Tanam cip dalam badan

on 04 November 2013

Pittsburgh: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai “biohacker” melalui detik menyakitkan semata-mata untuk menanam cip elektronik yang besar pada lengannya.
Proses itu dilakukan tanpa sebarang ubat bius atau bantuan doktor. Pencipta perisian dari Pittsburgh, Tim Cannon berkata dia memasukkan cip besar itu untuk memantau suhu badannya. Kata Cannon, alat itu berkomunikasi dengan tablet Android melalui sambungan Bluetooth.

“Jika saya mula mengalami demam cip ini akan memancarkan lampu hijau yang boleh dilihat di bawah kulit.
“Ia kemudian menghantar mesej teks untuk memaklumkan keadaan saya,” katanya. Menggambarkan dirinya “cyborg buatan sendiri” Cannon berkata, dia adalah manusia pertama di dunia menanam peranti ke dalam badan semata-mata untuk “meningkatkan kualiti diri.” Katanya, dia mula berminat mengubah suai tubuh menggunakan peranti elektronik kerana mahu “hidup selama-lamanya.” “Saya mahu hidup sehingga beribu-ribu tahun.

“Saya tak mahu mati dan saya tak faham mengapa ada manusia mahu mati,” katanya. Prosedur memasukkan peranti itu dilakukan seorang “artis mengubah suai tubuh” serta pakar tatu, Steve Haworth.

Kata Cannon, ia dijalankan tanpa menggunakan sebarang ubat bius, sebaliknya cuma meletakkan ais bagi mengurangkan kesakitan. - Agensi
Foto
CANNON menunjukkan lengannya yang sudah dimasukkan cip.
sumber : mymetro

Bangkai Ferrari RM792,872

Paris: Pernahkah anda melihat bangkai kereta sebagai karya seni?
Di Paris, seorang pengumpul karya seni dari Turki membeli bangkai kerta Ferrari 308 GT4 pada harga AS$250,000 (RM792,872) kerana dianggap bernilai tinggi. Media semalam melaporkan, lelaki Turki itu membeli kereta berkenaan digelar Dino daripada seniman Bertland Lavier.

Sumber berkata, tiada sebarang sentuhan tambahan dikenakan pada bangkai kereta berkenaan sebelum dibeli pengumpul terbabit.
Sebelum itu kereta berkenaan dipertontonkan di Pameran Seni Kontemporari Tahunan di Paris, Perancis. Harga pasaran bagi kereta sama yang tidak cacat atau rosak ternyata lebih murah, iaitu kira-kira AS$41,400 (RM 131,300) saja. Sebanyak 2,800 unit kereta model sama dikeluarkan Ferrai antara 1973 sehingga 1980. - Agensi
sumber : mymetro

Tragedi majlis perkahwinan

Tabuk: Sebuah majlis pernikahan di Arab Saudi berakhir dengan tragedi apabila bapa pengantin perempuan menembak mati abang bakal menantunya bagi menghalang mangsa memasuki ruang dikhaskan untuk wanita.
Bapa pengantin perempuan sedang meraikan tetamu di dua dewan berasingan - masing-masing untuk tetamu lelaki dan wanita. Saksi berkata, lelaki terbabit mendapati saudara kandung menantunya serta beberapa individu lain cuba menyelinap ke dewan wanita. “Dia kemudian mengeluarkan senapang dan menembak mereka,” katanya. Tindakan itu membunuh seorang lelaki, manakala anak lelaki suspek cedera selepas berlaku tembak-menembak di antara kedua-dua pihak. - Agensi
sumber : mymetro

‘Money boy’ dapat penyakit kelamin

Kuala Lumpur: “Sewaktu menjadi ‘money boy’ dan melayan nafsu golongan homoseksual, saya tidak pernah terfikir kesan kesihatan yang dialami, sekarang baru menyesal.”
Demikian luahan Zack, 23, yang mendakwa bergiat dalam aktiviti itu ketika belajar di tingkatan empat di sebuah sekolah sekitar Cheras.

“Semuanya bermula ketika diajak seorang rakan sekolah yang kerap memberikan rokok kepada saya dan ditemani beberapa rakan sekolah yang lain.
“Suatu hari, rakan yang saya panggil Jai itu memberitahu aktivitinya sebagai ‘money boy’ pada waktu malam di sekitar Tasik Permaisuri bagi mendapatkan wang belanja untuk membeli rokok.

“Terpengaruh dengan rakan, saya mula mengikuti Jai bersama beberapa rakan yang lain ke kawasan itu. Menurut Jai saya hanya perlu menunggu abang-abang (pelanggan) yang mahukan perkhidmatan seks,” katanya.

Mengimbau semula kisah silamnya, Zack berkata, tidak lama selepas itu, Jai mula membawanya menaiki kereta yang dipandu seorang lelaki Cina dalam lingkungan umur 30-an sebelum dibawa ke rumah sewa lelaki itu di Cheras.
“Di sanalah saya belajar cara melayan seorang lelaki homoseksual dan kami dibayar RM100 sebelum dihantar semula ke rumah pada keesokan harinya.

“Bermula dari situ, hampir setiap hari saya berada di tasik kerana boleh mendapat duit dengan mudah. Namun, tidak lama kemudian saya berasa sakit pada bahagian kemaluan sebelum cecair kuning mula mengalir daripada saluran kencing.
“Pada awalnya saya hanya menyangka ia sakit biasa. Lama kelamaan ia semakin menjadi-jadi dan saya mula berasa bimbang sebelum mendapatkan rawatan di klinik,” katanya.

Menurut Zack, doktor mengesahkannya dijangkiti sifilis dan memberikan suntikan serta ubat bagi menyembuhkan penyakit itu.

“Saya akui, memang ketika itu saya masih muda dan tidak mengambil berat penggunaan kondom ketika melakukan seks. Biasanya saya hanya ikut lelaki yang membawa saya pulang ke rumah, jika dia menyediakan kondom, saya akan memakainya, tetapi jika sebaliknya, saya tidak kisah,” katanya.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved