan gambar Mao Zedong, bapa pengasas komunis di China. 

Anggota rombongan pengantin lelaki muncul di kediaman pengantin perempuan dengan deretan kenderaan mewah yang diketuai kereta sport Maserati.
Foto
HADIAH perkahwinan berupa wang tunai yang diisi dalam bakul buluh.

Lonjakan ekonomi sepanjang satu dekad menyuntik kekayaan di China, tetapi kebanyakan penduduk luar bandar dan penduduk bandar yang miskin masih ketinggalan. - Agensi
sumber : mymetro

Kahwin dengan pokok

Buenos Aires: Aktor dan aktivis alam sekitar Richard Torres melakukan perbuatan pelik apabila dia berkahwin dengan sebatang pokok di Buenos Aires, Argentina Ahad lalu.
Torres (yang kelihatan seperti Johnny Depp dalam rakaman video pada acara itu) menggelar upacara terbabit sebagai “perkahwinan hijau” apabila berkahwin dengan pokok bernama Aliehuen Nehuen, sebagaimana disiarkan agensi akhbar Peru Netjoven. 
Dalam acara itu, Torres memakai sut putih, manakala Aliehuen Nehuen mengenakan tali leher. Selepas sesi membaca ikrar dan meletakkan simbol perkahwinan di depan ‘isterinya’, Torres mencium pokok itu sebagai pengesahan acara perkahwinan, menurut FOX59 WXIN-TV. 

Perkahwinan itu disahkan artis Argentina José María Muscari.
Foto
TORRES ketika acara perkahwinannya.

Acara berkenaan ialah sebahagian percubaan besar Torres untuk memupuk kesedaran memelihara alam sekitar di seluruh negara Amerika Latin itu.

Di negara asalnya, Peru, Torres sudah pun mendapat perhatian kerana ketaksubannya terhadap flora dan fauna. Dia ditahan tahun lalu kerana melancarkan bantahan secara berbogel sebagai membantah pemindahan pokok di sebuah taman di Peru. 

Sementara acara perkahwinan Torres menarik perhatian antarabangsa, ia bukan pertama kali aktivis berkenaan berkahwin dengan pokok. 

Pada Jun lalu, Torres mengahwini pokok pertamanya. Ketika itu, dia mengisytiharkan, “Perkahwinan saya adalah selama-lamanya dan saya akan berasmara dengan semua pokok. Dengan memeluk pokok, saya dapat merasakan tenaga tumbuhan itu.” 

Bagaimanapun, Torres bukan aktivis pertama yang berkahwin dengan pokok. Pada 2009, pasangan seni konsep, The Art Guys berkahwin dengan anak pokok Oak dalam satu acara di muzium Texas. - Agensi
sumber : mymetro

Seksi main besi

‘Main’ besi boleh dikategorikan sebagai salah satu sukan yang semakin popular dalam kalangan jejaka. Tak terkecuali juga gadis yang inginkan bentuk badan berotot tapi majoritinya dimonopoli kaum lelaki.
Bina badan bukan lagi perkara asing memandangkan kebanyakan lelaki zaman sekarang makin sedar pentingnya penjagaan tubuh badan selain mengimpikan bentuk badan sasa seperti selebriti terkenal dalam dan luar negara.
Sama ada untuk dapatkan kesan dalam masa singkat atau panjang, ada yang sanggup menghabiskan masa dan wang pergi ke gimnasium atau membeli peralatan senaman seperti palang besi (bar), ‘dummbell’ dan ‘olympic bench’ untuk digunakan di rumah demi mendapatkan bentuk badan diidam­kan.

Trend ini sangat jelas terbukti apabila gimnasium dipenuhi dengan jejaka terutama waktu cuti dan hari minggu. Mungkin hanya melaburkan kurang 10 peratus daripada pendapatan bulanan, mereka dapat memperoleh susuk tubuh berotot, ideal dan menggiurkan.

Bahaya mahu cepat sasa

Media yang sering memaparkan gambar pelakon barat dan tempatan di muka hadapan yang bertubuh sasa dan digilai ramai wanita. Secara tak langsung ia mampu mempengaruhi golongan muda untuk mendapatkan bentuk badan sedemikian.

Ada pilihan dengan memperoleh jalan mudah atau susah. Jalan mudah dengan pengambilan steroid untuk hasil lebih cepat manakala prosedur biasa dengan bersenam ikut gaya betul tetapi makan masa panjang.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataannya berkata, ma­syarakat terutamanya golongan muda memerlukan panduan serta bimbingan yang betul dalam memiliki bentuk badan yang menarik.

Jelasnya, ekoran kurangnya pendedahan berhubung bahaya dan kesan sampingan pengambilan ubat terkawal itu, golongan muda mengambil jalan singkat dengan mengambil steroid bagi memiliki bentuk badan diidamkan.


Steroid ancam 18,000 belia

Menurut laporan sebuah akhbar pada Julai lalu, lebih 18,000 orang kebanyakannya golongan belia terdedah kepada ancaman kesihatan serius termasuk boleh membawa kematian gara-gara penggunaan steroid hanya kerana mahu tampil menarik dan berotot.

Lebih malang sebahagian besar daripada mereka langsung tidak menyedari kesan sampingan pengambilan ubat terkawal itu apatah lagi tidak mendapatkan nasihat doktor atau pakar terlebih dulu sebelum menggunakannya.

Penasihat latihan profesional, Ahmad Zaki Jinlapudin menyifatkan perkara itu sebagai ‘kerja gila’ sebenarnya boleh menyebabkan ramai berisiko diserang sakit jantung, kerosakan hati dan darah tinggi secara senyap.

Beliau yang berpengalaman luas selama 10 tahun dalam bidang bina badan dan kecergasan menganggarkan separuh daripada mereka yang ke gimnasium yang asalnya untuk tujuan kesihatan terjebak dengan penggunaan steroid.

“Hasil maklumat dan pemerhatian, saya anggarkan separuh daripada ahli pusat kecergasan atau gimnasium menggunakan steroid. Kalau berdasarkan 300 gimnasium komersial dan 60 gimnasium rakyat di seluruh negara dengan anggaran 100 orang ahli setiap gimnasium, ini bermakna 18,000 orang khususnya belia menggunakan steroid tanpa menyedari risikonya.

“Disebabkan terpengaruh dengan ‘senior’, ramai ahli gimnasium baru mengambilnya menerusi pil dengan harga serendah 50 sen sebiji atau suntikan yang kosnya mencecah ribuan ringgit,” katanya.


Sasa untuk memikat

Walaupun kelihatan seksa ketika sedang bersenam, tetapi percayalah ada sebahagian gadis yang mengimpikan lelaki badan sasa sebagai teman lelakinya. Ia ibarat bonus kepada mereka yang tergolong dalam sukan ini.

Namun, ada juga beranggapan lelaki ‘main’ besi bertujuan untuk pikat wanita dengan bentuk tubuh badan berotot dan seksi. Persoalan ini diajukan sendiri penulis kepada beberapa jejaka yang obses ‘main’ besi.

Menurut Mohd Amri Abd Kadir, 26, dia menyangkal dakwaan itu dengan menjelaskan memperoleh bentuk badan ideal adalah hasratnya sejak dulu selain bukan saja jadikan kita sihat dan terasa lebih bertenaga.

“Jika ditanya sama ada ia memikat atau tidak, mungkin dari sudut psikologi, individu sekeliling akan menyukai seseorang yang positif. Apabila tubuh sihat, secara automatik kita akan jadi positif dan orang suka pandang. Aura positif itu sebenarnya yang memikat untuk buatkan orang pandang,” katanya.

Kenyataan itu dikongsi rakannya yang juga model sambilan, Irfan Faiz Fakhrudin, 25, dengan mengakui sebagai model, dia harus menjaga penampilan terutama bentuk badan untuk sentiasa kelihatan menarik di kaca televisyen. Kata­nya, hal sama turut berlaku kepada selebriti dan artis tempatan kerana apabila berstatus ‘public figure’, mereka perlu mempunyai tubuh menarik untuk popular.

“Bagi jejaka tak kiralah maskulin atau tidak, tubuh adalah aset dan menjadi instrumen untuk digayakan seharian. Kalau perempuan lebih muda dengan berpakaian cantik ditambah aksesori, lelaki perlu tubuh menarik untuk wujudkan aura tersendiri,” katanya.


Potensi jadi gemuk

Pandangan ini disuarakan segelintir jejaka yang beranggapan sekiranya seseorang itu berhenti daripada ‘main’ besi, dia berpotensi untuk jadi gemuk dengan mendadak. 

Justeru, hal ini membuatkan mereka lebih selesa dengan keadaan badan sedia ada tak kiralah gemuk atau kurus memilih untuk berkeadaan begitu tanpa bersusah payah bina otot. 

Bagi Saufi Mohd Syukri, 28, dia berpendapat bina badan tidak semestinya untuk memiliki badan gagah tetapi memadai untuk memberikan kepuasan apabila melihat diri sendiri di hadapan cermin.

“Dari segi pemakanan, saya lebihkan makanan berprotein tinggi seperti daging dan ayam, manakala makanan tambahan cuma protein ‘shake’, minyak ikan dan multivitamin. Perlu berdisiplin mengikut arahan piramid makanan selain mengawal makanan banyak lemak dan gula akan membantu,” katanya. 

Mengenai kesan sukan itu jika ditinggalkan pada masa akan datang, katanya yang menjadikan jaguh bina badan negara, Sazali Samad sebagai idolanya memberitahu, tubuh badan seseorang itu boleh menjadi gemuk jika cara pemakanan tidak dikawal namun akan kembali normal seperti asal jika cara pemakanan diamalkan dengan betul.


Dipandang ‘geli’

Dipuji seksi, berbadan tegap dan menggiurkan itu sudah biasa dide­ngar. Namun ada cerita sebaliknya. Mereka yang ditemui sempat meluah­kan perasaan kepada penulis mengenai pandangan masyarakat yang sinis. Diakui, mereka bukan bermegah atau bangga memiliki tubuh badan berotot besar, atau seperti dituduh menjadikannya aset utama memikat kaum wanita.

“Tidak semua wanita suka dengan lelaki yang menjadi ahli bina badan, malah ada yang ‘geli’ melihat kami. Ada yang berbisik-bisik dan mengumpat secara terangan tapi saya tak ambil hati. Selain itu, tak nafikan cara orang yang bina badan berjalan memang dilihat seperti berlagak terutama mereka yang profesional dalam sukan ini. 

“Orang ramai kena memahami keadaan fizikal kami yang sudah mengembang hasil otot yang semakin membesar sehingga mengubah cara berjalan. Itu sebabnya,” kata Saufi.
sumber : mymetro

Tidur Anak Bawah Umur, Perempuan Cantik ini Ditangkap Polis

Seorang perempuan asal Indiana, Amerika Syarikat (AS), ditangkap kerana meniduri anak laki-laki yang masih bawah umur. Perempuan bernama Amber Renea Williamson (32) dituduh meniduri anak berusia 15 tahun beberapa kali di apartemennya di Columbus.
Dilansir NY Daily News, pada satu kesempatan, kekasih ibu satu sayu anak itu mengintip di garasi dan menemukan keduanya sedang tidur bersama. Tak berapa lama kemudian, polis kemudian menangkap Williamson di dekat rumahnya dan memudian dibawa ke pejabat polis, Selasa minggu ini.
Ia kemudian dibebaskan setelah memasukkan uang jaminan 10 ribu dollar AS seperti dikemukakan petugas di Brown County Jail officials. Menurut pihak otoritas, Williamson terus melakukan kontak dengan si anak melalui Facebook, SMS, dan juga sebuah surat cinta berbunyi,” saya inginkan engkau dan hanya engkau yang selalu di hati dan jiwaku”. Dalam penyelidikan selama enam minggu ini terungkap bahwa sang perempuan terus melakukan kontak dengan sang anak meski pengadilan sudah memerintahkan agar tak melakukan komunikasi lagi.
Jika terbukti bersalah maka ia menghadapi ancaman antara enam sampai 20 tahun penjara dan denda hingga 10 ribu dollar AS atas perilaku seksual yang menyimpang dan hukuman tambahan penjara satu tahun dan denda 5.000 dollar AS kerana melakukan pelanggaran privasi.

Foto: Seksinya Britney Spears Pasca Sukses Langsingkan Tubuh

Britney Spears sudah tidak sabar untuk memulai pertunjukannya yang berjudul 'Britney: Piece of Me' yang akan dimulai pada 27 Desember, di Las Vegas. Tidaklah heran persiapan fisik menjadi prioritas dan terlihat bentuk tubuhnya semakin atletis dengan lekuk tubuh yang sensual.

Berdasarkan wawancara dengan majalah Vegas Player, Britney menceritakan bahwa dirinya berencana untuk tinggal di Planet Hollywood selama dua tahun.

Penyanyi pop itu tampil sebagai sampul majalah Vegas Player edisi Fall 2013/Winter 2014. Dalam fotonya, Britney mengenakan bodysuit berwarna kuning gading dan ungu yang berkilau, dengan potongan leher rendah yang memperlihatkan belahan dadanya. Baju itu merupakan kombinasi antara gaya pakaian Elvis Presley dan showgirl. Tampilannya dilengkapi dengan ikat pinggang yang bertuliskan "IT'S VEGAS BITCH!".

"Vegas adalah tempat yang menyenangkan. Ada begitu banyak hal yang terjadi. Energi disini luar biasa. Anda akan merasakannya saat berjalan melewati kasino. Semua orang disini melakukan hal yang menyenangkan," ujar Britney. Penyanyi berusia 31 tahun itu juga bercerita tentang kehidupan pribadinya. Dia mengaku membutuhkan teman-teman di sampingnya untuk membuatnya tetap membumi.

"Sangat penting untuk memiliki sekelompok orang di sekeliling Anda yang membuat Anda tetap membumi. Pelajaran yang kudapat dari pengalamanku saat menjadi bintang pop di usia yang masih sangat belia ini, begitu mengubah pikiranku. Jika Anda memiliki teman baik yang membuat Anda tetap membumi, itu adalah hal yang bagus."

Penyanyi yang berasal dari Lousiana ini mengungkapkan perasaannya saat mengawali karir sebagai bintang pop. "Rasanya seperti mimpi. Sangat spektakuler! Aku berasal dari kota kecil dan tidak pernah mengharapkan apapun. Ketika semuanya terjadi, ini terasa tidak nyata. Aku sibuk bepergian namun aku tidak menyadarinya. Aku bahkan tidak menyadari apa yang terjadi," kenangnya.

Kini Britney adalah ibu dari 2 anak, Sean yang kini berusia 8 tahun dan Jaden yang berusia 7 tahun. Ia berencana membawa mereka dan kekasihnya, Dave Lucado, untuk tinggal di Vegas bersamanya.

Fashion Hebat, Aneh, Unik Dan Memalukan Para Selebriti Di MTV Europe Music Awards 2013

Acara MTV Europe Music Awards yang berlangsung pada 10 November 2013, di Ziggo Dome, Amsterdam, Belanda, memunculkan banyak cerita menarik khususnya mengenai fashion aneh, unik, atau yang menarik dari para bintang di karpet merah.

Mulai dari Redfo, Katy Perry, Miley Cyrus dan lainnya, semuanya membuat sensasi ketika menghadiri penghargaan musik paling prestisius di Eropa ini.

Redfoo
Penampilan Redfoo terlihat aneh dengan kacamata berbingkai besar

Eva Simons
Eva Simons malah terlihat seperti ayam jago

Jedward
Jas John dan Edward Grimes (Jedward) seolah ingin menyampaikan bahwa mereka berasal dari Eropa

Ariana Grande
Siapa yang tidak terpesona dengan Ariana Grande, semua mata memandangnya dengan takjub

Katy Perry MTV Europe Music Awards
Walau tampil dengan gaya busana simpel, Katy Perry tetap saja menuai pujian para pengkritik mode

Iggy Azalea
Sayang sekali, penampilan glamor Iggy Azalea malah dia rosak dengan posenya. Ketahuan sekali ia lupa memakai celana dalam

Miley Cyrus
Semua mata tertuju kepada Miley Cyrus kerana selera busananya yang berantakan dan memalukan

Para bintang dengan bangga berpose di karpet merah, namun tidak semua menyadari bahwa karpet merah merupakan representasi dari imagenya. Hanya Katy Perry saja yang selalu terlihat elegan kala melenggang di karpet merah. Dan hanya Miley Cyrus yang selalu tampil tidak berkelas.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved