Anjing bongkar kezaliman pengasuh

on 14 September 2013

Charleston (South Carolina): Seekor anjing membantu membongkar kezaliman pengasuh yang mendera anak tuannya, lapor media semalam.
Menurut media, anjing itu menunjukkan sifat agresif setiap kali Alexis Khan, 22, datang ke kediaman Benjamin Jordan untuk menjaga Finn yang baru berusia tujuh bulan. Alexis menjadi pengasuh Finn sejak lima bulan lalu.

Melihat gelagat anjing mereka yang aneh itu, Jordan dan isterinya memasang kamera telefon dan menyembunyikannya di antara kusyen sofa. Kebimbangan mereka ternyata benarnya. Jordan berkata, mereka melihat Alexis memaki Finn. “Kemudian kami mendengar bunyi tamparan sebelum suara tangisan Finn mulai kedengaran. Tangisannya yang pada awalnya perlahan kemudian menjadi semakin kuat. “Selama lima bulan saya serahkan anak saya kepada penyangak tanpa mengetahui apa yang berlaku semasa ketiadaan kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Berikutan itu, Alexis ditahan beberapa minggu kemudian. Dia akhirnya mengaku mendera Finn selepas disoal ibu bapa bayi berkenaan secara bersemuka. Alexis dijatuhkan hukuman penjara setahun hingga tiga tahun. Da juga perlu mendaftar sebagai pendera kanak-kanak dan tidak dibenarkan bekerja dengan kanak-kanak lagi pada masa depan.

Jordan berkata, dia sangat terhutang budi kepada anjing peliharaan mereka.

“Jika anjing kami tidak memaklumkan mengenai kejadian itu dan naluri isteri saya yang menyatakan ada sesuatu yang tidak kena, tidak mustahil suatu hari kelak Finn mungkin terbunuh,” katanya. - Agensi
sumber : mymetro

Menyanyi rai ibu mati

Carson City (Nevada): Jika orang lain sedih kerana kematian ibu, seorang lelaki di Reno pula menyanyi kegirangan dan menulis obituari yang kejam untuk memperingati wanita itu.
Patrick Reddick, 58, berkata, dia tersenyum dan berasa sangat lega apabila mendapat tahu ibunya, Marianne Theresa Johnson-Reddick, 78, meninggal dunia pada 30 Ogos lalu. Ketika terlantar di katil hospital di hari-hari terakhir hidup Marianne, Reddick pergi melawat ibunya.

Bagaimanapun, sebelum tiba dia meminta doktor memberikan ubat pelali kepada wanita terbabit dan dia pula berkaca mata mengelak daripada dikenali ibunya.
Kata Reddick, apabila menyedari bahawa ibunya sudah tiada lagi di dunia ini, dia dapat tidur dengan lena kerana ketakutannya selama ini benar-benar berakhir.

Reddick dan adik-adiknya mendakwa menjadi mangsa deraan dan teruk diseksa Marianne satu ketika dulu. Kini mereka bercadang untuk meraikan kematian wanita itu akhir bulan ini.

Bersama adiknya, Katherine, 57, Reddick menempah obituari di akhbar dan disiarkan Reno Gazette-Journal pada 10 September lalu.
Penggunaan kata-kata kesat itu mendapat perhatian ramai dan beredar di Internet. Reddick dan Katherine mendakwa sering dipukul Marianne selain dipaksa tidur di atas lantai ketika dia sibuk menjalankan bisnes pelacuran di rumah. “Kami adik-beradik diburu ketakutan sejak detik kami dilahirkan,” katanya.

Obituari yang ditulis untuk Marianne antaranya berbunyi: “Ibu menghabiskan hidupnya dengan menyeksa kami selagi dia mampu. Dia tidak mempedulikan suami dan anak-anaknya, malah enggan membenarkan orang lain bersimpati atau membantu mereka.
“Apabila kami dewasa, dia mengintip dan menyeksa sesiapa saja yang kami sayangi. Setiap orang yang bertemu dengannya sama ada dewasa atau kanak-kanak diseksa dengan kejam dan mereka turut menjadi mangsa keganasan, kekerasan dan kebencian. “Kini kami dapat hidup dengan aman setelah mengetahui bahawa mimpi ngeri kami berakhir.” - Agensi
sumber : mymetro

Noda balas budi

Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 23 tahun yang tertekan selepas dipaksa menjadi hamba seks seorang lelaki sejak lima tahun lalu, cuba menamatkan riwayat hidupnya dengan meminum sejenis cecair antiseptik menyebabkan dia kini terlantar di hospital.
Difahamkan, wanita yatim piatu itu tinggal serumah dengan lelaki berusia 37 tahun terbabit sejak berusia 17 tahun berikutan mahu membalas budinya yang menyelamatkan mangsa daripada kes ugutan menggunakan gambar bogel.
Bagaimanapun, selepas menyelamatkan wanita itu daripada masalahnya lima tahun lalu, wanita berkenaan dipelawa tinggal bersamanya sebagai kekasih gelap dan diminta melayan nafsu lelaki itu meskipun dia sudah mempunyai isteri dan dua anak.

Menceritakan kembali kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Vanitha, 23, berkata, bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 13 tahun dan tinggal bersama kakaknya di Sri Petaling, dekat sini.
Foto
Vanitha

“Saya menjadi rapat dengan lelaki berkenaan yang mempunyai pertalian kekeluargaan ketika saya berusia 17 tahun dan menghadapi masalah dengan bekas teman lelaki selepas diugut menyebarkan gambar bogel di Internet jika enggan menyerahkan RM7,000.
sumber : mymetro

Wanita Dengan Nama Paling Panjang di Dunia

Nama adalah doa, begitu filosofi yang dipegang oleh orang tua ketika memberikan nama untuk buah hatinya. Memberi nama yang bagus dan memiliki arti bagus pula, diharapkan bahwa si anak bisa menjadi sesuai dengan nama yang diberikan kepadanya. Dalam era yang semakin modern, nama anak-anak semakin bagus dan penuh dengan arti.
Nama seseorang biasanya terdiri dari 2 hingga 5 kata, walau panjang namun satu kata hanya terdiri dari dua atau tiga suku kata saja. Namun bagaimana bila ada seorang wanita yang memiliki nama sangat panjang di nama terakhirnya? Ladies, perkenalkan wanita cantik dengan nama terpanjang di Dunia: Janice 'Lokelani' Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele.

Kartu Identitas Janice | source: dailymail
Kartu Identitas Janice | source: dailymail

Kartu Identitas Janice | source: dailymail
Kartu Identitas Janice | source: dailymail
Janice 'Lokelani' Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele  adalah warga negara Amerika Syarikat yang tinggal di Hawaii. Janice diminta untuk mengubah namanya agar menjadi lebih pendek agar muat dimasukkan ke dalam Surat Izin Mengemudi dan Kad Tanda Penduduk. Namun apakah Janice bersedia untuk mengubahnya?
"Aku tidak akan mengubah namaku walau Pemerintah berkata aku tidak boleh mendapatkan SIM atau kad yang lainnya" ujar Janice. Nama belakang Janice didapatkan dari almarhum suami tersayangnya. Janice menggunakan nama belakang suaminya, Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele sebagai nama belakangnya.
Janice mengatakan dirinya diejek oleh petugas bagian pengurusan kad kependudukan. Janice merasa tersinggung kerana mereka sama saja mengejek nama mendiang suaminya "Aku tidak tahu kenapa mereka membuat nama belakangku sebagai bahan bercanda" ujar Janice dengan sedih.

Janice dan suaminya | source: dailymail
Janice dan suaminya | source: dailymail
Tidak berhenti sampai di situ saja, ketika masa berlaku KTP nya habis, Janice mendapat KTP baru dengan nama yang terpotong. Janice merasa tidak terima dan melaporkan hal ini ke pejabat kependudukan. Janice berjuang untuk tetap menggunakan nama belakangnya walau panjang dan susah untuk diucapkan dan ditulis.
"Bagi sebagian orang di dunia ini nama sangatlah penting. Jika saya mengatakan nama panjang saya kepada para tetua di Hawaii mereka akan tahu silsilah generasi keluarga saya hanya dari nama saya itu," ujar Janice. Janice begitu mencintai suaminya sehingga nama belakang suaminya adalah satu-satunya peninggalan yang paling berharga.

Aksi terlampau pelajar,dah macam laki bini?

Budak2 sekarang dah semakin advanced dalam pergaulan. Dah tak ada lagi segan silu dalam diri. Ditempat terbuka pun bukan depa peduli. Mereka bahagia dalam dunia sendiri. Dunia bertuhankan nafsu nafsi.

Nasihat kita depa tak ikut dah. Nak buat lagu mana, depa duk dengaq...depa duk ikut nasihat setan lahanatullah. Bila dah terhantuk, baru la depa nak mengadah.


Kes seperti dalam gambaq ni bersepah depan mata kita la ni. Nak tegur salah, tak tegur pun salah.....payah2, tegur ja dalam hati. Aci? HeHeHe..

Abg long rasa, pergi sekolah cikgu2 takdak pun duk ajaq ilmu sesat suruh jadi lagu ni kan? Ke angpa rasa lagu mana? Terlampau ke pelajar sekolah kita sekarang ni? Angpa pikiaq la sendiri!

Abg long bukan apa, nasihat ja. Taku silap percaturan tapak kaki, bertambah lagi la penduduk planet bumi ni.....HiHiHi...

Tapi kan, abg long nak la bersangka baik dengan adik2 berpakaian sekolah dalam gambaq ni. Mungkin depa ni suami isteri yang saling menyayangi. Sebab tu mesra dan manja depa tak kira masa, tak kira suasana...Asal boleh, depa main hentam sahaja....HaHaHa...

sumber : abang long

Applause, Lady Gaga Nyaris Bo*el dengan Bikini Kerang di VMA 2013

Lady Gaga selalu memiliki penampilan yang mengejutkan, seperti saat tampil dengan single terbarunya Applause di MTV Video Music Awards 2013. Lady Gaga mengenakan bra yang memiliki bentuk seperti kerang kecil dan g-string yang membuat tubuhnya seolah tidak mengenakan busana, dengan wajah yang dicoreti warna biru, merah dan kuning.

 Setelah tampil, wanita bernama lengkap Stefani Joanne Angelina Germanotta ini tetap mengenakan busana seksinya dan duduk di kursi penonton. Saat Taylor Swift menerima penghargaan Best Female Video Category untuk I Knew You Were Trouble, Lady Gaga meloncat dengan mempamerkan bokongnya ke kamera, seperti yang dikutip dari Mirror.

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved