Nukilan terakhir di Facebook

on 28 Julai 2013

Temerloh: “Tiga hari lalu abang menulis di status Facebook miliknya memohon maaf kepada semua kenalan dan itu nukilan terakhirnya sebelum kami mendapat berita kematiannya,” kata Mohd Solehan Mohd Khaidir, 25, adik kepada Muhammad Luqman Mohd Khaidir, 26, yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 143 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat Batu 4 Jalan Karak, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, Muhammad Luqman yang juga anak kepada Ketua Pengarang Berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad, mati di tempat kejadian manakala dua rakannya cedera parah.

Mohd Solehan berkata, dia hanya menyedari abangnya menulis status berkenaan itu beberapa jam sebelum kejadian dan menyangka ia hanya ucapan maaf biasa kerana abangnya tidak menujukkan sebarang perubahan.
“Kehilangannya begitu dirasai kerana sebagai anak lelaki sulung, dia sentiasa mengambil berat akan kami adik-beradik. Dia juga disenangi semua orang, termasuk sanak saudara serta rakannya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Mentakab.

Adik ketiga mangsa Mohd Syafiq Mohd Khaidir, 19, berkata, sehari sebelum kejadian, abangnya mengejutkan mereka sekeluarga untuk bangun sahur dan dia kelihatan sangat ceria.

“Kami pada mulanya hairan kerana sebelum ini abang jarang mengejutkan kami sekeluarga, namun sebaik melihat wajah cerianya, segala tanda tanya lenyap begitu saja. “Kami tidak menyangka itu kali terakhir dia berbuat demikian sebelum pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.
Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebing Tinggi, dekat Lebak, jam 9.30 pagi semalam.

Sementara itu, Mohd Khaidir, 51, berterima kasih kepada sanak saudara dan orang ramai yang membantu sehingga jenazah anaknya selamat dikebumikan.
sumber :mymetro

Terlalu gemuk untuk New Zealand

Wellington: Seorang lelaki obese Afrika Selatan diberitahu dia terlalu gemuk untuk tinggal di New Zealand walaupun sudah turun 30 kilogram sejak berpindah ke negara itu enam tahun lalu.
Albert Buitenhuis yang kini seberat 130 kilogram dan isterinya, Marthie berkata, mereka berdepan diusir selepas permohonan untuk memperbaharui visa kerja mereka ditolak kerana berat badan Buitenhuis. 
Imigresen New Zealand (INZ) menegaskan penilai perubatan negara itu memutuskan Buitenhuis tidak ‘mencapai standard kesihatan yang ditetapkan negara itu.” 

Pasangan itu berkata, mereka berpindah dari Afrika Selatan ke Christchurch di Pulau Selatan enam tahun lalu ketika berat badan Buitenhuis 160 kilogram dan visa kerja tahunan diperbaharui tanpa sebarang masalah.

“Kami membaharui visa setiap tahun dan tiada isu timbul selama ini.
“Mereka tidak pernah menyebut mengenai berat Buitenhuis atau kesihatannya walaupun ada ketikanya dia lebih berat berbanding mula datang,” kata Marthie 

“Tetapi apabila beratnya makin berkurangan berbanding kali pertama kami tiba di New Zealand dan juga turut berkurangan pada pemeriksaan perubatannya yang pertama, ia dianggap sebagai gemuk melampau oleh pihak imigresen dan visa kami tidak diperbaharui,” katanya. 

Sementara itu, jurucakap INZ berkata, permohonan visa Buitenhuis ditolak kerana kegemukannya menyebabkan dia berdepan “risiko ketara” termasuk terdedah kepada penyakit diabetes, darah tinggi, penyakit jantung dan pelbagai penyakit lain. 

“Mereka yang datang ke sini untuk bekerja perlu mempunyai tahap kesihatan yang ditetapkan bagi meminimumkan kos dan tuntutan perkhidmatan kesihatan New Zealand,” katanya. 

Laporan OECD baru-baru ini menyenaraikan New Zealand sebagai negara maju ketiga paling ramai penduduk obese selepas Amerika Syarikat dan Mexico. - AFP
sumber : mymetro

Serang polis guna pisau

Subang Jaya: Seorang lelaki ditahan ketika menyerang polis dengan sebilah pisau di SS14, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.45 malam, lelaki berusia 28 tahun itu yang memiliki dokumen pengenalan diri sementara dari Tawau, Sabah, cuba melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, orang awam yang menyedari kejadian itu melaporkan kepada polis sebelum anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, lelaki itu cuba menyerang anggota URB untuk melarikan diri, namun ditahan dengan kerjasama orang awam di lokasi kejadian.

Sebelum kejadian, suspek menunggang motosikal dari Damansara sebelum memecah masuk kediaman berkenaan dengan mengumpil pintu belakang.

“Pemeriksaan mendapati lelaki itu mencuri sebuah televisyen dan peralatan audio sebelum keluar dari kediaman terbabit,” katanya.
sumber : mymetro

Padah angau bini orang

Miri: Gara-gara hubungan cintanya dengan isteri orang terputus, seorang lelaki hilang akal apabila bukan saja menceroboh, malah cuba memukul dan mengugut bunuh suami wanita itu di Jalan Jee Foh, di sini, semalam.
Suspek yang berusia 20-an dikatakan kemaruk cinta terhadap wanita itu dengan menceroboh masuk rumah teres dua tingkat didiami mangsa dan suaminya, jam 1.30 pagi.

Difahamkan, lelaki itu pernah menjalin hubungan sulit dengan wanita berkenaan, namun kekasihnya memutuskan hubungan, menyebabkan suspek tidak dapat menerima kenyataan.
Menurut sumber, ketika kejadian, wanita terbabit bersama suaminya yang juga jurutera berusia 28 tahun sedang tidur. Mereka terjaga selepas mendengar tingkap bilik diketuk dari luar.

Katanya, bukan setakat memanggil nama wanita terbabit, lelaki itu bertindak berani apabila cuba mengumpil tingkap selain merayu kepada si suami untuk bersemuka.

“Bimbang kejadian lebih buruk, pasangan suami isteri itu akhirnya membenarkan suspek memasuki melalui balkoni untuk berbincang, namun kejadian sebaliknya berlaku.
“Mungkin disebabkan berang dengan tindakan wanita terbabit yang mahu memutuskan hubungan, suspek mengejar serta memukul dan mengugut bunuh suami wanita itu.

“Berikutan itu, berlaku pergelutan antara suami wanita terbabit dan suspek sebelum dileraikan dengan bantuan seorang rakan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum ini,” katanya.
Katanya, lelaki itu kemudian ditahan sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang bergegas ke tempat kejadian, namun suspek sempat memberi amaran akan membalas dendam.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan.
sumber : mymetro

Suami bakar diri meninggal

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang nekad membakar diri selepas mendapat tahu isterinya menjalin hubungan sejenis dengan majikannya dalam kejadian 21 Julai lalu meninggal dunia di Hospital Ampang, semalam.
Lim Vit, 58, yang melecur hampir 100 peratus pada badan meninggal dunia pada jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa menerima rawatan di hospital itu sebelum ini dilaporkan stabil.
Harian Metro 23 Julai lalu melaporkan lelaki berusia 58 tahun nekad membunuh diri dengan mencurah petrol ke badannya sebelum membakar diri selepas kecewa isterinya menjalinkan hubungan sejenis dengan majikan wanita.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa melecur pada badan dan dikejarkan ke Hospital Ampang oleh ahli keluarga.
sumber ; myetro

Demi Ingatan Isteri, Lelaki Ini Selalu Membacakan Buku Hariannya

(c) dailymail.co.uk
Vemale.com - Jack Potter yang hampir menginjak usia seabad, adalah seorang pria yang dengan setia selalu mengunjungi istrinya yang lebih tua 2 tahun darinya di sebuah panti di Kent. Usia senja tak membuat pria ini berhenti mencintai atau menelantarkan sang istri, Phyllis yang berusia 93 tahun dan mengalami demensia.
Dalam keadaan seperti itu, ingatan sang istri akan memudar dari waktu ke waktu. Oleh karena itu Jack yang tak ingin ingatan istrinya terenggut, mencoba membantu dengan menunjukkan foto-foto dan membacakan buku hariannya.
(c) dailymail.co.uk(c) dailymail.co.uk
Kisah cinta yang menua namun tetap manis ini sesungguhnya sangat mirip dengan sebuah film yang berjudul the Notebook. Dalam film itu menceritakan tentang seorang wanita yang menderita demensia dan memiliki seorang pasangan. Agar tak kehilangan ingatannya, ia mencatat semua kejadian dengan pasangannya dalam buku catatan dan meminta pasangannya untuk membacakan buku catatan itu ketika ia mulai lupa.
Begitulah yang dilakukan oleh Jack pada sang istri. Beruntunglah Jack adalah orang yang selalu mengabadikan momen manisnya bersama Phyllis dalam sebuah tulisan. Berbeda dengan Jack yang sangat ingat setiap detail pertemuannya dengan Phyllis, wanita yang lebih tua ini setiap hari berusaha merespon dan bicara pada suaminya itu.
(c) dailymail.co.uk(c) dailymail.co.uk
Meski tak dikaruniai anak dan hanya hidup berdua, Jack dengan telaten mendatangi istrinya. Sepanjang hari ia akan dengan rajin membacakan buku harian dan menunjukkan berbagai foto-foto kenangan bersama sang istri. Jack selalu merekam apapun lewat foto atau tulisan untuk memelihara ingatan Phyllis.
Setiap kali Jack akan membawanya kembali ke kamar, Phyllis akan menggenggam erat lengan Jack lalu memeluknya. Hal ini memberikan harapan pada Jack bahwa tak ada yang sia-sia dalam segala usaha yang ia lakukan.

AweK Cantik i MELUKIS menggunakan BIBIR

Di dunia ini, kita sering menemukan banyak hal yang tidak biasa. Untuk menjadi terkenal dan melegenda, beberapa orang rela melakukan sesuatu yang kadang di luar nalar. Hal ini kerap terjadi, jika berurusan dengan seni.

Adalah Natalie Irish, seniman asal Houston, Amerika, yang dikenal mahir menggambar dengan bibir. Ia menggunakan bibirnya untuk menciptakan karya seni yang luar biasa.





Lip art menjadi dunia yang kini digeluti Natalie dengan serius. Bahkan, tak sedikit orang yang mulai penasaran dengan hasil karyanya. Salah satu lukisan fenomenal yang ia gambar dengan bibirnya adalah potret Marilyn Monroe. Lukisan tersebut berhasil menampilkan efek epik dalam balutan orisinalitas dan passion.

Tidak berhenti di situ. Untuk menghormati Duchess of Cambridge, Natalie juga sempat membuat sebuah lukisan wajah Kate Middleton dengan bibirnya.

Lukisan itu pun kemudian dipertontonkan di Ripley's Believe It Or Not di London dan berhasil memukau penonton. Mereka bahkan tak hanya kagum, tetapi juga sulit percaya bahwa Natalie memiliki bakat luar biasa seperti itu.

              

Pucker up: Natalie Irish, an artist based in Houston, Texas seems to put this classic lipstick snafu to good use  



Nyata Wanita Melahirkan Seekor Kuda! ni fotonya

 


Wanita Melahirkan Seekor Kuda | Veronica Egiebor, seorang jururawat tempatan mengesahkan bahawa beliau telah menyaksikan sesuatu yang aneh dilahirkan oleh seorang wanita. 

Sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi. 

Paderi yang menyaksikan majlis itu mengatakan bahawa: "Saya tidak boleh menggambarkan objek tersebut. Kita telah melihat ramai orang muntah menyaksikannya. 

Ia memberi amaran kepada semua orang supaya tidak pergi berhampiran "janin", sebaliknya mereka hanya meninggalkan ia di sana, dalam lopak darah. Wanita tersebut telah dikejarkan ke hospital. 

Kuda-bayi itu telah diisytiharkan mati dan ditinggalkan di atas lantai gereja sehingga hari berikutnya sebelum dilupuskan. 

FOTO FOTO inilah yang dinamakan CINTA SEJATI

ini barulah namanya cinta, sampai ke hujung nyawa....!!





These photos of Ahmad and Fatima, a young married couple who, despite Ahmad having no arms and Fatima having no legs, take care of each other

A man trying to find a kidney donor for his wife 

Queen Elizabeth II and Prince Philip’s 66-year marriag

IPad Dipermalukan Secara Vulgar Di Iklan Microsoft Ini

Microsoft dan Apple memang bersaing luar dalam, baik secara sehat maupun tidak sehat. Microsoft tak henti-hentinya mengejek Apple dan perangkat buatannya.

Kali ini yang menjadi ledekan adalah teknologi personal assistant Siri yang terdapat di iPad. Dikisahkan dalam iklan ini Siri tak berdaya melawan tablet Surface RT buatan Microsoft karena tak memiliki sejumlah fitur yang diusung tablet yang mengusung sistem operasi Windows RT tersebut.

"Maaf, saya tak memiliki port USB… " ucap Siri dengan suara wanita yang identik dengan layanan tersebut ketika pengguna mencoba menancapkan USB flashdrive. Microsoft juga menyorot beberapa kekurangan lain dari iPad dibandingkan Surface RT, yaitu tidak adanya kickstand dan keyboard cover.

Belum puas sampai disitu, Microsoft juga menyertakan perbandingan harga antara iPad dan Surface RT. "Apakah saya masih terlihat 'cantik' untuk Anda?" tanya Siri pada akhir iklan.

Dalam laporan keuangan terbarunya yang dirilis minggu lalu, Microsoft mengalami penurunan nilai buku sebesar US$ 900 juta karena stok Surface RT yang menumpuk di gudang. Microsoft ditenggarai baru berhasil menjual sekitar 260.000 unit Surface RT sejak pertama diluncurkan November 2012 lalu hingga saat ini. Angka tersebut sangat kecil, bahkan jika dibandingkan dengan "saudaranya" sendiri, yaitu tablet Surface Pro yang diperkirakan terjual 750.000 unit.

Oleh karena itu, Microsoft berinisiatif memangkas harga Surface RT sebesar US$ 150 dari harga awal sebesar US$ 499 (versi 32GB) agar tablet tersebut bisa lebih laku di pasaran.

Di sisi lain, Apple telah berhasil menjual lebih dari 100 juta unit tablet iPad yang hingga kini masih menjadi produk dengan pangsa terbesar di pasar tablet (39,6 persen, menurut data kuartal pertama IDC).

Meski demikan, Microsoft menyatakan akan tetap berkomitmen 100% terhadap tablet Surface RT dan sistem operasi Windows RT yang diusungnya serta tak berencana menghentikan produk-produk itu.

Ini video iklan Microsoft yang mengejek Apple dan iPad-nya secara vulgar:
(Crl/CNet)

Arkib Blog

 
© borak kosong All Rights Reserved