Guru maut disyaki dibakar isteri sendiri

on 30 Oktober 2013

Riyadh: Seorang guru berusia 40-an mati selepas dia dibakar ketika tidur di kediamannya.
Polis mengesyaki isteri mangsa terbabit dalam pembunuhan itu. 
Polis dan anggota pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran di rumah guru berkenaan di Makkah sebelum mengejarkan mangsa ke hospital. Dia bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian. 

Menurut doktor, guru itu melecur teruk selepas dibakar oleh seseorang yang menggunakan petrol.

“Polis mengesyaki isteri mangsa itu membakarnya kerana mereka tidur bersama sebelum kejadian. Wanita itu kini ditahan untuk soalsiasat,” lapor sumber. - AFP
sumber : mymetro

32 tahun tak bercukur

Jaipur: Seorang lelaki kelahiran Jaipur di Rajasthan, India kini berbangga kerana tindakannya menyimpan misai selama 32 tahun - tanpa pernah sekali pun dipotong - membolehkan dia terkenal di seluruh dunia.
Hasil kesabarannya itu, Ram Singh Chauhan, 58, memiliki misai sepanjang 4.27 meter (14 kaki).
Kini Ram menganggap misainya itu sebagai “harta paling berharga” untuk dirinya.
Sepanjang 32 tahun menyimpan misai itu, Ram biasanya menghabiskan masa selama dua jam sehari untuk proses merapi. 
Foto
RAM menghabiskan masa kira-kira dua jam setiap hari untuk merapi misainya.
Atas kelebihan itu juga membuka peluang kepada Ram muncul dalam satu daripada filem James Bond, Octopussy.
Kata Ram, menyimpan misai panjang sama seperti menjaga seorang bayi yang perlu diberi perhatian penuh pada setiap masa.

“Untuk mendapatkan misai sepanjang ini, saya perlu bersabar dan banyak berkorban.

“Ia bukan tugas yang mudah,” katanya.

Setiap pagi, katanya, tugas pertama yang dilakukan ialah melumur misai dengan minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak almond.

Ram tidak menggunakan syampu atau sabun untuk membersihkan misai itu kerana yakin keberkesanan bahan herba.

“Selepas selesai saya menyisir misal ini sehingga kemas dan menggulungnya,” katanya.

Seminggu sekali, kata Ram, dia membuat ‘rawatan’ lain menggunakan kaedah semula jadi.

“Saya tak pernah menggunakan produk komersial,” katanya. 

Ditanya mengenai kegemarannya menyimpan misai, Ram berkata, ia bermula sejak dia berusia belasan tahun. 

Sejak 1970, katanya, dia tidak pernah menggunakan pisau cukur atau menggunting misainya. 

Ketika itu, kata Ram, dia tidak berniat apa-apa pun, malah tidak terfikir untuk memecahkan sebarang rekod.

Katanya, misai adalah sebahagian tradisi penduduk setempat dan dihargai sejak beberapa abad lalu.

“Misai ini simbol kebanggaan dan penghormatan seorang lelaki.

“Pada zaman silam di India, misai adalah segala-galanya,” katanya. 

Selepas mendapat pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness, kini Ram berdepan masalah sejak beberapa tahun lalu. 

Katanya, dia risau kerana kadar pertumbuhan misainya mula perlahan.- AFP
sumber : mymetro

Lepas nikah dapat talak 3

Georgetown: “Luluh hati saya sebaik mendengar suami menceraikan saya dengan talak tiga, hanya tiga jam selepas kami bernikah. Saya merayu dan meminta penjelasan mengapa dia menceraikan saya, tetapi hingga hari ini (semalam), dia masih terus mendiamkan diri,” kata Sasha, 21, yang hanya sempat bergelar isteri kira-kira tiga jam sebelum diceraikan suaminya, Ahad lalu.
Menurutnya, dia dan suami yang berusia 19 tahun selamat bernikah jam 2 petang Ahad lalu, di sebuah masjid di Teluk Kumbar selepas mereka mengenali hati budi masing-masing sejak dua tahun lalu. 
Katanya, sebelum diijabkabulkan, hubungan mereka sudah mulai dingin, tetapi tetap meneruskan perkahwinan itu selepas keluarga kedua-dua pihak bersetuju. 

“Hubungan kami mula dingin sejak dua bulan lalu, malah dia tidak pernah meluahkan hasrat untuk membatalkan perkahwinan ketika kami berbincang mengenai hal itu, tetapi saya hairan mengapa dia tiba-tiba bertindak begitu,” katanya.
Foto
SASHA menunjukkan mas kahwin dan cincin (gambar bulat) yang diterimanya.

Sasha bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah bagaimanapun berkata, hasrat untuk berkahwin tetap diteruskan terutama selepas abang iparnya memainkan peranan menguruskan majlis berkenaan.
sumber : mymetro

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved